Psikologi Seorang Pedagang: Apa Yang Harus Dilakukan Jika Keuntungan Tidak Berkembang Dengan Mapan?
Kestabilan mental seorang pedagang adalah faktor yang kritikal dalam proses membuat keputusan dan pertumbuhan keuntungan. Artikel ini merungkaikan maksud psikologi perdagangan, isu-isu mental perdagangan yang paling lazim dan nasihat untuk mengatasinya serta cara berfikir seperti seorang pedagang yang berjaya.
Psikologi perdagangan
Psikologi perdagangan ialah gabungan reaksi pedagang terhadap semua peristiwa pasaran dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi perdagangan. Ia keadaan psikologi pedagang yang menentukan keputusan perdagangan beliau dan secara umumnya perkembangan kerjaya perdagangan beliau juga. Seperti yang terbukti secara praktis, bukan kecerdasan tinggi yang diperlukan untuk mencapai kejayaan, tetapi faktor psikologi seperti kesabaran, ketabahan, disiplin, dan minda yang sihat.
Pedagang boleh menangani situasi yang sama dengan cara yang berbeza. Misalnya, apabila berlaku penurunan mendadak harga saham, sesetengah pedagang mula panik dan menjual aset itu, manakala yang lain pula memilih untuk membeli saham ini pada harga yang rendah, yakin bahawa harga akan naik semula. Oleh demikian, terdapat pelbagai jenis psikologi pedagang:
- Pedagang impulsif beraksi tanpa rancangan yang difikirkan dengan teliti. Mereka membuat keputusan dengan cepat, tanpa menghiraukan akibat, oleh itu mereka cenderung berdagang secara beremosi dengan potensi untuk menanggung kerugian yang besar.
- Pedagang yang cermat menganalisis keadaan pasaran dan posisi kewangan mereka dengan komprehensif sebelum membuka dagangan. Pedagang jenis ini biasanya stabil dari segi emosi dan mempunyai rancangan pengurusan diri yang kukuh. Walau bagaimanapun, ada kalanya mereka kekurangan tindakan berisiko yang berupaya membawa keuntungan.
- Pedagang yang praktikal adalah gabungan pedagang yang cermat dan pengambil risiko. Mereka arif tentang pengurusan risiko dan bertindak dengan yakin dalam perdagangan mereka.
Anda mungkin melihat diri anda dalam salah satu jenis psikologi pedagang dan sedar bahawa memang wujud suatu macam hubungan antara jenis-jenis ini dan hasil perdagangan anda.
Tidak dapat dinafikan, psikologi perdagangan ialah elemen yang penting. Hanya kawalan penuh ke atas tindakan pedagang boleh membawa kepada pulangan yang stabil dan mencegah keberuntungan dan kerugian yang sekali-sekala. Namun begitu, bukan semua pedagang boleh mengawal emosi mereka dan menjaga sikap agar sentiasa positif. Jadi, mari kita bincangkan isu-isu psikologi perdagangan yang memudaratkan kerja anda dan tidak menghalang anda daripada menghasilkan pulangan yang stabil.
Mengapa keuntungan tidak meningkat secara tetap, atau isu-isu psikologi dalam perdagangan
Setiap pedagang berbeza, tetapi isu-isu psikologi yang dihadapi adalah sama kerana kita semua adalah manusia dengan struktur badan dan sistem saraf yang serupa. Kita semua hidup dalam masyarakat dan mematuhi undang-undangnya. Disebabkan ini, kami dapat menyerlahkan isu-isu mental yang paling lazim dalam perdagangan dan menjawab mengapa keuntungan tidak berkembang dengan tekal dan mapan.
Peneguhan rawak (random reinforcement)
Kadangkala pedagang amatur mendapati diri mereka dalam rentak kemenangan yang paradoks, manakala pedagang berpengalaman mengalami beberapa kegagalan berturut-turut. Walaupun situasi sedemikian adalah permainan nasib, pedagang-pedagang ini mula yakin dengan kemahiran mereka atau sebaliknya, lalu jatuh ke dalam perangkap peneguhan rawak.
Peneguhan rawak ialah fenomena psikologi yang memudaratkan dan berleluasa dalam kalangan pedagang. Peneguhan rawak mencipta salah tanggapan dalam diri pedagang tentang keupayaannya, mengaburkan minda pedagang itu dan menyebabkan mereka terlebih yakin, atau sebaliknya, kekurangan keyakinan diri yang melampau. Pedagang baru bermula mungkin memutuskan bahawa mereka telah menemui cara yang mudah untuk menjana keuntungan, manakala profesional mungkin meragui kemahiran, pelan perdagangan dan pengetahuan mereka secara amnya.
Takut terlepas (FOMO)
Kami pasti setiap pedagang mengenali FOMO. Rasa takut untuk terlepas dagangan yang menguntungkan ialah masalah psikologi yang biasa mempengaruhi pedagang di seluruh dunia. Dipandu oleh pempengaruh perdagangan di media sosial, berita, dan naluri kelompok (herd instinct), pedagang menjadi taksub dengan keuntungan yang besar dan sinilah bermulanya perdagangan panik. Berdagang kerana FOMO menyingkirkan pemikiran yang rasional dan munasabah. Pedagang terlupa mengenai strategi perdagangan, pelan pengurusan risiko dan disiplin mereka demi mengejar impian kekayaan. Perdagangan yang huru-hara sebegini akhirnya akan membawa kepada kerugian dan kekeliruan.
Perdagangan dendam
Perdagangan seperti ini boleh memudaratkan dan meletakkan kewangan pedagang dalam posisi yang lebih parah. Andaikan pedagang telah mengalami minggu yang lancar dan menghasilkan pulangan yang tinggi dan stabil. Namun, pada hujung minggu dia tiba-tiba kehilangan segala-gala yang telah beliau raih, malah lebih daripada itu. Reaksi yang menyusul selepas itu ialah rasa dendam. Dendam ini diarahkan kepada pasaran. Jadi, pedagang ini berusaha untuk mendapatkan kembali wangnya secepat mungkin dan menyemberonokan perdagangan aktif yang biasanya membawa kepada beberapa kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.
Kurang disiplin
Pedagang yang berdisiplin boleh menentukan titik masuk dan keluar pasaran. Adalah penting untuk membuka dan menutup posisi tepat pada masanya. Menutup posisi pula lebih rumit. Untuk keluar dari pasaran dengan keuntungan yang memuaskan, anda tidak boleh menunggu di luar pasaran atau teruskan bertindak semata-mata untuk mengikut jadual, kerana semua ini mendatangkan masalah.
Kekurangan disiplin menyebabkan emosi yang tidak terkawal. Misalnya, jika harga bergerak mengikut trend bullish, pedagang yang tidak berdisiplin berkemungkinan besar akan menutup posisi terlalu awal apabila pergerakan downtrend yang pertama berlaku. Tindakan ini kurang wajar kerana menantikan isyarat penyongsangan pasaran yang lebih kukuh dan baru kemudian menuai keuntungan.
Akibatnya, kekurangan keuntungan yang berterusan dalam perdagangan menyebabkan drawdown yang ketara, dan memulihkan semula drawdown adalah sukar.
Perdagangan judi
Sungguhpun begitu, perdagangan melibatkan perancangan, disiplin yang ketat dan pembelajaran berterusan; pedagang tertentu menganggapnya sebagai perjudian. Pedagang dengan mindset kaki judi tidak mempertimbangkan mekanisme perdagangan semasa membina strategi yang betul. Mereka beroperasi secara tidak sistematik oleh nasib semata-mata yang didorong oleh adrenalin dan keterujaan untuk menang. Psikologi perjudian boleh dilihat secara meluas di kalangan pedagang novis dan profesional yang ingin menjadi kaya tanpa sebarang usaha.
Psikologi perjudian menyebabkan pedagang bertindak secara impulsif tanpa rancangan yang difikirkan dengan baik, yang membawa kepada kerugian dan gangguan emosi yang tidak dapat dielakkan.
Naluri kelompok
Naluri kelompok ialah isu yang ketara dalam bidang psikologi. Dalam perdagangan, naluri kelompok adalah berdasarkan rasa takut untuk gagal. Jadi, ramai pedagang bergantung pada keputusan orang ramai dan bukan analisis pasaran yang komprehensif. Sikap kebergantungan ini mengakibatkan perdagangan panik, tindakan yang tidak munasabah dan kerugian.
Untuk menjadi pedagang yang berjaya, anda harus sentiasa bekerja dengan sisi psikologi anda. Formula ringkas ini harus menjadi pembimbing kembara perdagangan anda.
Langkah-langkah ke arah winning mindset dalam perdagangan atau cara mengembangkan keuntungan anda
Seperti yang anda sudah tahu, sisi psikologi rutin perdagang anda adalah elemen fundamental yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimana cara untuk kekal positif semasa menghadapi tekanan yang hebat dalam proses membuat keputusan dengan turun naik harga yang tidak dapat diramal setiap hari? Kami telah menyediakan senarai nasihat-nasihat khas untuk anda!
Kekal berdisiplin
Disiplin ialah aspek yang penting dalam kehidupan kita, termasuk perdagangan. Apabila hari bekerja anda dirancang dengan rapi, kawalan diri dan pengurusan diri akan lebih baik – berdisiplin bermaksud anda boleh mengawal emosi anda dan mengelakkan perdagangan panik. Pedagang yang berdisiplin adalah lebih fokus dan mengikuti strategi mereka dengan teguh. Mereka menyedari kepentingan peringkat kajian, aktiviti fizikal dan makna waktu rehat dan makan. Pedagang-pedagang ini mensasarkan kerjaya perdagangan jangka panjang dan keuntungan yang tetap.
Tetapkan matlamat perdagangan
Menetapkan matlamat adalah bahagian yang penting dalam kerjaya anda. Anda harus tahu matlamat keseluruhan yang anda ingin capai dan juga merancang matlamat perdagangan harian anda. Sebagai contoh, menetapkan matlamat kawalan risiko, keuntungan, dan nisbah usaha melawawn ganjaran adalah penting. Matlamat membuka jalan, yang membawa kita daripada realiti menuju kesempurnaan. Anda merasai euforia dan mengecapi kejayaan dengan mencapai matlamat anda, dan ia penting untuk mengekalkan semangat yang membara dan penggandaan keuntungan.
Ikuti rancangan dan strategi perdagangan anda
Penyediaan pelan perdagangan dan strategi perdagangan adalah kunci kepada keuntungan yang konsisten. Rancangan perdagangan menggariskan di pasaran mana anda perlu berdagang, rangka masa rutin perdagangan anda, penerangan strategi, pelan pengurusan risiko dan peraturan-peraturan penting yang lain. Strategi perdagangan pula menentukan keadaan-keadaan untuk memasuki dan meninggalkan pasaran bagi menggandakan keuntungan dan mengurangkan risiko.
Jejak prestasi perdagangan anda
Untuk menjadi pedagang yang lebih yakin dan berpengalaman, kami mencadangkan agar anda merekodkan jurnal perdagangan yang boleh digunakan untuk menjejak prestasi perdagangan anda dengan selesa. Menggunakan jurnal perdagangan, anda boleh mengkaji semula dagangan anda sebelum ini dan membuat kesimpulan tentang langkah perdagangan anda di masa hadapan.
Lakukan analisis pasaran yang lengkap
Sebelum memasuki pasaran, analisa situasi pasaran semasa dan pergerakan-pergerakan yang mungkin terjadi. Jalankan penilaian pasaran yang komprehensif menggunakan alat analisis teknikal dan fundamental. Dengan bantuan analisis pasaran, pedagang menemui peluang yang terbaik dan membuat keputusan termaklum, seterusnya mengurangkan kebarangkalian perdagangan panik.
Kekal fleksibel
Semua pasaran kewangan tidak pernah kekal seadanya dan berubah mengikut senario yang sama. Pedagang mesti memantau transformasi pasaran dan sentiasa menyesuaikan strategi mereka dengan sewajarnya. Jika pasaran mengalami kemeruapan yang tinggi, lebih baik anda menangguhkan dari berdagang, dan cuba memahami situasi itu terlebih dahulu. Fleksibiliti bermaksud mengawal emosi dan berupaya menilai situasi tidak kira apa jua emosi anda ketika itu. Kekal pragmatik dan kritis tidak kira apa jua yang berlaku.
Membina toleransi risiko
Pedagang yang berjaya sentiasa selesa untuk mengambil risiko. Golongan yang mempunyai toleransi risiko yang rendah tidak boleh menerima hakikat bahawa dagangan boleh membawa kerugian; namun, pedagang sedemikian adalah sebahagian daripada lumrah perdagangan yang tidak dapat dielakkan. Untuk menjadi seorang profesional yang berjaya, anda harus menerima ketidakpastian pasaran yang sentiasa berubah dan mengubah sikap anda agar lebih terbuka kepada penyusutan nilai aset-aset anda.
Usahakan kesihatan minda anda
Kesihatan minda anda adalah faktor yang mengatasi segalanya. Jangan abaikan isu-isu mental yang anda hadapi. Jadualkan janji temu dengan ahli terapi, cuba bertafakur, terapi seni atau libatkan diri dalam sukan untuk mengukuhkan keadaan mental anda. Penting untuk menerima hakikat bahawa anda mungkin melakukan kesilapan dan berehat tepat pada masanya.
Tingkatkan pengetahuan perdagangan anda
Pengetahuan adalah kuasa sakti anda. Jangan sesekali berhenti meluaskan ufuk perdagangan anda. Belajar tentang pembuat pasaran, hadiri kelas perdagangan, baca berita, lakukan kajian anda dengan penilaian carta dan berunding dengan profesional yang anda hormati. Semakin banyak anda tahu – semakin yakin dan tenang keperibadian anda.
Kepentingan mengekalkan psikologi perdagangan yang positif
Perdagangan ialah ramalan tentang potensi pergerakan harga untuk cuba menghasilkan keuntungan mengikut pengiraan ramalan ini. Dalam setiap dagangan, anda meniti di atas titian usang kerana tiada sesiapa yang pasti tentang masa depan, jadi setiap dagangan sentiasa berkemungkinan gagal.
Adalah penting untuk menerima kebenaran mudah bahawa tiada satu orang pun yang dapat meramal masa depan. Falsafah ini akan membantu anda mengendalikan perdagangan dengan lebih mudah. Mengapa kita harus menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan kita? Emosi yang tergugat disebabkan kegagalan mewujudkan halangan yang tinggi kepada kejayaan anda, menyebabkan kelesuan dan ketakutan sebelum berdagang. Jangan biarkan perdagangan masa depan anda dibayangi kegagalan masa silam; jika tidak, keseluruhan perdagangan itu akan bertukar menjadi negatif tanpa harapan dengan pengakhiran yang terdesak.
Perdagangan ialah permainan nombor di mana kebarangkalian menentukan hasilnya. Semua aspek lain kehidupan kita juga tidak dapat diramal. Seperti yang termaktub dalam surah Al-Imran ayat 54, "Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang". Terima hakikat kebenaran ini dan sekiranya anda gagal, jangan ambil hati, buat kesimpulan dan sertai semula permainan! Pemikiran yang positif dan pasrah menerima kebenaran adalah kunci kepada kehidupan yang bahagian dan berjaya, termasuk kerjaya perdagangan berjangka panjang dan menguntungkan.
Kesimpulan
Psikologi perdagangan adalah sesuatu yang mudah rapuh. Pelbagai faktor boleh menumpaskan pedagang, mencegah mereka daripada menjana keuntungan tetap. Untuk menjadi pedagang yang berjaya dengan mindset kejayaan, anda harus sentiasa menjaga kesihatan mental anda dan mengawal emosi anda. Disiplin perdagangan, pembelajaran berterusan, mengikuti rancangan dan strategi perdagangan, serta amalan-amalan psikologi akan membantu anda kekal positif dan mengembangkan dana anda. Panduan dan syor-syor kami akan membantu anda meningkatkan aspek psikologi perdagangan. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.