Tips dari Alexander Elder: takluk emosi anda

Tips dari Alexander Elder: takluk emosi anda

2024-06-11 • Dikemaskini

Tentang psikologi

1. Jangan anggap berdagang itu seperti hiburan. Berdagang bukan sukan. Seriuslah jika anda mahu mencapai keuntungan yang mantap.

2. Emosi adalah berbahaya kerana ia mendorong anda ke arah keputusan yang tidak rasional. Cuba untuk kurangkan gejolak perasaan dan sejukkan dada.

3. Fokus kepada perdagangan itu sendiri, bukan kepada duit. Jangan pernah fikir bagaimana anda akan belanjakan keuntungan bila posisi dagangan masih aktif. Terus belajar dan bereksperimentasi. Bila anda sudah tingkatkan pengetahuan dan menimba pengalaman yang mencukupi, wang akan datang sendiri.

"Matlamat pedagang yang berjaya adalah untuk menjadi pedagang yang terbaik. Wang jatuh di tempat kedua." – Alexander Elder

Tentang pengurusan risiko

1. Kebanyakan akaun menderita kerana beberapa kerugian besar atau rentetan beberapa kerugian kecil yang berlaku bila pedagang yang tertekan cuba mendapatkan semula wang yang dirugikan. Sebaliknya, pedagang yang mematuhi peraturan pengurusan risiko tidak terlibat dengan situasi menyedihkan yang sebegitu.

2. Seseorang pedagang itu perlu sistem perdagangan yang baik yang akan menghasilkan lebih banyak positif dari negatif. Jika digabung dengan pengurusan risiko yang baik, sistem seperti ini akan membuatkan pedagang lebih makmur dalam jangka masa panjang. Sistem yang baik mempunyai sedikit unsur (lebih banyak indikator yang anda tambah, lebih besar risiko perkara buruk akan berlaku).

3. Selepas anda menguji sistem anda dengan data silam (historical data), pastikan anda melaksanakannya dalam pasaran sebenar tetapi dalam kerangka rejim ujian. Masa silam adalah masa silam, pasaran pula sentiasa berubah. Berlatih di akaun demo atau dengan amaun wang yang kecil di akaun live memastikan sistem anda berfungsi dengan betul.

4. Jangan cuba untuk hasilkan sistem perdagangan yang sempurna berasaskan sistem perdagangan yang baik. Sepatah kata Leo Tolstoy, “jika anda mencari kesempurnaan, anda tidak akan pernah berpuas hati”. Tambahan lagi, anda akan memusnahkan sesuatu yang bagus yang anda sudah pun ada. Justeru, anda perlukan sesuatu yang baru, jangan ganggu sistem perdagangan yang berfungsi dengan baik, tetapi salurkanlah tenaga anda kepada perkara lain seperti, contohnya, untuk rekabina sistem perdagangan yang kedua.

5. Untuk mencari titik keluar dagangan anda, lihat pada indikator-indikator dan instrumen teknikal, bukannya dengan emosi anda.

6. Letakkan Renti Rugi (Stop Loss) bila anda buka dagangan. Adalah disyorkan untuk mengubah Renti Rugi setelah masa berlalu dan satu-satunya cara untuk melakukan itu adalah dengan menggerakkannya searah dengan arah dagangan (naik untuk dagangan beli dan turun untuk dagangan jual). Jangan pernah besarkan Renti Rugi anda.

shutterstock_426595519.jpg

Tentang pengurusan dana

1. Pastikan anda mampu bertahan dalam pasaran. Satu dagangan yang rugi tidak sepatutnya menjadikan anda "tangan kosong". Jadi jangan biarkan kerugian anda berlanjutan. Ketahui berapa sebenarnya yang anda risikokan di setiap dagangan. Jika ditakdirkan kerugian bulanan anda lebih dari 8% nilai akaun anda, berhenti seketika dari berdagang, kaji semula sistem perdagangan anda. Pilih dagangan yang membolehkan anda mempunyai Renti Rugi yang kecil.

2. Anda akan menemui kejayaan setelah melakukan banyak percubaan. Lantas, anda perlu membahagi-bahagikan deposit anda dengan cara yang membolehkan anda melakukan banyak dagangan dan menjayakan beberapa idea dagangan. Dengan perkataan lain, hadkan saiz setiap dagangan tidak lebih dari 2% ekuiti anda. Elder memanggil pendekatan ini "jadi kaya dengan perlahan". Beliau kata: "Berdaganglah untuk mendapatkan track record terbaik, dengan keuntungan yang mapan dan drawdown yang kecil".

"Para amatur mempunyai sikap yang sama terhadap perdagangan seperti seorang kaki botol terhadap alkohol. Dia bermula dengan niat hendak bergembira, dan berakhir dengan merosakkan dirinya sendiri." – Alexander Elder

3. Bolehkah seorang pedagang menambah kepada posisi sedia ada? Ya, jika ia strategi yang mengikut trend yang sudah pun balik modal atau sudah mencatat keuntungan dan risiko pada posisi tambahan tidak melebihi dari 2% nilai ekuiti anda.

Tahukah anda mengapa para pedagang yagn berkerja di bank dan amanah saham secara puratanya lebih berjaya berbanding para pedagang individu? Ini kerana mereka tahu bahawa mereka akan dibuang kerja jika mereka kerugian melampaui had tertentu. Kesannya, mereka lebih berhati-hati dan menghadkan kerugian. Bila anda berkerja sendiri, andalah kuli anda juga boss, jangan lupa untuk bertegas dengan diri sendiri dan tidak membiarkan kerugian anda meningkat di luar kawalan.

Sila maklum bahawa kerja anda tidak selesai bila anda menutup dagangan anda. Berusahalah untuk menganalisa setiap transaksi. Tanyakan diri anda banyak soalan. Apa yang betul/salah? Mengapa anda lakukan apa yang telah anda lakukan? Adakah Ambilan Untung dan Renti Rugi anda di aras yang optimal? Begitulah seterusnya. Pengalaman anda sendiri adalah sumber maklumat anda yang terbaik.

Kesimpulan

Menurut Alexander Elder yang bijaksana, musuh-musuh utama para pedagang adalah kejahilan dan emosi. Inilah ancaman-ancaman utama tetapi ia mampu dikalahkan jika anda tahu apa yang anda sedang lawan. Sebagai siswa yang rajin, anda harus sentiasa berusaha untuk belajar lebih tentang pasaran kewangan dan perdagangan. Sebagai tambahan, seperti seorang pemburu, anda perlu memupuk sifat sabar dan menunggu sehingga peluang perdagangan yang baik memunculkan dirinya.

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera