Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Peristiwa global dan pasaran: memahami hubung kaitnya
2023-01-25 • Dikemaskini
Di dunia yang sarat dengan maklumat, kita berhadapan dengan fakta baru setiap hari. Orang kebanyakan biasanya mengikuti berita tanpa banyak berfikir. Pada masa yang sama, para pedagang melayari sumber-sumber berita untuk mencari peluang dan mengenal pasti impaknya terhadap pasaran dengan sangat baik. Untuk melihat hubungan antara pasaran dan berita, newbie perlu memahami prinsip-prinsip utama analisis fundamental.
Apakah itu analisis fundamental?
Dalam perdagangan, ada dua pendekatan yang sudah dikenali semua dan sama sekali berbeza: teknikal dan fundamental. Analisis teknikal menggunakan carta kewangan untuk meramalkan prestasi harga aset pada masa hadapan. Penganalisis fundamental pula memberikan tumpuan kepada gambaran makro dan mencari hubungan antara keadaan ekonomi dan harga. Analisis siapa yang betul? Ini adalah hambatan utama bagi seluruh disiplin ilmu perdagangan. Walaupun terdapat perselisihan yang berlanjutan mengenai kepentingan setiap jenis analisis, pakar-pakar moden sepakat bahawa yang terbaik adalah untuk menggunakan gabungan kedua-duanya. Mereka melihat gambaran teknikal dan mencari jika ada pendorong pasaran fundamental. Buat masa ini, mari kita selam dan cuba fahami elemen-elemen utama analisis fundamental.
Apakah pendorong-pendorong pasaran fundamental?
Secara amnya, faktor-faktor fundamental adalah data makro, yang menunjukkan sisi kuat dan lemah ekonomi domestik. Data ini termasuklah faktor-faktor berikut:
- Pengumuman ekonomi, yang anda boleh temui di kalendar ekonomi (data perburuhan, KDNK, indikator inflasi, jualan runcit, PMI, dll.).
- Peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan berita (ucapan oleh ketua bank pusat dan presiden negara, ketidaktentuan ekonomi yang ketara dan isu global, pilihan raya).
- Dasar monetari bank-bank pusat (kadar faedah dan pembelian bon).
Di mana boleh kita kutip semua maklumat ini?
Sekarang, mari kita tinjau sumber maklumat untuk perdagangan. Inilah masanya di mana anda perlu mula tanam rasa suka terhadapkalendar, walaupun anda hanya ada satu iaitu di telefon anda. Ini kerana salah satu alat yang paling penting bagi penganalisis fundamental adalah kalendar ekonomi. Ini bukan kalendar biasa. Sebenarnya, ini adalah senarai pengumuman dan acara terpenting yang berupaya untuk menggerakkan pasaran. Setiap indikator mempunyai angka ramalan atau unjuran, yang menunjukkan angka yang yang dijangkakan oleh pelbagai penganalisis.
Prinsip berdagang berdasarkan kalendar ekonomi boleh dijelaskan dalam cara yang paling mudah sebagai "memilih ekonomi yang nampak lebih baik". Secara ringkasnya, anda menunggu pengumuman dan membandingkannya dengan unjuran. Sekiranya indikator lebih baik daripada unjuran, itu bererti keadaan ekonomi sesebuah negara semakin kukuh dan iklim pelaburan negara itu bertambah baik. Oleh itu, matawang negara itu menjadi lebih menarik bagi para pelabur. Itulah masanya untuk anda menekan butang "beli" di terminal anda.
Sebagai contoh, mari lihat pengumuman NFP pada 7 Ogos, 2020. Angka jangkaan dan sebenar indikator AS ini di senaraikan di jadual di bawah.
Data di dalam jadual menunjukkan angka-angka sebenar lebih tinggi dari jangkaan penganalisis. Ini bererti, daftar gaji bukan perladangan dan purata pendapatan per jam lebih tinggi dan kadar pengangguran lebih rendah daripada ramalan. Akibatnya, EUR/USD jatuh secara drastik.
Di atas, kami telah tunjukkan kepada anda satu contoh reaksi pasaran yang ideal. Anda harus ingat bahawa tidak setiap pengumuman itu memberikan kesan yang sama terhadap pasaran. Adakalanya, apabila ada beberapa berita yang bercampur-campur yang keluar pada masa yang sama untuk sesebuah negara, reaksi mata wang domestik juga akan bercampur-campur.
Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, pengumuman ekonomi adalah penting, tetapi ia bukan satu-satunya faktor yang memberi kesan ke atas pasaran. Faktor yang lain, pasti sekali, berkaitan dengan berita. Berdagang sempena berita kini menjadi lebih relevan lagi apabila tercetusnya pandemik koronavirus dan perang dagang AS-China.
Mari kita pertimbangkan satu contoh ringkas hubungan antara berita dan pasaran, yang muncul pada 11 Ogos. Selepas berita mengenai vaksin koronavirus pertama didaftarkan di Rusia, emas jatuh ke paras terendah awal bulan Jun.
Faktor yang terakhir, namun tidak kurang pentingnya, yang mempengaruhi pasaran, adalah, tentu saja, keputusan dasar monetari bank pusat. Bank pusat memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi sesebuah negara, kerana ia mengawal bekalan wang, kadar faedah dan boleh mempengaruhi matawang kebangsaan. Sebagai pedagang, kita perlu sentiasa memantau makluman terkini dari bank pusat:
- keputusan kadar faedah;
- keputusan dasar monetari;
- komen dari jurucakapbank.
Bank pusat menetapkan kadar faedah untuk menjaga kestabilan sistem kewangan sesuatu negara. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan inflasi dalam julat yang disasarkan dan mengekalkan persekitaran ekonomi yang sihat. Sekiranya inflasi meningkat seiring dengan kenaikan KDNK dan angka pekerjaan, bank akan menaikkan kadar faedah. Dengan cara ini, bank pusat meningkatkan kos pinjaman, menjadikan kredit dan pelaburan lebih mahal. Dalam masa yang sama, matawang domestik semakin mengukuh. Sebaliknya pula, jika ekonomi negara sedang bermasalah, bank pusat memotong kadar faedah. Kadar faedah yang lebih rendah menjadikan pinjaman lebih murah dan mendorong perbelanjaan pengguna. Bagi matawang negara pula, ia akan kehilangan kekuatan berbanding matawang lain.
Satu aspek lain dasar monetari bank pusat adalah pembelian bon. Sekiranya ekonomi memerlukan pertolongan yang lebih besar dan kadar faedahnya sudah rendah, bank pusat mula membeli bon bertujuan untuk meningkatkan jumlah wang yang beredar. Dengan melakukan ini, pengawal selia ini cuba menjadikan kredit lebih murah dan meningkatkan perbelanjaan. Nama lain bagi langkah ini adalah pelonggaran kuantitatif. Bagaimana ia mempengaruhi prestasi matawang? Secara teorinya, peningkatan bekalan wang dalam edaran menjurus kepada matawang yang lebih murah. Walau bagaimanapun, pandemik di tahun 2020 menunjukkan bahawa peraturan ini tidak efektif dalam semua keadaan.
Rizab Persekutuan telah membeli hampir $ 2 trilion Bon Perbendaharaan sejak dari permulaan penularan koronavirus. Realiti bahawa dolar AS bergerak lebih rendah akibat dari berita ini dari Mei hingga Ogos tidak begitu mengejutkan. Apa yang lebih menarik, langkah dasar yang serupa oleh bank-bank pusat utama yang lain mengakibatkan matawang domestik lebih kuat berbanding USD. Sebagai contoh, di bawah ini kita dapat melihat tingkah laku euro setelah Bank Pusat Eropah (ECB) meningkatkan program pembelian bon kecemasan sebanyak 600 bilion euro pada 4 Jun. EUR/USD melonjak walaupun terdapat aliran masuk baru masuk ke dalam ekonomi Zon Euro.
Mengapa perkara itu terjadi? Sebab yang pertama mungkin berkaitan dengan tindakan para pelabur. Justeru dari matawang AS yang lemah, mereka memindahkan sebahagian modal mereka keluar dari Amerika Syarikat. Yang kedua, kenaikan euro mungkin berkaitan dengan penyongsangan arah urusniaga dagangan bawa ke hadapan (carry trades). Di waktu keadaan tidak menentu, para pedagang mengeluarkan wang mereka dari matawang yang mempunyai kadar yang lebih tinggi (matawang pasaran membangun) dan membeli kembali mata wang utama, seperti euro.
Sifat pasaran sememangnya sangat unik. Oleh itu, anda berdagang dengan sikap acuh tak acuh tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling anda. Mempunyai algoritma yang hebat adalah bagus, tetapi keupayaan mencerap tingkah laku pasaran dengan gambaran yang lebih luas pasti akan membantu anda mengelak dari melakukan kesilapan dan memahami pasaran dengan lebih baik.
Serupa
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.