Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?

Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?

2024-05-27 • Dikemaskini

Jika anda biasa berdagang, anda pasti tahu tentang trend. Trend menunjukkan arah pergerakan harga. Ia boleh menaik, menurun, atau mendatar. Jika pedagang memahami cara untuk menentukan arah trend, mereka berkemungkinan besar tidak bermasalah untuk membuka posisi. Seseorang pedagang itu perlu mempunyai strategi yang jelas untuk menunggang trend untuk meningkatkan peluang kemenjadikan perdagangannya. Artikel ini akan meninjau tips-tips perdagangan trend paling popular dan mengkaji beberapa strategi mengikut arah trend yang paling mudah dan menarik.

Apakah Itu Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend?

Untuk membina strategi perdagangan mengikut arah trend yang berkesan, anda perlu tahu cara-cara untuk berdagang dengan trend. Perdagangan mengikut trend di Forex ialah gaya perdagangan yang popular untuk pedagang yang mengambil kesempatan daripada harga yang bergerak dalam cara tertentu untuk satu tempoh yang berpanjangan. Apabila berdagang dalam pasaran yang sedang trending, pedagang perlu berhati-hati dan memberikan perhatian kepada sebarang tanda-tanda penyongsangan, yang berkemungkinan besar akan merosakkan setup mereka. Salah seorang pedagang trend terhebat sepanjang zaman ialah George Soros, yang mana strategi perdagangan mengikut trendnya membantu beliau meramalkan perubahan mood pasaran.

Kelebihan-Kelebihan Kaedah Mengikuti Trend

Perdagangan mengikut arah trend mempunyai pelbagai kelebihan berbanding gaya perdagangan lain. Apakah kelebihan utama menggunakan pendekatan ini?

  • Perdagangan mengikut trend boleh membawa kepada keuntungan yang lebih besar. Jika anda mengikut arah trend, anda boleh kekal berada dalam posisi menang selama yang mungkin. Oleh itu, anda akan memaksimumkan pulangan perdagangan anda. Pengikut trend boleh melaras nisbah risiko-ganjaran standard 1:3 dan menaikkannya kepada 1:4 atau lebih tinggi, bergantung pada kekuatan trend.
  • Perdagangan trend mempunyai kos transaksi yang lebih rendah. Tidak seperti scalping, perdagangan mengikut trend tidak memerlukan pembukaan berpuluh-puluh posisi. Dengan cara ini, anda menjimatkan wang kerana anda tidak perlu membayar komisen dan spread untuk setiap urusniaga yang anda buka.
  • Perdagangan trend menjimatkan masa. Secara purata, pedagang memerlukan 1-2 jam untuk memantau carta dan menyemak portfolio perdagangan mereka apabila mereka berdagang dengan trend. Posisi mungkin akan aktif selama beberapa hari atau minggu jika arus trend kuat. Hasilnya, anda akan mempunyai masa untuk aktiviti lain.

Adakah Strategi Mengikut Trend Berkesan Dengan Saham?

Sama ada anda berdagang di pasaran saham, komoditi atau Forex, strategi trend menuntut peraturan analisis teknikal yang sama untuk kesemua pasaran tersebut. Trend boleh ditemui pada mana-mana carta, jadi anda boleh mencuba strategi mengikut trend pada mana-mana instrumen yang anda suka.  

Siapakah pedagang trend yang terkenal?

Pedagang trend yang berjaya telah menjana berbilion-bilion dolar dengan kemahiran perdagangan trend, taktik dan pengetahuan mereka tentang struktur pasaran. Kami telah pun menyerlahkan George Soros sebagai salah satu nama besar pendekatan perdagangan trend. Walau bagaimanapun, ada lebih ramai lagi yang boleh kita sebutkan.

Salah satu nama besar lain perdagangan trend ialah Ed Seykota. Beliau salah seorang pedagang yang ditemu bual oleh Jack Schwager dalam "Market Wizards". Dengan hanya $5 ribu di dalam poketnya, dia berjaya menjana $15 juta dalam tempoh 12 tahun.

Seorang lagi legenda perdagangan trend ialah David Harding, Ketua Pegawai Eksekutif Winton Capital. Dana yang beliau uruskan untuk pelanggan mempunyai aset yang bernilai lebih $30 bilion.

Akhir sekali, anda pasti pernah mendengar tentang wira buku "Reminiscences of a Stock Operator", Jesse Livermore. Sesetengah pedagang menamakan beliau sebagai pengasas pendekatan mengikut trend. Pada tahun 1929, beliau mempunyai $100 juta. Dalam nilai wang hari ini, itu kira-kira $1.5 bilion. Deria pasarannya sangat mengagumkan sehingga dia masih menjadi sumber inspirasi para pedagang sehingga kini.

Itulah beberapa pedagang trend yang paling terkenal, yang menggunakan kuasa dan kemahiran mereka untuk membuat wang. Mungkin anda akan menjadi orang yang seterusnya di dalam senarai ini?

Bagaimana Cara Membina Strategi Perdagangan Yang Mengikut Trend?

Langkah pertama dalam membina arah strategi perdagangan yang mengikut trend adalah amat jelas – anda perlu menentukan arah trend. Anda boleh melakukannya sama ada secara manual atau dengan bantuan indikator.

Orang yang berpengalaman dalam perdagangan boleh melihat trend dalam sekelip mata! Cara paling mudah untuk melakukannya ialah menyambungkan harga-harga tinggi dan rendah. Anda perlu menyambungkan sekurang-kurangnya dua titik pada carta. Jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras terendah yang lebih tinggi (higher lows), pedagang boleh mencadangkan bahawa ia sedang bergerak dalam trend menaik (uptrend). Begitu juga sebaliknya, jika harga membentuk paras terendah yang lebih rendah (lower lows) dan paras tertinggi yang lebih rendah (lower highs) – anda sedang berhadapan dengan tekanan ke bawah, yang berkemungkinan akan memulakan trend menurun (downtrend).

1.png

Dalam gambar di atas, kita boleh mengenal pasti trend menurun yang jelas selepas menyambungkan puncak dan paras terendah EURUSD yang paling jelas pada carta harian. Harga membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah. Selain itu, harga telah bergerak dalam apa yang dipanggil saluran menurun (descending channel). Dalam perkataan lain, melantun-lantun di antara dua garisan pepenjuru (diagonal) yang mengehadkan harga dari bahagian atas dan juga bawah tanpa melakukan penembusan. Harga telah bergerak dalam saluran ini selama hampir sembilan bulan. Oleh itu, trend menurun dianggap kukuh.

Perdagangan Trend dengan Purata Bergerak

Kebanyakan pedagang trend lebih suka membina sistem mengikut arah trend daripada menggunakan carta harga secara mentah-mentah. Persediaan kompleks ini termasuk menerapkan indikator teknikal pada carta. Terdapat beberapa indikator yang mengikut arah trend yang boleh membantu anda untuk tujuan itu. Yang paling popular ialah purata bergerak (moving averages). Terdapat purata bergerak ringkas, eksponen, berwajaran linear (linear weighted) dan terlicin (smoothed). Kesemua yang tersebut menggunakan fungsi matematik yang berbeza.

Purata pergerakan ringkas (MA) ialah jenis purata bergerak yang paling popular. Ia menunjukkan harga purata untuk tempoh yang dipertimbangkan.

MA Eksponen dan MA Berwajaran Linear mengira harga terkini dengan pekali yang lebih tinggi. Mereka cenderung untuk memberikan isyarat yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, mereka mungkin memberikan maklumat yang lamban, jadi sila berhati-hati!  

MA Terlicin adalah diasaskan dari MA ringkas. Ia purata bergerak yang paling banyak membersihkan pergerakan harga daripada hingar turun naik harga.

Purata bergerak yang terbaik untuk mengenal pasti arah trend ialah purata bergerak yang ringkas dan terlicin. Pedagang boleh menetapkan pelbagai tempoh MA yang berbeza untuk menganalisis trend. Biasanya, pedagang berpegang pada purata bergerak ringkas 200 tempoh. Ia menunjukkan kecenderungan arah pasaran. Tafsiran klasik strategi perdagangan trend dengan purata bergerak ringkas 200 tempoh adalah mudah. Jika harga bergerak di atas purata bergerak, ia menunjukkan momentum ke arah atas. Dalam kes ini, anda perlu mempertimbangkan entri long. Sebaliknya, apabila harga turun di bawah SMA 200-tempoh, boleh dikatakan dengan hampir pasti bahawa anda berhadapan dengan trend menurun.

2.png

Pada carta harian EURUSD di atas, anda boleh melihat bahawa harga telah membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi apabila ia berada di atas purata bergerak. Dan sebaliknya, ia membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah apabila ia berada di bawah purata bergerak.

Indikator Kekuatan Trend

Terdapat satu lagi indikator yang berfungsi sebagai pembantu yang hebat apabila bekerja dengan trend. Ia adalah Indeks Intensiti Trend (TII) yang dibangunkan oleh M. H. Pee untuk mengukur kekuatan trend di pasaran. Ia membandingkan perkadaran harga untuk 30 hari sebelumnya di atas atau di bawah purata bergerak 60 hari hari ini.

Ia memerlukan MA 60 hari hari ini dan juga sisihan (deviation) setiap hari untuk pengiraan. Sisihan dikira sebagai perbezaan di antara harga penutupan dan harga purata. Sisihan atas memberikan angka yang positif manakala sisihan bawah memberikan angka yang negatif. Formula untuk indikator TII kelihatan seperti ini:

Indeks intensiti trend (TII) = (jumlah naik / (jumlah atas + jumlah bawah)) × 100

Indikator Intensiti Trend bergerak di antara 0 dan 100. Jika nilai TII di bawah 50, trend adalah bearish. Apabila ia bergerak berhampiran 20, trend menurun adalah kuat. Sebaliknya, jika TII berada di atas 50, trend adalah bullish. Semakin dekat indikator dengan 80, semakin kuat trend menaik. Anda boleh memuat turun indeks intensiti Trend untuk Metatrader 5 dari laman web rasmi MQL5.

3.png

Carta di atas menunjukkan bahawa apabila harga sedang menuju ke atas, indikator berada di atas aras 80. Apabila harga membentuk paras-paras terendah, indikator TII jatuh di bawah paras 20. Kita juga dapat melihat bahawa walaupun ia tampak tepat, indeks intensiti Trend ialah indikator yang lamban (lagging). Anda boleh membuat kesimpulan tersebut dengan melihat pada sempadan kanan segi empat tepat hijau. Harga sudah berpatah balik ke bahagian bawah, tetapi indikator masih menunjukkan trend menaik yang kukuh. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sebagai alat tambahan untuk mengesan arah trend, tetapi bukan sebagai penjana isyarat.

Garisan Trend dan Pola Carta

Pola carta memainkan peranan yang penting dalam analisis teknikal dan perdagangan trend. Jika seseorang pedagang trend itu sudah berpengalaman bekerja dengan pola carta, ia akan membantu mereka meramalkan penyongsangan atau penerusan arah trend. Sesetengah pedagang membina keseluruhan peraturan sistem perdagangan trend berdasarkan pola carta. Mari kita tinjau beberapa yang paling popular.

Pola Head and Shoulders

4.png

Pola Head and Shoulder biasanya terbentuk di penghujung sebuah uptrend. Ia terdiri daripada kepala (puncak kedua dan tertinggi), dua bahu (ketinggian lebih rendah), dan garis leher yang menghubungkan titik-titik terendah pola dan bertindak sebagai aras sokongan. Garisan leher boleh berbentuk mendatar atau condong ke atas/bawah. Jika harga menembus ke bawah garisan leher selepas membentuk bahu kedua, pola itu dianggap sahih, dan anda boleh melihat permulaan trend menurun. Pola ini membantu pedagang trend keluar dari entri long mereka dan bersedia untuk pergerakan menurun baharu.

 Sebagai alternatif, terdapat pola inverse head and shoulders, yang muncul pada penghujung trend menurun dan menandakan permulaan trend menaik.

Double Top dan Double Bottom

5.png

Pola double top terdiri daripada dua puncak berturut-turut dengan ketinggian yang sama dengan jarak yang dekat di antara mereka. Pola ini memberi isyarat bahawa arah trend akan berubah daripada menaik kepada menurun. Seperti head and shoulders, anda boleh melukis garis leher melintasi titik-titik terendah pola ini.

Terdapat juga corak double bottom yang meramalkan potensi pembalikan ke bahagian atas.

Pedagang yang ingin mengesahkan trend yang kuat akan mendapati pola carta penerusan (continuation chart patterns) amat berguna. Terdapat segitiga, bendera (flags), panji (pennants), baji (wedges), dan segi empat tepat (rectangle). Segitiga dan bendera adalah yang paling mudah dikesan.

Segitiga

Terdapat tiga jenis pola segitiga: menaik, menurun, dan simetri. Jika anda berhadapan dengan pola menaik, trend menaik mungkin akan berterusan. Dalam kes pola menurun, anda perlu bersedia untuk trend menurun. Dalam kes segitiga simetri, kedua-dua bulls dan bears tidak dapat mendominasi pasaran.

6.png

Dalam gambar di atas, anda boleh melihat contoh pola segitiga simetri. Jika anda membuat pesanan entri di atas paras tertinggi yang lebih rendah dan di bawah paras terendah yang lebih tinggi, anda akan menangkap pesanan yang betul. Jangan lupa untuk membatalkan pesanan alternatif apabila salah satu daripadanya mengena.

