Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?

Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?

2024-05-28 • Dikemaskini

Apakah itu korelasi matawang di dalam perdagangan Forex?

Korelasi matawang di Forex adalah satu perkara yang penting dan harus difahami oleh setiap pedagang. Mengapa? Ia boleh memberikan kesan ke atas hasil perdagangan tanpa disedari oleh pedagang. Secara amnya, korelasi ialah hubungan atau kaitan secara timbal balik di antara dua atau lebih perkara, manakala, dalam konteks Forex, korelasi ialah hubungan antara pasangan matawang. Ia mendedahkan sejauh mana mereka cenderung bergerak dalam satu arah yang sama. Lebih kukuh suatu korelasi – lebih mirip carta harga mereka. Terdapat dua jenis korelasi: positif dan negatif.

Kolerasi positif

Korelasi positif bermakna dua pasangan cenderung bergerak dalam arah yang sama.

1.png

Kolerasi negatif

Korelasi yang negatif atau songsang bermakna kedua-dua pasangan bergerak dalam arah yang saling bertentangan.

2.png

Sila maklum bahawa sekiranya dua pasangan yang berbeza bergerak secara rawak tanpa melihatkan sebarang perkaitan, ini bermakna tiada korelasi yang ketara di antara mereka.

Apakah itu pekali korelasi?

Pekali korelasi (correlation coefficient) ialah ukuran yang menunjukkan seberapa kuat atau lemahnya korelasi di antara pasangan matawang. Pekali berjulat dari -1.0 hingga +1.0. Sila maklum bahawa hampir mustahil untuk anda temui pekali yang bernilai tepat -1.0 dan +1.0. Manakala nombor yang hampir dengan 1.0, seperti 0.8 atau 0.7, lebih kerap ditemui.

  • Semakin hampir suatu nombor kepada 1.0, semakin kukuh korelasi di antara kedua-dua pasangan matawang (seberapa kuat kaitan antara nilai-nilainya). Sebaliknya, semakin hampir pekali korelasi dengan 0.0, semakin lemah hubungan di antara pasangan matawang.
  • Tanda ‘+’ menunjukkan korelasi yang positif (arah yang sama), manakala tanda ‘-’ menandakan korelasi yang negatif (arah bertentangan) di antara pasangan.

Apakah korelasi yang dianggap kuat?

Jika pekali di bawah -0.7 dan di atas +0.7, korelasi di antara pasangan matawang diterima secara meluas sebagai kukuh. Jika tidak, jika ia di antara -0.7 dan +0.7, ia menunjukkan bahawa pasangan-pasangan berkenaan berkorelasi lemah. Pekali korelasi yang hampir 0 menunjukkan bahawa pasangan matawang tidak mempunyai hubungan yang boleh dikesan.

Pasangan matawang yang berkorelasi tinggi di Forex

Jadual ini menyenaraikan pasangan-pasangan matawang yang paling banyak didagangkan dengan korelasi negatif atau positif yang kuat.  

Pasangan 1

Pasangan 2

Jenis korelasi

AUD/USD

NZD/USD

Positif

AUD/USD

GBP/USD

Positif

EUR/USD

GBP/USD

Positif

GBP/USD

GBP/ JPY

Positif

USD/JPY

GBP/ JPY

Positif

EUR/USD

USD/CHF

Negatif

GBP/USD

USD/CAD

Negatif

GBP/USD

USD/CHF

Negatif

USD/CAD

EUR/JPY

Negatif

USD/CAD

AUD/USD

Negatif

Adalah penting bagi setiap pedagang untuk memantau korelasi di pasaran Forex. Sebagai contoh, secara tidak sengaja, pedagang mungkin akan long (membeli) USD/CAD dan short (menjual) EUR/JPY kerana menurut fikiran mereka, mereka telah membuka dua urusniaga yang berbeza. Tetapi, sebaliknya, pasangan ini cenderung untuk bergerak dalam arah yang bertentangan kerana dua pasangan matawang ini mempunyai korelasi negatif yang kuat. Dalam kes ini, mereka akan membuka dua urusniaga perdagangan yang hampir sama. Jadi, dalam satu senario, kedua-dua urusniaga mungkin menghasilkan keuntungan untuk pedagang berkenaan, tetapi jika yang berlaku adalah senario yang sebaliknya, pedagang tersebut berisiko menanggung kerugian berganda, kerana USD/CAD dan EUR/JPY sangat terkorelasi.

Strategi perdagangan menggunakan korelasi forex

Teknik meniru (copying strategy)

Daripada maklumat yang kami kongsikan di atas, anda tahu bahawa AUD/USD dan NZD/USD terkorelasi secara positif. Jika anda bandingkan carta harga kedua-duanya, anda akan melihat gambar yang hampir sama. Di sini kami ingin kongsikan satu muslihat: apabila satu psangan lebih lemban dari yang satu lagi (lagging), anda boleh meramalkan pergerakan masa depan suatu pasangan dengan ketepatan yang tinggi hanya dengan melihat kembarnya yang lebih mendahului.

Strategi semak semula (double-check strategy)

Jika anda membuka pesanan di dua pasangan yang terkorelasi, hati-hati kerana anda mungkin mengambil risiko yang lebih tinggi. Sebagai contoh, katakan anda membeli dua pasangan matawang yang berkorelasi positif: AUD/USD dan NZD/USD. Jika ramalan anda betul, anda akan mendapat keuntungan berganda. Walau bagaimanapun, jika harga bertentangan dengan jangkaan anda, ia juga akan menggandakan kerugian. Bagaimanakah seorang peniaga boleh meminimumkan kemungkinan risiko ini? Gunakan signal daripada pasangan yang terkorelasi!

