Strategi penembusan julat pembukaan

Strategi penembusan julat pembukaan

2023-04-03 • Dikemaskini

Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan. Hari ini kami mahu mendedahkan kepada anda tentang salah satu pola penyongsangan dan penerusan yang paling penting untuk pasaran saham – penembusan julat pembukaan. Kami akan memberitahu anda sejarah strategi perdagangan berdasarkan pola ini, beberapa contoh dan beberapa petua yang berguna. Jom!

Apakah itu Penembusan Julat Pembukaan?

Julat pembukaan (opening range) ialah ruang di antara harga tinggi dan harga rendah untuk satu tempoh tertentu selepas pasaran dibuka. Biasanya, tempoh ini kurang daripada satu jam, dan strategi penembusan julat pembukaan (ORB, opening range breakout) menggunakan aras-aras ini sebagai titik masuk. Secara amnya, pedagang menggunakan rangka masa 5-, 15, dan 30 minit untuk berdagang berlandaskan ORB.

Contohnya, jika anda mentakrifkan tempoh julat pembukaan selama 15 minit dan berdagang saham Apple, maka anda menilai julat tinggi-rendah saham APPLE mulai dari saat loceng pembukaan dibunyikan hingga 15 minit selepas itu. Dalam julat pembukaan ini, dua aras paling penting yang akan anda pantau ialah harga tinggi dan rendah dalam tempoh 15 minit pertama. Lihat rajah untuk memahami idea ini dengan lebih jelas.

1.png

Di sini anda boleh melihat bahawa sesi perdagangan bermula dengan senggang (gap) pada harga. Kami menggunakan julat pembukaan 15 minit untuk saham SPCE, jadi kami perlu memantau carta M5. Selepas harga telah membentuk dan melewati julat pembukaan, kita boleh mencari kesempatan untuk membuat entri bila penembusan berlaku.

Analisis ORB cenderung berfungsi dengan paling baik di pasaran yang mempunyai masa pembukaan dan penutupan yang jelas, seperti di pasaran saham. Pasaran saham AS dibuka pada 16:30 GMT+3, lima hari seminggu, jadi anda boleh bersedia untuk berdagang dan tidak perlu risau terlepas peluang.

Sejarah ORB

Strategi ini telah dicipta pada tahun 1960-an oleh pedagang dan pelaburterkenal Amerika Arthur Merrill, yang menggunakannya selama hampir 20 tahun berdagang di indeks Dow Jones Industrial Average. Walaupun terdapat beberapa variasi untuk strategi ini, asasnya tetap sama. Untuk mencari julat pembukaan sesetengah pedagang menggunakan purata bergerak jangka pendek, biasanya purata tiga hari.

Seorang lagi pedagang yang terkenal, Sheldon Knight, menggunakan peratusan perbezaan antara harga tertinggi N hari dan harga terendah N hari untuk mencari julat. Kami berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk memastikan semuanya seringkas yang boleh. Oleh itu, menggunakan purata jangka pendek atau tinggi dan rendah pada hari tertentu adalah kurang berkesan berbanding menggunakan aksi harga pada permulaan sesi dagangan.

Saiz Penembusan Julat Pembukaan

Ada dua cara untuk mengukur saiz ORB. Ini cara yang pertama: candlestick yang pertama adalah candlestick terakhir dari sesi perdagangan hari sebelumnya. Candlestick kedua adalah candlestick yang pertama terbentuk apabila pasaran dibuka. Untuk mendapatkan saiz julat, anda perlu mendapatkan harga tinggi/rendah penutupan sebelumnya dan tinggi/rendah lilin pembukaan hari ini. Jarak antara dua harga ini adalah saiz julat pembukaan. Sekarang lihat bagaimana kami mengukur saiz julat:

2.png

Cara lain untuk mengukur ORB ialah dengan menggunakan harga tinggi dan rendah tempoh tertentu selepas pasaran dibuka. Tempoh ini biasanya 30 minit pertama atau jam pertama sesi perdagangan.

Dalam tempoh ini, anda perlu mengenal pasti harga tinggi dan harga rendah hari tersebut. Di samping itu, anda juga ingin mengambil kira paras tinggi dan rendah pra-pasaran, kerana tahap ini selalunya berkelakuan seperti magnet untuk aksi harga selepas loceng berbunyi. Mari kita lihat angka yang sama dengan ukuran yang berbeza.

3.png

Kalkulator Penembusan Julat Pembukaan

Bahagian yang paling penting dalam perdagangan julat pembukaan ialah penembusan. Anda pasti sudah mengetahui akan hal ini. Perkara yang anda mungkin belum tahu ialah anda boleh menggunakan kalkulator ORB untuk membantu anda mencari peluang berurusniaga dan menggunakannya untuk meraih manfaat. Anda boleh Google "Opening Range Breakout Calculator" untuk mencari contoh laman yang sedemikian.

Laman web seperti ini mengira harga tinggi dan rendah julat pembukaan untuk anda, jadi lebih mudah untuk anda memulakan perdagangan. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan anda menonton video Gap and Go kami kerana di dalamnya anda akan menemui beberapa alat yang boleh digunakan untuk mencari senggang (gap) pada harga. Oleh itu, akan lebih mudah untuk anda menetapkan tahap ORB.

Strategi Perdagangan ORB

Strategi ini terdiri daripada beberapa langkah:

  1. Cari senggang pada harga saham. Pengimbas senggang tersedia di dalam talian secara percuma, jadi bahagian ini tidak seharusnya sukar. Selain itu, anda boleh menonton video Gap and Go kami. Ia akan memberikan lebih banyak maklumat tentang pencarian senggang.

    4.jpg

  2. Selepas anda menemui senggang yang sesuai, buka carta saham, dan tunggu sehingga sesi perdagangan dimulakan. Untuk saham-saham AS, aksi bermula pada 16:30 GMT+2 dari September hingga Mac dan pada 16:30 GMT+3 dari Mac hingga September.

    5.png

  3. Bergantung pada rangka masa yang telah anda pilih, tunggu sehingga 4-6 lilin pertama ditutup. Biasanya, pedagang memilih candlestick lima minit. Kemudian, anda perlu menentukan paras tertinggi dan terendah julat, seperti yang kami lakukan sebelum ini dalam tutorial ini.

    6.png

  4. Bila julat ditembusi, anda masuk posisi searah dengan pergerakan harga. Renti rugi anda hendaklah berada di dalam julat (di bawah paras maksimum julat untuk posisi long dan di atas paras minimum julat untuk posisi short). Untuk menjaga pengurusan risiko, jarak ambilan untung biasanya dua kali lebih jauh daripada jarak renti rugi.

    7.png

Petua untuk perdagangan yang lebih baik:

  • Tutup sebahagian daripada urusniaga anda tatkala sudah separuh jalan untuk tiba di Ambilan Untung. Dengan cara ini, perdagangan anda akan menjadi perdagangan yang bebas dari risiko. Ini akan membantu anda untuk bertahan apabila keadaan berubah dan tidak menyebelahi anda.
  • Jangan masuk posisi bila anda tidak pasti, jika tidak, anda akan menjadi gementar dan kurang fokus.
  • Tunggu sehingga candlestick ditutup di atas julat pembukaan untuk mengelakkan penembusan palsu.

Baca lebih lanjut

Serupa

Bagaimana cara berdagang dengan pola Cypher?
Bagaimana cara berdagang dengan pola Cypher?

Pola Cypher bukanlah formasi carta perdagangan yang paling terkenal. Namun begitu, instrumen perdagangan ini boleh membantu anda memahami dan meramalkan pergerakan harga dengan lebih baik.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera