Pelajaran 8. Harga Bid dan Ask. Spread
Istilah seterusnya yang kita akan pelajari adalah Bid dan Ask. Harga yang kita bayar untuk membeli pasangan dipanggil Ask. Ia sentiasa lebih sedikit dari harga pasaran. Harga yang diguna jika kita menjual pasangan dalam Forex dipanggil Bid. Ia sentiasa rendah sedikit dari harga pasaran.
Harga yang kita lihat di carta adalah sentiasa harga Bid. Nanti, kita akan pelajari bagaimana hendak mendapatkan harga Ask di platform dagangan kita.
Harga Ask sentiasa lebih tinggi dari harga Bid sebanyak beberapa pip. Beza antara dua harga ini dipanggil spread.
Spread adalah komisyen yang kita bayar kepada broker untuk setiap transaksi. Anda mungkin pernah menemui logik yang serupa di pengurup wang: kadar yang digunakan sentiasa berbeza untuk pembeli dan penjual.
Sebagai contoh, harga Bid/Ask untuk EUR/USD adalah 1.1250/1.1251.
Anda akan membeli pasangan pada harga Ask yang lebih tinggi iaitu 1.1251 dan jual di harga Bid yang lebih rendah iaitu 1.1250.
Lebih popular sesuatu pasangan matawang, spreadnya semakin kecil.
Sebagai contoh, spread untuk transaksi EUR/USD biasanya sangat kecil, atau dalam bahasa pedagang, sangat "ketat".
Perhatikan, kos spread di Forex biasanya sangat kecil berbanding kos di pasaran saham atau opsyen.