Pelajaran 17. Kalendar ekonomi
Faktor-faktor Fundamental bukanlah konsep yang abstrak. Para pedagang menghadapinya sehari-hari dalam bentuk berita ekonomi, yang diterbitkan di dalam kalendar ekonomi.
Mari kita teliti kalendar ekonomi tersebut. Untuk setiap tarikh, anda boleh lihat senarai pengumuman ekonomi bagi salah satu matawang utama Forex.
Beri perhatian kepada waktu pengumuman: anda perlu selaraskan dengan zon waktu tempatan anda. Saksikan bagaimana setiap acara mempunyai impak yang berbeza:
lebih besar impaknya, dijangkakan pasaran akan bergerak lebih kuat, jadi anda boleh memberikan fokus kepada acara-acara yang paling penting.
Kebanyakan berita di kalendar adalah indikator ekonomi dan mempunyai nilai perangkaan. Bacaan sebelum ini sudah terdapat terlebih dahulu.
Unjuran adalah unjuran sederhana dari 20-240 ahli-ahli ekonomi yang ditinjau oleh agensi-agensi besar seperti Bloomberg.
Bacaan sebenar pula adalah bacaan yang diterbitkan oleh sumber rasmi (agensi perangkaan sesuatu negara atau sebuah pusat analisis).
Bagi kebanyakan indikator, jika angka sebenar adalah lebih tinggi dari angka unjuran, ia adalah positif untuk sesuatu matawang.
Indikator pengangguran adalah terkecuali: untuk yang ini lebih rendah angkanya, lebih baik kesannya kepada matawang.
Ada pelbagai cara untuk menggunakan kalendar ekonomi. Sesetengah pemain dalam pasaran berdagang berdasarkan “berita".
Ertinya, mereka itu membuka posisi sejajar dengan jangkaan mereka tentang perubahan yang akan berlaku pada indikator ekonomi (contohnya, KDNK zon Euro dijangka akan bertambah baik - kita akan beli Euro).
Yang lain pula, sebaliknya, mengelak untuk berdagang di waktu berita kerana ia dikaitkan dengan risiko pergerakan harga yang terlalu deras.
Pedagang-pedagang jenis ini lebih gemar menunggu sehingga pasaran sudah selesai “menghadam” berita, dan masuk apabila trend sudah terbentuk.
Tidak kira strategi mana yang anda pilih, kami sangat mengesyorkan supaya anda mengikuti berita agar waspada dengan nadi pergerakan pasaran.
Sesetengah siaran data meningkatkan kemeruwapan dan mencetus pergerakan mengejut di pasaran. Contoh terbaik adalah Daftar Penggajian Bukan Perladangan AS, atau NFP.
Penyiaran data indikator ini boleh membawa kepada penutupan posisi anda dalam rupa pesanan renti rugi (stop-loss order).