Pelajaran 15. Prinsip-prinsip analisis teknikal
Ada 2 jenis analisis pasaran Forex: teknikal dan fundamental.
Analisis teknikal bergantung sepenuhnya kepada carta harga. Ia menunjukkan apa yang sedang berlaku di dalam pasaran sekarang dan apa yang telah berlaku sebelumnya.
Analisis teknikal pula menjelaskan mengapa ia terjadi atau, dengan lain perkataan, faktor fundamental (ekonomi) manakah yang menyebabkan pergerakan harga seperti yang tertera di carta.
Mari pelajari lebih mendalam tentang 2 jenis analisis ini.
Analisis teknikal adalah bersandarkan kepada 3 andaian: Yang pertama, pasaran sudah merangkumi segalanya. Maksudnya di sini segala maklumat - ekonomi, faktor politik dan lain-lain – sudah pun ada pada harga
jadi tidak perlu untuk menganalisa apa-apa melainkan carta harga.
Yang kedua adalah, harga bergerak secara trend. Apabila anda sudah pun mengenal pasti trend di carta, harga cenderung untuk terus bergerak searah dengan trend, berbanding arah yang berlawanan.
Andaian ketiga adalah bahawasanya sejarah sering berulang. Pola yang tertera di carta sekarang, sudah pun pernah tertera sebelum ini.
Maka, untuk membuat unjuran di masa hadapan, anda perlu mencari situasi yang sama di masa silam dan lihat bagaimana natijahnya.
Secara mudahnya, analisis teknikal mengkaji masa silam untuk mengunjurkan masa depan.
Sebab utama mengapa analisis sebegini ampuh adalah kerana psikologi manusia: peserta cenderung untuk memberi tindak balas yang sama bagi pencetus yang sama
lantas pola-pola harga sering berulang-ulang di dalam carta.
Kesimpulannya, kefahaman tentang trend dan juga mempelajari cara membaca carta dan pola harga serta penggunaan instrumen teknikal dan indikator
memberikan manfaat yang besar kepada anda dan meningkatkan peluang anda untuk membuat keuntungan.