Sebagai contoh, jika anda menganalisis EUR/USD dan fikir ia mungkin akan naik, jangan tergesa-gesa untuk membuka pesanan long. Sebaliknya, analisis pasangan yang terkorelasi dengannya (contohnya, GBP/USD) sebaik yang mungkin untuk mengesahkan isyarat perdagangan anda. Kemudian, hanya apabila analisis GBP/USD atau mana-mana pasangan lain yang terkorelasi positif dengannya memberikan isyarat yang juga bullish, anda boleh long EUR/USD dengan lebih yakin!

Strategi lindung nilai (hedging strategy)

Bagaimana pula dengan matawang yang terkorelasi secara negatif? Pedagang boleh menggunakannya untuk tujuan lindung nilai (hedging)! Sebagai contoh, seorang pedagang membeli dua pasangan matawang yang terkorelasi secara negatif. Jika ramalan tersasar dan pasangan pertama bergerak bertentangan dengan jangkaan pedagang itu, urusniaga kedua akan mengimbangi kerugiannya.

Lindung nilai ialah pelaburan yang dibuat oleh pedagang untuk mengurangkan risiko pergerakan harga aset yang bertentangan dengan unjurannya.

Membuat satu lagi urusniaga perdagangan yang cenderung untuk bergerak ke arah yang bertentangan dengan urusniaga pertama adalah satu bentuk strategi lindung nilai. Sebagai contoh, jika dua pasangan matawang terkorelasi secara positif dan pedagang ingin melindung nilai, beliau harus mempertimbangkan untuk membeli satu pasangan dan menjual pasangan yang satu lagi. Sebagai alternatif, jika dua pasangan matawang terkorelasi secara negatif, dan pedagang ingin melindung nilai, beliau harus mempertimbangkan untuk membeli atau menjual kedua-dua pasangan (membuka pesanan-pesanan konvergen).

Contoh perdagangan korelasi Forex

Sebagai contoh, anda membuka carta NZD/USD dan telah mengesan dua signal untuk long (beli): pasangan itu melepasi garisan bawah Jalur Bollinger, dan candlestick membentuk "pin bar". Kemudian anda beralih ke carta pasangan matawang yang terkorelasi dengannya – AUD/USD. Cantik! Ia juga menunjukkan signal untuk membeli: garisan signal Osilator Stokastik melintasi garisan putus-putus dari bawah ke atas. Menggunakan singal ini, anda boleh meraih keuntungan berganda daripada NZD/USD dan AUD/USD.

3.png

Korelasi di pasaran saham dan komoditi

Korelasi wujud bukan sahaja di antara pasangan-pasangan matawang, tetapi di komoditi, saham dan indeks saham juga! Semuanya boleh terkait di antara satu sama lain, malah dengan pasangan matawang juga. Sebagai contoh, emas (XAU/USD) cenderung menunjukkan korelasi yang bertentangan dengan dolar AS dan korelasi positif yang kuat dengan perak (XAG/USD).

Sementara itu, minyak mentah (XBR/USD dan XTI/USD) terkorelasi secara positif dengan dolar Kanada kerana Kanada adalah pembekal minyak yang terbesar kepada AS. Oleh itu, apabila harga minyak naik, CAD/JPY juga cenderung untuk naik, manakala USD/CAD cenderung turun.

Selain itu, indeks-indeks saham AS seperti S&P 500 (US500) dan Nasdaq 100 (US100) mempunyai korelasi positif yang kuat. Selain itu, matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum mempunyai korelasi positif yang tinggi. Akhir sekali, bercakap tentang saham, apabila satu saham yang berpermodalan besar naik, semua saham lain yang serupa daripada sektornya akan turut bergerak ke atas.

Bagaimana cara untuk dagangkan pasangan forex yang berkorelasi

Daripada maklumat di atas, anda telah mempelajari pelbagai pendekatan untuk menggunakan korelasi. Untuk mula berdagang dengan aset-aset yang terkorelasi, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun aplikasi FBS atau MetaTrader 4/5.
  2. Buka akaun dalam app FBS atau akaun MT5 dalam Laman Pedagang anda. Analisis pasaran dengan betul dan rapi dan pilih aset yang anda minati: pasangan matawang, saham atau komoditi.
  3. Pilih satu strategi di atas dan pilih aset-aset yang terkorelasi.
  4. Urus risiko anda dengan betul menggunakan alat khas seperti pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung, yang berguna terutamanya semasa pasaran berkemeruapan tinggi. Ingat, walaupun alat ini tidak melindungi anda 100%, ia membantu anda meminimumkan risiko yang mungkin berlaku.
  5. Buka pesanan dan pantau!

Kesimpulan

Adalah penting untuk mengetahui bagaimana pelbagai pasangan matawang terkait antara satu sama lain. Seperti yang ditulis di atas, sesetengah pasangan matawang dan aset-aset lain bergerak dalam satu arah, manakala yang lain pula – dalam arah yang bertentangan. Memahami korelasi di pasaran kewangan membantu pedagang menguruskan risiko mereka dengan lebih wajar dan memberikan mereka satu alat yang ampuh untuk meningkatkan keuntungan!

Untuk novis

Jika anda baru belajar berdagang, akaun demo menawarkan permulaan yang sempurna untuk anda kerana ia membolehkan anda berlatih berdagang tanpa menanggung sebarang risiko. Selepas anda membukanya, anda akan mendapat 10,000 dolar maya. Selain itu, sila maklum bahawa deposit minimum di FBS bermula dari hanya $1 bagi akaun sebenar. Anda boleh memulakan kerjaya perdagangan tanpa wang yang banyak. Jadi, anda boleh mengehadkan risiko anda sambil menikmati peluang sebenar untuk meraih keuntungan dengan akaun sebenar!

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera