Tips perdagangan trend dari Victor Sperandeo

Tips perdagangan trend dari Victor Sperandeo

2023-01-25 • Dikemaskini

Kami pasti anda sudah kenal dan biasa dengan analisis teknikal, terutamanya garisan trend. Jika itu benar, maka anda tahu bahawa menggariskan trend melibatkan kesubjektifan yang agak tinggi. Hari ini, kami akan menjelaskan kaedah pengecaman trend dan perdagangan dengan trend seperti yang dianjurkan oleh Victor Sperandeo, yang juga dikenali sebagai "Trader Vic". Bersama dengan Encik Sperandeo, kita akan pelajari cara-cara membuatkan garisan trend berkhidmat untuk anda.

Siapakah Victor Sperandeo?

Trader Vic adalah seorang pedagang dari AS, pencipta indeks, dan komentator kewangan. Beliau terkenal sebagai pedagang komoditi di sektor tenaga dan logam. Fakta menarik: beliau telah meramalkan kejatuhan pasaran saham tahun 1987 (Black Monday). Sebelum insiden tersebut berlaku, Victor Sperandeo telah short indeks Dow dan meraih 300% dalam satu hari. Keupayaan berdagang beliau yang luar biasa telah membantu beliau mencipta banyak strategi serta teknik yang berguna dan menguntungkan, yang mana ia semua masih relevan sehingga sekarang. Kaedah garisan trend yang terkenal yang kami akan bentangkan kepada anda adalah salah satu dari teknik tersebut.

Kaedah perdagangan trend dari Trader Vic

Mari pertimbangkan satu kaedah yang sangat senang untuk perdagangan trend yang dijelaskan oleh En. Sperandeo. Ia dipanggil “changing trends in the one-two-three” (perubahan trend secara 1-2-3). Tentu sekali, ia bermula dengan membuat garisan trend yang betul.

Dari ilmu asas analisis teknikal, anda pasti ingat bagaimana anda perlu melukiskan garisan di antara sekurang-kurangnya dua titik. Pada suatu uptrend, anda lihat jujukan bucu tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan bucu/harga rendah yang lebih tinggi (higher lows). Sebaliknya, pada downtrend ada jujukan bucu/harga rendah yang lebih rendah (lower lows) dan harga tinggi yang lebih rendah (lower highs).

Jadi anda buka carta di MT4 dan berhadapan dengan masalah pertama: ada banyak garisan yang anda boleh pertimbangkan sebagai "garisan trend". Namun yang mana satukah yang betul? Mari lihat algoritma menentukan trend yang baik menurut Trader Vic.

• Untuk uptrend, garisan dari harga rendah yang paling rendah (lowest low) ke harga rendah minor yang tertinggi (highest minor low) harus dilukis, yang mana ia disusuli oleh harga tinggi tertinggi. Garisan mestilah tidak merentasi harga-harga di antara dua titik tersebut. Bagaimana pun, garisan ini boleh merentasi harga selepas harga tinggi minor yang tertinggi (highest minor high). Ia memberikan isyarat perubahan pada trend.

• Untuk downtrend, anda perlu lukiskan garisan dari harga tinggi tertinggi (highest high) ke harga tinggi minor yang terendah (lowest minor high) yang disusuli oleh harga rendah paling rendah (lowest low). Sama seperti uptrend, garisan antara dua titik ini mestilah tidak merentasi mana-mana harga.

Mari kita lihat teknik ini dalam format langkah demi langkah. Pertama sekali, kita akan mulakan dengan menggariskan uptrend.

1. Sebagai langkah pertama, kita perlu mencari "highest high" (A) di carta dan harga rendah yang signifikan (B) yang hampir dengan harga tinggi ini.

2. Kemudian, kita cari harga rendah terendah (C) dan sambungkan titik "B" dan "C". Jika harga menyilang garisan ini, kita gerakkan titik "C" sehingga garisan tidak lagi menyentuh harga.

Uptrend kini sudah digaris. Jadi apa yang anda perlu lakukan seterusnya? Mari kita lihat gambar di bawah untuk memahami kaedah "satu-dua-tiga" En. Victor Sperandeo.

Kita boleh lihat ada uptrend yang terbentuk pada carta 4 jam GBP/USD. Selepas melewati titik "A", garisan trend menyentuh harga. Ia menandakan perubahan trend. Penembusan garisan trend dari atas ke bawah dipanggil "satu" (1) oleh Trader Vic. Selepas itu, harga meningkat dan menguji garisan trend semula. Ini syarat kedua (2) yang perlu untuk pengunduran. Dalam masa yang sama, harga rendah sebelum candlestick yang menyebabkan garisan trend diuji semula dianggap sebagai aras yang perlu ditembusi untuk mengesahkan penyongsangan trend. Justeru itu, penembusan aras 1.5777 adalah syarat yang ketiga (3), yang mana selepas dari ini kita boleh membuka posisi short. Dalam contoh kami, kami telah membuka posisi short di harga penutupan candlestick selepas titik (3) iaitu di 1.5756. Renti rugi dipasang di titik (2) tetapi aras ambilan untung perlu direntet (trailed).

1-(2).jpg

Sekarang mari kita lihat senario dengan trend menurun.

1. Di sini kita perlu cari harga rendah paling rendah (lowest low) pada carta (A) dan harga tinggi yang signifikan (B).

2. Selepas itu kita cari harga tinggi tertinggi (C) dan sambungkan titik "B" dan "C". Dari contoh di bawah, kita boleh lihat garisan menyilang harga beberapa kali. Oleh itu kita perlu memindahkan titik "C" ke satu ekstrim yang lebih rendah. Selepas melukis garisan trend antara titik "D" dan "B", harga tidak menyilang garisan trend. Jadi garisan trend yang ini seharusnya garisan yang betul.

Kini kita sudah bersedia untuk perdagangan trend.! Selepas harga menyilang garisan trend (syarat 1), kita tunggu sehingga garisan trend diuji semula. Harga tinggi sebelum candlestick yang menyebabkan ujian semula (retest) dianggap sebagai aras yang perlu ditembusi untuk mengesahkan pengunduran. Ini bermakna penembusan aras 0.8646 adalah syarat ketiga (3) yang perlu dipertimbangkan sebagai signal untuk membuka posisi long. Pada gambar di bawah, kami telah membuka posisi di harga penutupan candlestick selepas titik (3) iaitu di 0.8738. Renti rugi dipasang pada harga penutupan candlestick yang menyebabkan penembusan di 0.8539. Manakala untuk ambilan untung, kami telah merentetnya.

2-(2).jpg

Kesimpulan

Hari ini kami telah pelajari beberapa tip tentang pembikinan garisan trend dan perdagangan trend Trader Vic yang masyhur. Walaupun strategi ini nampak mudah, ia perlukan latihan dan ilmu asas analisis teknikal.

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Strategi Perdagangan Money Flow Index
Strategi Perdagangan Money Flow Index

Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera