Jenis-jenis matawang: harus pilih yang mana?

Jenis-jenis matawang: harus pilih yang mana?

2023-05-26 • Dikemaskini

Bergantung kepada situasi ekonomi, para pelabur memilih di mana hendak mereka laburkan wang mereka dan matawang mana yang harus dibeli. 

Bukan semua orang tahu bahawa ada banyak sekali pasangan matawang yang boleh didagangkan. Ramai pedagang, terutamanya yang novis, hanya mendagangkan pasangan Forex utama seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY. Namun pernahkah anda terfikir tentang peluang-peluang lain yang membolehkan anda membuat wang dalam amaun yang lebih besar?

Di dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda tentang jenis-jenis utama matawawng. Anda akan mempelajari yang mana yang boleh digunakan, dalam situasi yang berbeza-beza, untuk meningkatkan keuntungan anda. 

Matawang perlindungan

Tahukah anda apakah itu tempat perlindungan? Tempat perlindungan adalah tempat di mana anda terpelihara dari bahaya. 

Ada matawang yang boleh melindungi anda daripada bahaya kewangan juga. Matawang perlindungan adalah matawang yang cenderung untuk kuat di waktu ketidaktentuan dan ketakutan menguasai pasaran justeru pelabur-pelabur mahu mencari tempat yang selamat bagi wang mereka. 

Apakah matawang-matawang tersebut? Matawang-matawang perlindungan adalah matawang negara-negara yang mempunyai kestabilan ekonomi dan politik, inflasi yang rendah, dan lebihan imbangan pembayaran (BOP, balance of payments). Dari zaman ke zaman, matawang yang memainkan peranan sebagai matawang perlindungan berbeza-berbeza. Buat masa ini, matawang seperti ini adalah dolar AS, yen Jepun, dan franc Switzerland.

866_2.jpg

Izinkan kami memberikan kepada anda sebuah penerangan ringkas.

Dolar AS

Dolar AS adalah matawang rizab yang paling terkenal dan didagangkan dengan paling meluas. Ia telah memainkan peranan ini sejak persidangan Bretton Woods pada 1945. Sepanjang dekad lalu, lebih dari 60% rizab tukaran asing dunia adalah di dalam dolar. Jika tiada apa-apa yang berubah, para pelabur melihat USD sebagai matawang yang boleh diharapkan dan selamat. Berita yang positif tentang pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh Amerika akan menyokong kadar tukaran dolar juga.

Yen Jepun

Yen Jepun satu lagi matawang yang menarik minat ramai pelabur. Adalah sangat menarik bagaimana yen boleh meningkat walaupun bila ada berita yang negatif datang dari Jepun. Ia terjadi kerana pelabur-pelabur Jepun membawa pulang wang mereka dari luar negara ke pasaran domestik (satu proses yang dipanggil repatriasi). Pasangan matawang silang (cross-currency pairs) seperti AUD/JPY, NZD/JPY, CAD/JPY didagangkan dengan banyak sekali dan berita-berita negatif di pasaran komoditi menjurus kepada peningkatan yen, dan seterusnya mendorong penurunan bagi pasangan-pasangan ini.

Franc Switzerland

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa matawang rizab lebih banyak digunakan sewaktu situasi ekonomi yang tidak stabil bila mana pada pelabur perlu memelihara simpanan mereka. 

Matawang komoditi

Kami pasti anda sudah pun mengetahui bahawa komoditi adalah barang asas yang digunakan dalam perdagangan. Jika anda ingat definisi ini, tidak sukar untuk anda menentukan negara matawang komoditi. Matawang komoditi adalah matawang ekonomi pengeluar dan pengeksport utama sumber alam seperti minyak, gas, arang batu, logam berharga, dsb. Di antara contohnya adalah dolar Kanada, Australia dan New Zealand, rubel Rusia dan kron Norway. 

Bagaimana pun, kebanyakan matawang komoditi dikawal selia oleh kerajaan dan tidak banyak didagangkan di pasaran. Itulah sebabnya mengapa hanya tiga matawang digunakan dengan banyak di pasaran Forex antarabangsa: CAD, AUD, dan NZD. Tiga matawang tersebut cair dan terapung dengan bebas. 

Matawang-matawang ini mempunyai ciri yang tersendiri di mana kadar tukarannya sangat dipengaruhi sentimen risiko pasaran secara amnya dan dinamik eksport secara khususnya. Matawang-matawang ini cenderung menguat bila ekonomi dunia mengembang dan permintaan tinggi untuk sumber. Ini berlaku bila negara-negara berkenaan mendapat pendapatan yang lebih tinggi dari menjual komoditi yang mahal. Ini membolehkan mereka meningkatkan kadar faedah. Kadar faedah yang lebih tinggi menari pelabur asing ke negara tersebut. 

Pelabur seperti ini menggunakan strategi "carry trade": mereka meminjam wang di dalam matawang yang kadar pulangannya rendah, dan melaburkannya di dalam matawang komoditi yang menawarkan kadar faedah yang tinggi. Kadar pulangan yang tinggi ini barkait langsung dengan risiko yang tinggi. Carry Trade mendukung kenaikan matawang komoditi. Namun, jika situasi berputar arah, dan situasi kewangan menjadi lebih teruk, ia akan mendorong kepada aliran keluar modal dan kejatuhan matawang komoditi. Bila ekonomi global tersenggut-senggut, matawang komoditi jatuh.

Mari kita kaji satu contoh carry trade. Bila kadar faedah Australia lebih tinggi daripada Jepun, para pelabur menjual yen dan membeli dolar Australia. Ia akan mendorong AUD ke atas. Bila kemeruwapan pasaran meningkat atau pertumbuhan kadar Australia memperlahan, para pelabur menutup dagangan mereka dan AUD akan melemah. Perbezaan kadar antara matawang perlindungan dan komoditi yang sebegitu sering ada.

866_1.jpg

Mari lihat pada tiga negara utama matawang komoditi.

Kanada

Kanada terkenal dengan sumber minyak dan gasnya. Jadi dolar Kanada bergantung tinggi pada harga minyak dan gas. Bila harga minyak mentah naik, dolar Kanada turut meningkat. Pada masa yang sama, ekonomi Kanada dikaitkan dengan ekonomi AS. Amerika Syarikat adalah pengimport utama komoditi Australia. Jadi ekonomi AS yang lemah boleh menyebabkan penurunan eksport Kanada dan kejatuhan CAD.

Australia

Australia mengeksport sumber alam – tembaga dan bijih besi. China adalah pembeli terbesar komoditi Australia, maka ekonomi China mempunyai pengaruh besar terhadap dolar Australia. Bila angka ekonomi China positif, AUD meningkat berbanding USD dan begitu juga sebaliknya.

New Zealand

Eksport New Zealand berasaskan kepada sektor pertanian: produk-produk tenusu, daging, kayu dan wul. Matawang ini terkesan dengan angka-angka lelongan tenusu, contohnya Global Dairy Trade (Dagangan Tenusu Global). Tambahan lagi, ekonomi New Zealand terkorelasi dengan ekonomi Australia. Kesimpulannya, bila pedagang mahu berdagang matawang komoditi, mereka harus mengikuti trend harga komoditi.

Sebagai rangkuman, bolehlah kami katakan bahawa para pedagang Forex harus selalu mengambil kira situasi ekonomi. Bila ekonomi dunia stabil dan berkembang, para pedagang boleh mendapat keuntungan besar dengan berdagang matawang komoditi – AUD, NZD, dan CAD. Bagaimana pun, di waktu ekonomi tidak stabil, lebih baik memilih matawang perlindungan – JPY dan CHF. 

Ada banyak pasangan matawang yang menampilkan matawang komoditi dan perlindungan. Pasangan-pasangan matawang ini mempunyai potensi keuntungan yang besar. 

DAGANGKAN MATAWANG DENGAN FBS

Baca lebih lanjut

Serupa

Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh
Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh

Pada masa kini, setiap sumber berita heboh membincangkan tentang inflasi, artikel ekonomi berteriak-teriak mengenainya. Semakin ramai orang menjadi semakin keliru dengan semua maklumat yang diterbitkan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera