Nisbah Risiko kepada Ganjaran: Maksud, Formula, dan Kepentingannya untuk Perdagangan

Nisbah Risiko kepada Ganjaran: Maksud, Formula, dan Kepentingannya untuk Perdagangan

2023-05-09 • Dikemaskini

Apakah yang menentikan pedagang yang baik, menguntungkan, dan kaya berbanding yang tidak baik? Sesetengah orang mengatakan ia berkaitan dengan strategi perdagangan; dan yang lain-lain memberikan hujah berkenaan mindset dan psikologi perdagangan. Secara amnya, mereka berkata perkara yang tepat. Tetapi bukan itu sahaja. Terdapat aspek penting dalam rutin perdagangan, dan berkemungkinan, yang paling penting, yang dipanggil nisbah risiko/ganjaran. Dari artikel ini, anda akan tahu semua berkenaannya.

Apakah itu Nisbah Risiko/Ganjaran (R/R Ratio)?

Nisbah risiko kepada ganjaran (R/R ratio) mengira jangkaan keuntungan dan kerugian pada pelaburan dan urusniaga. Para pedagang menggunakan R/R ratio untuk menentukan dengan tepat amaun wang yang mereka sanggup risikokan dan yang mereka bakal perolehi pada setiap dagangan. Nisbah risiko/ganjaran adalah dikira berdasarkan jarak daripada titik masuk ke Renti Rugi dan jarak dari titik masuk ke paras Ambilan Untung.

Hubungan di antara dua angka ini akan membantu para pedagang untuk menentukan samada urusniaga tersebut berbaloi ataupun tidak. Lebih besar kebarangkalian kerugian itu, lebih buruk untuk pedagang kerana kadang kala sesiapa sahaja boleh menghadapi urusniaga yang buruk secara berturut-turut. Oleh itu, nisbah R/R yang besar akan membawa kepada kerugian yang tidak dapat dipulihkan. Selain itu, nisbah R/R ialah aspek penting bagi setiap strategi perdagangan yang berjaya, dan tidak akan wujud pedagang yang menguntungkan tanpa pengetahuan R/R.

Bagaimana Risiko/Ganjaran Berfungsi?

Nisbah risiko kepada ganjaran mengira berapakah dolar yang anda akan perolehi untuk setiap dolar yang anda risikokan. Kebanyakan penganalisis, pedagang, dan pedagang mengatakan bahawa nisbah 1:3 merupakan nisbah terbaik untuk kebanyakan situasi. Kami tidak bersetuju dengan pendapat tersebut, dan kami akan beri penjelasan tentangnya. Buat masa ini, kekalkan nisbah 1:3 sebagai nisbah yang paling popular.

Untuk setiap dolar yang anda risikokan, anda berpeluang untuk meraih tiga dolar. Sekiranya anda mempunyai nisbah yang kurang daripada 1.0 (nisbah R/R ialah 0.33, jadi ia kurang daripada 1.0), anda akan memperoleh lebih daripada satu dolar untuk setiap dolar pada dagangan anda. Untuk mengurus risiko anda dengan lebih baik, gunakan Renti Rugi dan Ambilan Untung. Dengan cara ini, anda akan tahu yang anda tidak akan merisikokan lebih daripada amaun yang anda sanggup rugi.

Kepentingan Nisbah Risiko kepada Ganjaran

Adil untuk mengatakan nisbah risiko/ganjaran adalah salah satu perkara paling penting yang perlu anda gunakan jika anda ingin menjadi pedagang yang berjaya. Ia membantu anda mengira kerugian dan keuntungan anda dan ia akan memberikan anda sebab lain untuk berfikir sebelum memulakan urusniaga. Anda disarankan untuk tidak mengikut nisbah universal R/R pada keputusan perdagangan anda. Untuk setiap urusniaga, anda perlu menentukan berapa banyak jumlah yang anda sanggup untuk rugi pada urusniaga tersebut dan berapa banyakkah amaun yang anda boleh rugi pada hari ini sebelum anda menamatkan perdagangan anda.

Jika anda melihat perdagangan yang kelihatan bagus kerana pembentukan harga, latar belakang ekonomi atau perasaan dalaman anda, anda mampu untuk mengambil lebih banyak risiko dan mempunyai nisbah risiko/ganjaran 1:2, 1:1, malah 1: 0.5. Ia OK selagi anda faham mengapa anda melakukan urusniaga tersebut dan juga mengawal emosi anda. Selain itu, semakin kecil nisbah R/R yang anda miliki (1:3 bukanlah terlalu kecil, tetapi 1:5 ialah nisbah R/R yang kecil), semakin kecil peluang anda untuk memperoleh pendapatan dalam perdagangan. Ia berlaku kerana kemeruapan pasaran yang boleh mengalihkan carta ke Renti Rugi anda dan kemudian berbalik kepada sasaran anda. Ia akan membantu anda untuk memperolehi keseimbangan di antara nisbah R/R dan kadar kemenangan urusniaga tersebut berjaya. 

Setiap usaha dalam pasaran yang melibatkan sebarang pulangan menuntut sejumlah risiko. Elakkan keputusan emosi kerana ia boleh mengubah matlamat kewangan anda yang telah ditetapkan dan memikat anda untuk membuat pertaruhan yang tidak konsisten. Pengiraan risiko kepada ganjaran adalah perlu untuk mengira risiko.

Pengiraan Nisbah Risiko/Ganjaran

Untuk mengira nisbah risiko/ganjaran, sila mulakan dengan mengira kedua-dua risiko dan ganjaran. Kedua-dua paras ini adalah ditetapkan oleh pedagang.

