Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Apakah itu tamat tempoh opsyen dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex?
2024-05-28 • Dikemaskini
Bayangkan anda berdagang Forex dan tiba-tiba berita tentang tamat tempoh opsyen muncul. Bagaimana anda harus tangani berita ini dan apakah ertinya untuk pasaran Forex? Mari kita pelajari.
Apakah itu opsyen?
Secara amnya, opsyen adalah suatu kontrak, yang memberikan pembeli hak untuk membeli suatu aset pada harga dan masa yang sudah ditentukan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, penjual menerima fi untuk kontrak tersebut. Opsyen ""put"" memberikan hak untuk menjual, manakala opsyen ""call"" memberikan hak untuk membeli. Kita tidak akan menyelami pasaran opsyen dengan terlalu mendalam kerana kita hanya perlu tahu bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex. Untuk memahami impak ini, mari pertimbangkan tiga konsep yang ringkas:
- Harga strike – ia adalah harga, pada mana opsyen akan diberikan dengan keuntungan.
- Tarikh luput – adalah satu tarikh, bila kontrak dilaksanakan dan bayaran dibuat. Ini adalah salah satu dari data terpenting dalam perdagangan Forex.
- Saiz opsyen – saiz kontrak suatu opsyen.
Maklumat mengenai kontrak opsyen matawang yang sudah dibuka dan akan tamat tempoh biasanya diberikan oleh IFR dan disebarkan oleh broker-broker. FBS kongsikan data ini di seksyen «berita» di MetaTrader 4.
Jadi bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ringkas tentang opsyen matawang ini dalam perdagangan?
Cara termudah untuk melakukannya adalah dengan menggunakan maklumat tentang tamat tempoh opsyen. Kontrak opsyen biasanya bersamaan dengan jumlah di antara 100 dan 500 juta USD. Amaun melebihi julat ini adalah di luar dari kebiasaan. Jumlah yang luar biasa besar ini menarik para pedagang opsyen, yang cuba untuk melakukan apa sahaja yang boleh untuk menggerakkan harga kuot ke harga strike opsyen tersebut. Situasi ini sangat lazim jika harga kuot sekitar 20-30 pip dari harga strike pada waktu tamat tempoh.
Anda harus sentiasa beringat tentang perbezaan antara opsyen Eropah dan Amerika.
Opsyen Eropah hanya boleh dilaksanakan (exercised) pada tarikh luputnya. Inilah sebabnya mengapa harga mereka akan lebih kuat dipertahankan jika harga kuot hampir dengan harga strike. Turut disyorkan untuk bermula dengan apa yang dipanggil tamat tempoh opsyen put atau call (non-eksotik) vanilla. Sumber-sumber berita memberikan maklumat yang lehih andal tentang hal ini.
Di satu sisi lain pula, anda boleh laksanakan open gaya Amerika pada bila-bila masa yang anda mahu sebelum waktu luput. Kesannya, harga kuot kurang terkesan dengan tarikh tamat tempoh.
Ada beberapa syarat yang sempurna untuk berdagang tamat tempoh opsyen.
- 17:00 waktu MT
- Saiz opsyen lebih besar dari 500 juta USD.
- Harga kuot pasangan rapat dengan harga strike pada 15:30MT.
- Tiada pengumuman berita yang besar dalam tempoh itu (sebagai contoh, keputusan Rizab Persekutuan).
Jadi bagaimana tamat tempoh opsyen boleh digunakan dalam perdagangan anda?
Jika harga kuot dekat dengan harga opsyen, pedagang opsyen boleh menarik/menolak harga kuot dalam arah yang dimahukan.
Sebagai contoh, jik ada opsyen put/call Eropah dengan harga strike pada 1.1230 dan harga kuot pasangan itu di paras 1.1260 pada 14:30 MT, harga kuot akan mulai jatuh ke harga strike opsyen sekitar 15:30 MT. Selepas berita diumumkan, kuot boleh mengundur dari harga strike. Harga kuot akan mengapung sekitar paras harga strike untuk sekurang-kurangnya satu jam kerana para pedagang opsyen akan cuba berkali-kali untuk meletakkan harganya pada aras harga strike. Untuk meraih keuntungan dari pergerakan harga ini, anda perlu menyertai arus yang terhasil selepas percubaan para pedagang opsyen yang berikutnya.
Adalah penting untuk anda maklum bahawa agak sukar untuk para pedagang Forex membina strategi yang efektif bagi tamat tempoh opsyen. Namun anda boleh gunakan maklumat ini untuk memahami dinamik arah arus harga.
Kesimpulan
Opsyen Forex membantu para pedagang memahami pergerakan pasangan matawang dengan lebih jelas, malahan ia memberikan peluang untuk menjana pendapatan. Namun jangan ikut berita tentang tamat tempoh secara membabi buta, kerana sebarang acara besar boleh memberi kesan kepada Forex dengan lebih signifikan lagi.
Baca lebih lanjut
- Apakah itu short selling di pasaran saham?
- Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?
- Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?
- Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?
- Apakah Itu Harga Indeks Pengguna?
- Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?
- Apakah Itu Saham Cip Biru?
- Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya?
- Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?
Serupa
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.