Cara Menggunakan Aplikasi Laman Peribadi FBS

Laman peribadi anda di FBS adalah suatu tempat di mana anda boleh uruskan akaun-akaun dan interaksi anda bersama FBS.

Dalam pelajaran video ini, anda akan belajar cara-cara menggunakan aplikasi laman peribadi mudah alih FBS. Anda akan saksikan betapa aplikasi ini mudah dan senang digunakan di mana jua anda berada. Selepas memasang (install) aplikasi Laman Peribadi FBS, anda akan dapat menguruskan akaun FBS anda dan membuat persiapan untuk berdagang.

Semasa melancarkan aplikasi, anda akan diminta untuk log masuk. Selepas itu, anda akan melihat semua akaun anda tersenarai di satu tempat. Itu adalah akaun-akaun MetaTrader dan FBS Trader anda, yang demo dan yang sebenar. Di samping itu, anda boleh memuat turun aplikasi perdagangan. Pautannya berada di bahagian bawah halaman.

Promosi

Di tab “Promosi”, anda boleh temui promosi-promosi yang sedang aktif. Sila pilih yang paling anda suka dan klik. Kemudian anda akan tiba di halaman promosi tersebut, yang turut mempunyai terma dan syaratnya. Kami mempunyai pelbagai bonus, dan anda boleh mengambil bahagian dalam setiap promo, jadi jangan ragu-ragu untuk meninjaunya! Di sudut kanan atas, kita ada halaman arkib promosi. Di sini anda akan menemui semua promosi yang telah berlalu.

Deposit dan pengeluaran

Tab "Kewangan" menyediakan cara untuk mendeposit dan mengeluarkan dana anda. Jabatan kewangan kami bekerja 24/7, jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membuat pemindahan dana. Sila maklum bahawa tab ini memberikan anda maklumat mengenai akaun sebenar anda. Untuk akaun demo, lawati Dashboard, tab yang pertama dalam aplikasi ini.

Anda boleh memindahkan wang antara sesama akaun anda dengan mengklik butang “Pindahan dalaman”. Di samping itu, semua transaksi anda boleh dijejak di sini, di halaman “Sejarah transaksi”.

Kalendar

Folder seterusnya ialah “Kalendar”. Di sini anda boleh mendapatkan senarai pengumuman ekonomi yang penting. Pengumuman ini akan memberi kesan kepada instrumen perdagangan Forex. Gunakan fitur saringan untuk menyaring negara, impak pasaran, dan masa untuk mencari acara tertentu. Sebagai contoh, berikut ialah peristiwa-peristiwa yang boleh menggerakkan euro pada bulan hadapan. Tekan pada acara berkenaan, dan anda akan menemui maklumat terperinci mengenai instrumen tersebut, data terakhir, dan butang “Dagangkan” yang akan membawa anda ke skrin perdagangan.

Begitu juga dengan halaman “Saham”. Di sini anda boleh melihat pembayaran dividen dan laporan perolehan. Fitur tapisan akan membantu anda memilih negara, syarikat, atau masa tertentu.

Khidmat pelanggan

Ada terdapat juga tab “Lagi”. Di sini anda boleh memulakan sembang dengan pasukan khidmat pelanggan FBS. Kami sedia membantu anda dan menjawab sebarang pertanyaan.

Mempelajari cara berdagang

Akhir sekali, pastikan anda tinjau sekali halaman “Pendidikan”, di mana anda boleh menemui tiga tahap kemahiran: Pemula, Pertengahan dan Lanjutan. Maklumat ini disusun agar mudah untuk difahami oleh pedagang dari setiap peringkat kemahiran dan pengalaman. Pendidikan perdagangan tersedia untuk anda pada bila-bila masa.

Dapatkan aplikasi Laman Peribadi FBS sekarang dan rasai kehebatan perdagangan mudah alih! Anda boleh temui aplikasi ini di App Store dan Google Play dengan nama “FBS – Trading Broker”.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera