Pelajaran 6. Pasangan matawang. Matawang asas dan sebutharga. Pasangan major dan bersilang.
Matawang di pasaran Forex sentiasa didagangkan secara berpasangan. Untuk mencari nilai relatif sesuatu matawang, anda perlukan suatu matawang lain untuk dijadikan perbandingan. Baca apa itu pasangan mata wang
Bila anda beli suatu matawang, anda juga menjual matawang lain secara automatik.
Pasangan matawang di Forex disebut secara singkatan.
Sebagai contoh, EUR/USD bermaksud Euro berbanding Dollar AS, dan USD/JPY bermaksud Dollar AS berbanding Yen Jepun.
Jika kita membeli EUR/USD, kita membeli Euro dan menjual Dollar. Jika kita menjual EUR/USD, kita menjual EUR dan membeli Dollar.
Matawang pertama pada pasangan dipanggil matawang asas, sementara matawang kedua dipanggil matawang sebutharga. Harga matawang asas sentiasa dikira sebagai bilangan unit matawang sebutharga.
Sebagai contoh, kadar tukaran pasangan EUR/USD adalah 1.1000. Itu bermakna kos 1 Euro adalah satu Dollar dan 10 sen.
Pasangan-pasangan matawang lazimnya dicerakinkan kepada pasangan major, silang dan eksotik.
Semua pasangan major mengandungi Dollar AS dan sangat popular di kalangan pedagang: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dsb.
Pasangan silang terdiri dari 2 matawang popular tetapi tidak mengandungi Dollar AS. Pasangan silang paling lazim mengandungi Euro, Yen, dan Pound British: EUR/GBP, EUR/JPY, GBP/JPY, EUR/AUD, dsb.
Pasangan matawang eksotik terdiri dari 1 matawang major dan satu matawang dari ekonomi membangun (Brazil, Mexico, India, dsb.) atau ekonomi kecil (Sweden, Norway, dsb.).Pasangan eksotik jarang-jarang didagangkan di Forex dan biasanya mempunyai syarat-syarat yang kurang menarik.
Sebagai tambahan kepada pasangan matawang, anda juga boleh dagangkan logam-logam dan CFD ('contract for difference') menerusi broker anda.
Instrumen CFD adalah cara mudah untuk berdagang indeks, saham dan lain-lain aset tanpa perlu membayar atau memilikinya secara fizikal.