Bila anda hendak membuka satu-satu dagangan di MetaTrader, anda ada 2 pilihan. |
Anda boleh masuk ke pasaran – membeli atau menjual – pada harga semasa. |
Di dalam kes ini, anda perlu klik “New Order”, kemudian pilih “Market Execution”. |
Kemudian anda pilih sama ada “Sell by Market” atau “Buy by Market” dan dagangan anda akan dilaksanakan pada waktu itu juga. |
Namun, mungkin sahaja anda tidak mahu membeli/jual pada harga semasa kerana anda mempertimbangkan satu aras kemasukan yang lain. |
Dengan pesanan tertangguh, anda boleh pilih aras kemasukan tersebut terlebih dahulu dan dagangan anda akan dilaksana hanya jika harga menyentuh aras tersebut – ia akan berlaku secara automatik dan anda tidak perlu berada di depan monitor waktu itu. |
Katakan anda jangkakan harga suatu pasangan matawang akan meningkat di masa depan, dan mahu membeli. |
Ada dua kemungkinan. |
Anda boleh tetapkan pesanan beli pada harga lebih rendah dari harga sekarang Jika anda fikir harga itu akan menurun dahulu dan selepas itu baru menaik. |
Untuk membeli dari aras yang lebih rendah, pilih pesanan Buy Limit. |
Anda juga boleh set pesanan beli di atas harga semasa jika anda menjangka kenaikan akan semakin rancak bila harga menembusi suatu aras tertentu. |
Untuk membeli di aras harga lebih tinggi, pilih pesanan Buy Stop. |
Ada pilihan-pilihan yang setara untuk menjual: anda boleh meletakkan pesanan menjual anda di atas harga semasa – untuk ini anda perlukan pesanan Sell Limit – atau di bawah harga semasa, yang mana anda perlukan pesanan Sell Stop. |
Mari kita lihat bagaimana ia dilakukan di MT4. |
Klik “New Order”. di dalam kotak bertanda “Type” pilih “Pending order”. |
Parameter tambahan akan terpapar di tetingkap. |
Sebagai contoh, kita mahu membeli EUR/USD 30 pip di bawah harga semasa. |
Jenis pesanan haruslah “Buy Limit”. |
Kita taipkan aras harga kita di kotak “at price”. |
Anda juga boleh menetapkan waktu luput bagi pesanan ini. |
Jika pesanan ini tidak terpicu sehingga ke waktu ini, ia akan dipadam secara automatik. |
Sila ambil perhatian, tempoh luput tidak boleh kurang dari 10 minit. |
Jika kita perlu beli 30 pips dari harga semasa, kita perlu pilih pesanan jenis “Buy Stop”. |
Klik "Place". |
Nombor dan status pesanan tertangguh akan dipapar di tab “Terminal – Trade” dan aras harga pesanan akan ditunjuk di carta. |
Untuk menyunting atau memadam pesanan tertangguh, klik kanan pada pesanan ini di tetingkap carta. |
Sebaik sahaja harga menyentuh aras suatu pesanan tertangguh, satu posisi dagangan akan dibuka. |
Perubahan ini akan ditunjukkan di tetingkap “Terminal – Trade”. |
Tahniah! Anda sekarang sudah tahu cara menggunakan pesanan tertangguh. |
Teruskan pelajaran Forex anda bersama FBS! |