Risiko adalah amaun wang yang anda sanggup rugi untuk dagangan tersebut. Jangan bertindak terburu-buru dengan meletakkan pesanan Renti Rugi pada titik rawak pada carta hanya untuk menjaga nisbah R/R. Paras Renti Rugi dan Ambilan Untung adalah jauh lebih penting daripada nisbah risiko/ganjaran kerana ia akan menentukan samada urusniaga tersebut mempunyai peluang untuk berjaya atau tidak.

Ganjaran adalah wang yang anda akan terima apabila urusniaga tersebut mencapai paras Ambilan Untung. Sama juga seperti risiko, jangan letakkan paras Ambilan Untung anda pada mana-mana titik di carta kerana anda ingin merujuk kepada nisbah R/R. Kadang kala lebih baik anda mempunyai nisbah R/R yang kecil tetapi mempunyai kadar kemenangan yang tinggi.

Terdapat formula ringkas nisbah risiko kepada ganjaran yang anda boleh gunakan untuk mengira nisbah tersebut.

Nisbah risiko/ganjaran (nisbah R/R) = (Titik masuk – titik renti rugi) / (titik ambikan untung – titik masuk)

Sebagai contoh, jika anda membeli XAUUSD pada titik masuk $1800 dan kemudian meletakkan Renti Rugi di &1750 dan sasaran keuntungan di $2000, nisbah risiko/ganjaran ialah:

(1800 – 1750) / (2000 – 1800) = 50 / 200 = 1:4 (0.25)

Selain itu, anda boleh mengira nisbah R/R dengan poin harga. Buka carta di Meta Trader 4/5 dan klik pada roda tetikus. Garis silang akan muncul, dan kini anda boleh mengklik dan menyeret kursor untuk mencari titik untung atau rugi.

1.png

Kemudian, gerakkan kursor ke bawah, dan anda akan dapat melihat kebarangkalian kerugian anda.

2.png

Kita mempunyai 5000 mata kemungkinan kerugian dan 20 000 mata ganjaran. Justeru, nisbah risiko/ganjaran adalah 4000 / 20 000 = 1:4 (0.25).

Contoh Nisbah Risiko kepada Ganjaran

Pertama sekali, anda perlu lihat urusniaga yang menarik perhatian anda. Kita akan gunakan carta XAUUSD (Emas) untuk meringkaskan penerangan ini. Kita terlihat capahan pada RSI dan menjangkakan emas akan menaik. Jadi sebelum memulakan urusniaga, kita akan menentukan Renti Rugi. Di manakah kita perlu meletakkannya? Kebiasaanya, ia perlu diletakkan di bawah garisan sokongan. Tetapi kita akan mengalihkan lebih jauh sebagai langkah berjaga-jaga. Garisan sokongan yang baik berada di $1800, jadi Renti Rugi kami akan berada di paras $1790.

Dalam kes berdagang dengan RSI, Ambilan Untung kita perlu berada hampir dengan garisan rintangan yang terdekat, iaitu $1883. Kita akan meletakkan Ambilan Untung lebih dekat untuk dapat lebih keyakinan. Keputusannya ada di skrin anda.

3.png

Kemudian, kita perlu mengira nisbah R/R. Untuk dagangan ini, nisbah risiko/ganjaran ialah:(1800 – 1790) / (1830 – 1800) = 10 / 30 = 1:3 (0.33)

Satu urusniaga yang bagus dan teratur. Kini kita boleh membuka posisi dan menunggu harga menuju sasaran kita.

Berapakah Nisbah Risiko/Ganjaran yang Bagus?

Kebanyakan pedagang menyatakan bahawa nisbah R/R 1:3 adalah yang terbaik untuk setiap pedagang. Kami tidak bersetuju kerana kadang kala nisbah R/R yang kecil bermaksud kadar kemenangan yang rendah. Jadi sekiranya anda menggunakan nisbah risiko/ganjaran 1:1, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk untung berbanding menggunakan nosbah risiko/ganjaran 1:4. Ini kerana kemeruapan pasaran dan naik turun harga yang rawak akan membuatkan harga menuju ke Renti Rugi anda sebelum mencapai paras Ambilan Untung.

Untuk kebanyakan kes, cuba kekalkan nisbah R/R di antara 1:1.5 dan 1:3. Dengan cara ini, anda akan mendapat yang terbaik untuk kedua-dua situasi: nisbah yang baik akan membantu anda dalam perdagangan dan tiada risiko yang tidak mencukupi yang menyebabkan beberapa siri dagangan yang buruk dan ia akan merugikan akaun.

Kesimpulan

Nisbah risiko kepada ganjaran (R/R ratio) mengira jangkaan keuntungan dan kerugian pada pelaburan dan urusniaga. Jika nisbah tersebut lebih besar daripada 1.0, risikonya adalah lebih besar daripada ganjaran. Jika nisbah tersebut kurang daripada 1.0, ganjarannya adalah lebih besar daripada risiko. Gunakannya dengan bijak, dan anda akan meningkatkan hasil dagangan anda dalam masa yang singkat. Nikmati berdagang bersama FBS!

Serupa

Cara-cara Menggunakan MetaTrader 4: Panduan Untuk Pemula
Cara-cara Menggunakan MetaTrader 4: Panduan Untuk Pemula

MetaTrader 4, juga dikenali sebagai MT4, ialah platform perdagangan yang paling popular di dunia. Ia menawarkan alat-alat analisis dan perdagangan yang sangat baik untuk melaksanakan pelbagai strategi termasuk yang paling kompleks.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera