Panduan Pemula untuk Pola Perdagangan Intrahari Terbaik

Baca artikel ini di laman web FBS

0_Cover_Pola dagangan untuk pemula.png

Dalam bahasa yang mudah, pola dalam perdagangan intrahari adalah bentuk-bentuk yang terlihat di carta harga. Bentuk-bentuk ini membolehkan pedagang menentukan kebarangkalian arah pergerakan harga.

Agar pedagang pemula tidak menjadi keliru dengan begitu banyak sekali bentuk yang ada, di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan pola-pola asas untuk perdagangan intrahari dan mengajar anda cara-cara menggunakannya dalam perdagangan.

Pola perdagangan untuk pemula

Pola perdagangan adalah penting kerana carta cenderung menghasilkan signal dengan kerap dan muncul dari celah-celah hingar bingar aksi harga. Kemampuan mengenal pasti dan mentafsir pola ini boleh membantu anda membina satu gambaran yang jelas dan menandakan signal perdagangan untuk meramalkan pergerakan harga di masa hadapan.

Setiap pola ada kegunaannya yang tersendiri, dan perkara pertama yang anda perlu pelajari ialah cara membezakannya.

1_Pola dagangan untuk pemula.png

Apabila menggunakan analisis teknikal untuk perdagangan, perkara utama yang perlu anda berikan perhatian ialah salah satu alat yang paling ditelaah — pola carta. Terdapat beberapa jenis pola carta yang lazim digunakan dalam perdagangan. Antara yang paling popular ialah:

  • Double Top;
  • Double Bottom;
  • Head and Shoulders;
  • Inverse Head and Shoulders;
  • Segitiga/Triangle (menurun, menaik, atau simetri);
  • Saluran/Channel (mendatar, menurun atau menaik);
  • Penerusan trend yang bullish atau bearish;
  • Baji/wedge menurun atau menaik.

Selain daripada pola carta, pedagang boleh menggunakan pola candlestick Jepun. Kita akan membincangkan tentang pola yang paling popular untuk perdagangan intrahari dengan lebih terperinci di dalam artikel ini.

Apakah itu pola carta?

Dalam mana-mana terminal perdagangan, ada pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk menganalisis pasaran dengan bantuan analisis teknikal. Ini termasuklah teknik dan peralatan yang membolehkan anda menganalisis situasi semasa di carta.

Carta ialah satu set harga yang diplotkan, biasanya, untuk satu selang masa. Paksi vertikal carta mewakili skala harga dan paksi horizontal adalah skala masa. Harga aset diplot dari kiri ke kanan agar bahagian kanan carta menunjukkan data yang paling terkini.

Carta membolehkan anda mendapatkan data pasaran dengan cepat, seperti korelasi antara pembeli dan penjual, trend semasa dan nilai harga dari semasa ke semasa, untuk menjalankan analisis teknikal berdasarkan maklumat ini dan meramalkan harga sesuatu aset di masa akan datang.

Pedagang biasanya menggunakan beberapa alat yang berbeza pada carta untuk analisis yang lebih baik dan lebih pantas. Alat ini termasuklah menggunakan garisan horizontal (sokongan dan rintangan) dan garisan trend. Garisan trend ialah garisan pada carta yang menunjukkan arah pergerakan harga. Jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi, ia adalah trend menaik (uptrend). Sebaliknya, jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih rendah, ia adalah trend menurun (downtrend).

Oleh itu, pola carta ialah gabungan garisan sokongan dan rintangan yang membantu menentukan sama ada trend akan berpatah balik atau meneruskan arah sedia ada.

Untuk berdagang dalam masa sehari, pedagang menggunakan rangka masa yang lebih kecil untuk melihat pergerakan jangka pendek harga.

Mengapakah pola carta penting?

Gabungan statistik, matematik dan sosiologi seringkali membolehkan kita meramalkan pergerakan harga saham. Analisis jenis ini berlandaskan prinsip betapa sejarah sering berulang. Apabila pola carta muncul, pedagang memahami bahawa harga berkemungkinan besar akan berkelakuan sama seperti yang telah berlaku di masa lalu ketika pola ini muncul di carta sebelum ini.

Pelabur sering menggunakan pola bila menganalisis carta harga saham syarikat secara grafikal sebagai tambahan kepada analisis fundamental. Jika perniagaan syarikat berkembang pesat, mengatasi prestasi pesaingnya, dan pasaran menunjukkan potensi, pola boleh digunakan untuk memilih titik masuk secara spesifik. Menindihkan pola pada carta candlestick mudah untuk dilakukan, jadi menjejak turun naik harga boleh dilakukan dengan mudah.

Pola perdagangan intrahari berdasarkan kepada bukti empirikal pedagang. Kertas penyelidikan kebanyakannya menafikan keberkesanan jangka panjang pola carta kerana nilai jangkaan pola ini kurang daripada 0.5. Walau bagaimanapun, perdagangan dengan pola carta jika digabungkan dengan pemahaman yang mendalam tentang pergerakan harga boleh menguntungkan.

Jenis-jenis pola carta

Terdapat banyak pola perdagangan carta, kadangkala dengan nama-nama yang ranggi, seperti pola zigzag. Dua pola penerusan trend yang paling banyak digunakan oleh pedagang intrahari ialah bendera (flag) dan panji (pennant). Pola panji/pennant serupa dengan segitiga simetri; pola bendera serupa dengan segiempat tepat. Ini adalah trend biasa yang kuat. Sebaik sahaja pedagang memahami pola-pola ini, ia boleh membawa mereka kepada hasil yang lebih baik.

Panji (Pennant)

2_Pennant pattern.png

Pola ini sering dipanggil segitiga. Sempadan atas panji condong ke bawah, dan sempadan bawah condong ke atas. Julat harga semakin mengecil dengan setiap perubahan arah, memplotkan koridor yang semakin menyempit. Pola ini biasanya boleh ditemui selepas harga aset bergerak dengan dorongan yang kuat dalam arah trend utama.

Signal untuk masuk posisi muncul selepas sempadan panji ditembusi dalam arah trend utama. Untuk downtrend, bentuk pola ini terbalik (mirrored).

Bendera (Flag)

3_Flag pattern.png

Pola penerusan, dalam arah yang melawan trend utama. Ia sering muncul selepas satu pergerakan yang kuat di carta dan menunjukkan bahawa bears telah tersilap menganggap pembetulan kecil sebagai satu penyongsangan trend, dan beberapa penjual telah membuka posisi. Pada satu ketika, pembeli melawan semula, sempadan saluran (channel) dibolosi, dan arah trend berterusan dalam arah lama. Untuk masuk berdagang, penembusan sempadan bendera dalam arah trend utama digunakan sebagai signal kemasukan.

Pola candlestick

Candlestick Jepun ialah kaedah analisis teknikal yang tertua di dunia. Carta candlestick salah satu carta yang paling popular, membolehkan pedagang mentafsir maklumat harga dengan cepat dan mudah.

Dari masa ke masa, beberapa candlestick individu membentuk pola yang boleh digunakan oleh pedagang untuk mengenali aras sokongan dan rintangan utama. Terdapat banyak pola candlestick yang menunjukkan peluang di pasaran. Sesetengahnya menunjukkan keseimbangan di antara tekanan belian dan jualan, manakala yang lain mengenal pasti pola penerusan atau keraguan di pasaran.

Satu jujukan candlestick di carta membantu pedagang menentukan dengan lebih tepat sifat pergerakan harga di pasaran dan, seterusnya, memudahkan proses membuat keputusan.

Untuk memahami perkara ini, mari kita lihat beberapa pola candlestick asas, yang berguna untuk perdagangan intrahari.

Candlestick Shooting Star

4_Shooting star.png

Pola Shooting Star muncul di pasaran yang semakin menaik dan menandakan ketibaan trend menurun. Secara grafik, Shooting Star ialah kandil pendek dengan bayang atas yang sangat panjang dan tiada bayang bawah. Warna kandil biasanya tidak penting, tetapi secara umumnya, pola dengan lilin hitam (merah) dianggap lebih kuat.

Candlestick Hammer (Tukul)

5_Hammer candlestick.png

Candlestick hammer, sebaliknya, menandakan perubahan daripada downtrend kepada uptrend. Ia sebatang kandil kecil dengan bayang bawah yang panjang. Bayang atas sama ada tiada atau sangat kecil. Apabila berdagang pada rangka masa yang singkat, tukul putih (hijau) dianggap lebih kuat daripada tukul hitam (merah). Tetapi di rangka masa yang besar, ia tidak begitu penting.

Bullish engulfing dan bearish engulfing

6_Bullish and bearish engulfing.png

Pola bullish engulfing dan bearish engulfing adalah beberapa pola candlestick yang terbaik untuk perdagangan intrahari. Bullish engulfing terbentuk apabila badan kandil putih (hijau) menelan sepenuhnya kandil hitam (merah) yang muncul sebelumnya, yang mengisyaratkan terdapatnya dorongan pembelian yang kuat.

Sama seperti bullish engulfing, pola bearish engulfing terbentuk apabila candlestick yang bearish menelan lilin bulish sebelumnya, yang mengisyaratkan terdapatnya dorongan penjualan yang kuat.

Kesimpulan

Pola dalam perdagangan intrahari boleh menghasilkan isyarat perdagangan yang andal, pengecaman yang betul akan membolehkan anda memahami selok-belok pasaran kewangan. Ramai pedagang yang berjaya mengesahkan keberkesanannya berdasarkan pengalaman masing-masing.

Walaupun begitu, carta hanyalah salah satu daripada pelbagai alatan yang tersedia untuk pedagang. Selain dari itu, adalah penting untuk sentiasa mempertimbangkan berita, peristiwa, penyelidikan dan analisis pasaran untuk membuat keputusan perdagangan dengan bermaklumat. Walau apa pun keadaannya, anda tidak sepatutnya melabur lebih daripada yang anda mampu lihat rugi.

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.