Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Strategi untuk berdagang di sesi Asia
2023-04-03 • Dikemaskini
Jelas sekali, aksi berdagang anda haruslah disesuaikan dengan sesi yang sedang aktif ketika anda berdagang. Hari ini, kita akan menyingkap rahsia-rahsia berdagang sewaktu sesi Asia. Kami mencadangkan agar anda menggunakannya sekitar waktu bermulanya sesi perdagangan Tokyo (00:00 GMT time). Mari kita selidik strategi membuat wang ketika Eropah dan Amerika sedang nyenyak tidur.
Langkah satu – Perkirakan pergerakan AUD/JPY
Oleh kerana kemeruwapan sewaktu sesi Asia adalah rendah, kami mencadangkan anda untuk memilih pasangan AUD/JPY. Ini salah satu pasangan yang paling meruwap ketika sesi perdagangan Asia. Bagaimana pun, anda boleh memilih pasangan lain seperti AUD/NZD atau NZD/JPY. Sebelum jam 00:00 MT, kemeruwapan di pasaran biasanya agak rendah. Ini terjadi kerana hanya para pedagang Amerika sahaja yang aktif di antara 12:00 GMT dan 21:00 GMT. Selepas 21:00 GMT, para pedagang Australia mula masuk ke pasaran, tetapi kemeruwapan masih lagi rendah.Anda perlu menunggu tempoh pengukuhan di antara 22:00 GMT dan 00:00 GMT di carta M5. Jika harga sedang trending, anda tidak harus mempertimbangkan untuk menggunakan strategi ini.
Langkah dua – Tentukan trend keseluruhan dan tunggu untuk breakout
Breakout yang searah dengan trend adalah lebih baik, kerana pergerakannya cenderung berlangsung lebih lama. Breakout mungkin tidak akan berlaku sebelum 00:00 GMT dan tidak ada apa-apa yang ganjil tentang itu. Yang pasti, breakout keluar dari julat tetap akan berlaku di sesi Asia. Bagaimana pun, anda harus waspada dengan fakeout.
Bagaimana cara mengelakkan fakeout?
Sewaktu sesi Asia, volum sangat rendah, inilah sebabnya mengapa anda disyorkan untuk tidak membuka posisi sebaik selepas candlestick menerobos keluar dari julat. Kita tunggu candlestick berikutnya untuk mengesahkan penembusan tersebut dan buka posisi di harga pembukaan candlestick tersebut.Mari pertimbangkan satu contoh. Kita akan gunakan masa MetaTrader (masa di platform dagangan kita)*.Pada 31 Mei, kita dapat lihat pengukuhan berlaku sejak 00:20 MT (21:20 GMT) pada carta M5 AUD/JPY. Penembusan ke bawah berlaku pada 02:30. Kita tunggu untuk candlestick berikutnya tutup lebih rendah dari yang sebelumnya dan buka posisi short di bawah harga terendah sebelumnya di 75.62. Kita letakkan renti rugi kita di 75.66 (lebih rendah dari rintangan) dan ambilan untung kita di 75.47 (lebih tinggi dari aras sokongan).
Tip penting. Anda mungkin tidak mahu menuai keuntungan anda terlalu awal. Dalam kes ini, anda boleh ambil keuntungan anda secara progresif, perlahan-lahan rentetkan renti rugi anda untuk menghadapi kebarangkalian berlakunya penyongsangan.
Kesimpulan
Strategi yang dijelaskan di atas berkesan hanya bila ada julat yang berlaku sebelum sesi Tokyo. Pengukuhan seperti ini agak lazim dan boleh memberikan anda keuntungan yang terjamin.
* Masa MT bersamaan dengan GMT+1 sewaktu musim panas. Bila Eropah melaraskan waktu mereka satu jam ke belakang untuk daylight saving di musim luruh, waktu MT turut berubah. Justeru ia menjadi GMT+2 di musim sejuk.
Baca lebih lanjut
- Strategi perdagangan posisi: penilaian semula
- Strategi Aksi Harga: Kaedah Jarroo
- Strategi perdagangan Shooting Star
- Strategi Untuk Perdagangan Mendatar: Rubber Band
- Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku
- Strategi "The Third Candle"
- Strategi perdagangan Third Touch
- Strategi perdagangan "Turtle Soup"
- Strategi perdagangan Two-Stochastics
Serupa
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.