Bendera (Flag)

Pola bendera terbentuk apabila fasa pengukuhan mengikuti pergerakan harga yang ketara. Ia terdiri daripada dua garisan selari dan satu tiang bendera (flagpole). Bendera bullish muncul semasa trend menaik (lihat gambar di bawah). Sebaliknya, bendera bearish menandakan penerusan trend menurun.

7.png

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas, bendera bullish ialah pengesahan yang ideal bagi momentum bullish yang selanjutnya. Jika ia muncul di carta, anda perlu meneruskan posisi long anda.

Walaupun mengetahui pola carta membantu pedagang berdagang dalam arah trend, persediaan perdagangan trend yang terbaik adalah yang dibuat sebagai sebahagian daripada strategi perdagangan. Mari kita lihat bagaimana cara berdagang dengan strategi mengikut trend dengan betul!

Panduan Strategi Perdagangan

Terdapat banyak strategi perdagangan trend, tetapi hanya sedikit yang mempunyai peraturan kemasukan yang tegas. Ada yang mengatakan "beli lebih rendah dan jual lebih tinggi"; yang lain pula hanya mempunyai satu indikator dalam set mereka (misalnya, RSI) dan tidak menuntut penggunaan Renti Rugi.

Artikel ini akan memberi anda satu contoh strategi yang cekap dengan peraturan kemasukan yang mudah dan pengurusan risiko yang sesuai. Lihat setup yang digunakan!

Setup strategi perdagangan

Instrumen: Apa sahaja.

Rangka masa: Harian atau H4 adalah yang paling sesuai.

Indikator: Purata Bergerak Ringkas 200-, 20-, dan 50-tempoh, Average True Range

Peraturan untuk entri long:

  1. Semak arah trend umum. Kita harus melihat harga berada di atas SMA 200-tempoh sebelum membuat entri long.
  2. Tunggu sehingga harga menguji sokongan dinamik di antara purata bergerak 20 dan 50, sebanyak dua kali.
  3. Buka posisi pada harga penutup candlestick bullish seterusnya selepas ujian.
  4. Renti Rugi dikira sebagai 2*ATR dan tolak nilai ini daripada aras kemasukan anda.
  5. Tutup posisi apabila harga jatuh ke bahagian bawah SMA 50-tempoh.

Mari kita pertimbangkan satu contoh. Pada carta H4 EURUSD, pasangan itu bergerak di atas SMA 200-tempoh (garisan coklat). Oleh itu, harga bergerak dalam trend menaik. Selepas ia menyentuh SMA 20 tempoh (garisan merah) untuk kali yang ketiga, kami mempertimbangkan untuk membuka posisi long. Candlestick pertama selepas ujian SMA 20 tempoh ditutup berwarna hijau. Kami membuka pesanan "Beli" pada harga penutupan candlestick itu di 1.2847. Selepas itu, kami mengira jarak Renti Rugi dengan formula aras kemasukan – 2*ATR:

Aras kemasukan = 1.2847

ATR= 0.0024

Renti Rugi = 1.2847-0.0048=1.2799

Selepas harga jatuh ke bahagian bawah SMA 50-tempoh (garisan kuning), kami menutup posisi di 1.3250. Kami meraih 4030 poin.

8.png

Peraturan untuk entri short:

  1. Semak arah trend umum. Kita perlu melihat harga di bawah SMA 200-tempoh untuk entri short.
  2. Tunggu sehingga harga menguji rintangan dinamik di antara purata bergerak 20 dan 50, sebanyak dua kali.
  3. Buka posisi pada harga penutupan candlestick bearish seterusnya selepas ujian.
  4. Renti Rugi dikira sebagai 2*ATR dan tambah nilai ini kepada aras kemasukan anda.
  5. Tutup posisi apabila harga melintasi SMA 50 tempoh ke atas.

Pada carta EURUSD yang sama, harga mula bergerak di bawah SMA 200-tempoh (garisan coklat). Selepas menyentuh SMA 20-tempoh (garisan merah) dengan harga tingginya sebanyak tiga kali, kami membuka pesanan jual pada harga penutupan candlestick bearish di 1.5387. Renti Rugi dikira sebagai 1.5387+2*0.00468=1.5481.

Selepas harga menembus ke bahagian atas 50-SMA (garisan kuning), kami menutup urusniaga di 1.4841. Kami berjaya meraih 5460 poin.

9.png

Kesimpulan

Perdagangan mengikut arah trend adalah pendekatan biasa yang boleh membawa hasil yang baik. Ikuti trend pasaran dan tahu cara menunggangnya dengan betul, dan anda tidak akan kecewa. Dan, siapa tahu, mungkin anda akan menjadi jutawan perdagangan trend yang seterusnya?

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera