Pelaburan jangka panjang diperjelaskan menggunakan bola sepak

Baca artikel ini di laman web FBS
GM-3643 статья в блог про долгосрочные инвестиции.png

Anda ingin meningkatkan modal tanpa mengambil terlalu banyak risiko? Teruskan membaca! Kami akan menerangkan apa itu pelaburan jangka panjang menggunakan contoh bolasepak! Tiada istilah-istilah yang sukar, hanya panduan yang jelas tentang cara-cara membuat portfolio pelaburan yang sempurna dari sifar!

Pelaburan jangka panjang boleh dibandingkan dengan kesetiaan peminat bola sepak, terutamanya peminat Leicester City, yang terkenal di seluruh dunia kerana kesetiaan mereka yang luar biasa. Pelabur sangat mirip dengan mereka, namun mereka bersorak bukan untuk pasukan bola sepak tetapi untuk portfolio pelaburan mereka. Satu lagi kelebihan besar ialah pelabur boleh memilih sendiri ‘pemain’ untuk ‘pasukan’ mereka! Hebat, bukan?

Mari kita cuba bina 'pasukan' anda. Setiap pemain dalam pasukan bola sepak mempunyai peranan mereka tersendiri: dari penjaga gawang hingga penyerang. Apabila semua orang di lapangan melakukan tugas masing-masing, pasukan dapat bekerjasama dengan sempurna dan mencapai tahap permainan yang luar biasa. Sekiranya seseorang pemain melakukan kesalahan, yang lain akan cuba menebus kesilapan beliau, sehingga akhirnya pasukan mampu mencapai kemenangan! Logik yang sama terpakai untuk portfolio pelaburan. Ia dipanggil kepelbagaian atau kerencaman di kalangan para pelabur.

внутренняя GM-3643 статья в блог про долгосрочные инвестиции.png

Sebagai contoh, kedudukan penjaga gawang boleh dibandingkan dengan peranan indeks saham dalam portfolio. Penjaga gol lazimnya barisan pertahanan yang terakhir. Dia harus menangkap bola tidak kira apa pun yang terjadi, walaupun orang lain telah gagal menampan serangan. Ini sangat mirip dengan indeks saham, yang turut mempunyai peranan defensif dalam portfolio. Indeks adalah instrumen yang terakhir kehilangan nilainya, bahkan jika semua elemen portfolio jatuh, indeks saham harus menahan kebanyakan kejutan pasaran. Indeks saham yang paling popular adalah S&P 500, Nasdaq 100, dan Dow Jones. Lihat senarai lengkap dana indeks terbaik untuk pelaburan anda.

Peranan penyerang agak serupa dengan saham pertumbuhan. Penyerang bertanggungjawab menjaringkan gol. Saham pertumbuhan adalah saham yang cenderung memperoleh sebahagian besar poin untuk portfolio, ia seharusnya meningkat lebih tinggi berbanding elemen lain dalam portfolio. Selain dari itu, gol biasanya dijaringkan sekali atau dua kali dalam keseluruhan permainan, saham pertumbuhan juga serupa: ia jarang naik meroket, tetapi jika itu berlaku, permainan dimenangi!

Pemain tengah adalah pemain yang peranannya agak seimbang antara serangan dan pertahanan. Posisi ini boleh dibandingkan dengan saham berdividen tinggi, yang turut mengambil kedudukan yang sentral dalam portfolio pelaburan. Ia pelaburan yang berisiko rendah dan stabil yang membolehkan kita menjana wang baik dari pulangan dividen syarikat-syarikat ini mahu pun dari pertumbuhan nilainya. Contohnya ialah Coca-Cola, McDonald's, Procter & Gamble, dll.

Bagus! Kami telah mencipta asas yang baik untuk portfolio pelaburan anda, tetapi masih ada beberapa posisi kosong di 'padang bola' anda! Untuk melengkapkannya, tambahkan saham-saham lain yang anda suka. Berikut beberapa petua yang boleh membantu anda.

  • Pilih pemain yang kuat untuk ‘pasukan’ anda (syarikat, dana, yang telah menunjukkan prestasi yang baik).
  • Campur-campurkan pelbagai jenis ‘pemain’ (pelbagaikan, rencamkan, diversify).
  • Rangka strategi ‘permainan’ anda (pelan pelaburan) dan pegang teguh padanya!

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.