1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Barcelona – Destinasi Perdagangan & Percutian
2024-06-10 • Dikemaskini

Barcelona – Destinasi Perdagangan & Percutian

Antara faktor penentu mengapa ribuan orang di seluruh dunia mula berdagang adalah waktu kerja yang fleksibel. Jika di waktu lalu anda memaksa diri untuk bangun awal pagi untuk menuju ke pejabat seperti sebuah robot atau bergelut mencari pendapatan tambahan dengan kerja sambilan, perdagangan Forex membuka lembaran baru kerana kini opsyen untuk bercuti terbuka kepada anda pada bila-bila masa,. Dan yang lebih penting lagi, anda mampu melakukannya.

1.jpg

Sejak dari pengumuman rasmi kerjasama kami dengan FC Barcelona, kami tidak dapat berhenti dari memperkatakannya, tetapi hari ini ia bukan sahaja tentang pasukan tersebut tetapi lebih tentang kota mereka — Barcelona. Ia ternyata sebuah tempat yang sesuai untuk menggabungkan rutin perdagangan anda sehari-hari dengan percutian yang memang anda perlukan

Melancong untuk Berjaya

Di saat anda masih ragu-ragu hendak meninggalkan tanah tumpah darah anda untuk menyertai trip yang takkan dapat dilupakan, saya bentangkan lebih banyak hujah yang menyokongnya. Saya pasti anda akan goyah!

Melancong percuma

Dengan FBS, perjalanan ke Barcelona adalah PERCUMA! Mungkin anda belum tahu, mulai dari 28 Januari hingga 17 Mac, FBS sarat dengan pelbagai peraduan. Semuanya adalah untuk pedagang/rakaniaga yang sukakan cabaran dan pengembara berani yang ingin melihat dunia, bertemu orang-orang yang menginspirasikan, mencari peluang, dan mencintai bolasepak.

Sebagai pelanggan, anda boleh sertai peraduan Winning Season. Deposit dan berdagang seperti biasa, tetapi gunakan akaun FC Barcelona untuk semua aktiviti anda. Bila amaun deposit keseluruhan anda mencapai lebih dari $300, dan anda sudah berdagang 2 lot, anda dimasukkan ke dalam ranking. Buktikan anda layak berada di dalam kumpulan Top 5 pedagang paling berjaya dan anda sudah boleh kemaskan beg pakaian anda. Jangan lupa bawa topi — matahari sentiasa tersenyum riang di Catalonia!

Oh, jika anda jenis orang yang suka berserah kepada nasib, peraduan ini juga untuk anda. Walaupun anda tidak dapat berdiri di atas podium juara-juara, anda masih boleh pergi. Anda menerima nombor 6 digit yang akan menyertai suatu cabutan bertuah, yang mungkin akhirnya akan membawa anda ke Barcelona.

Anda boleh tingkatkan peluang kemenangan anda lebih tinggi lagi. Sertai IB Match jika anda seorang rakaniaga atau cuba Copy Challenge di dalam app CopyTrade.

Semua opsyen VIP sudah dimasukkan ke dalam trip ini. Penerbangan pergi dan balik serta penginapan di hotel 5 bintang semuanya kami tanggung. Lebih mengasyikkan lagi, anda juga dapat menghadiri sendiri ke acara yang pasti menjadi bualan dengan cucu anda kelak — perlawanan tempat sendiri FC Barcelona + lawatan sekitar Camp Nou dan Muzium Barça.

Nah, sekarang saya pula yang tak dapat menahan diri dari mencari tiket ke Barcelona untuk diri saya sendiri. Masalahnya, saya tak boleh dapatkan trip ini secara percuma, tetapi ANDA BOLEH!

Hari Tanpa Berdagang di Pantai Bogatell

Semoga kota Barcelona menjadi ruang zen anda. Kita semua tahu bagaimana ada waktu-waktunya berdagang itu sangat stres dan mengecewakan. Jadi bila anda tiba nanti, berehatlah.Pergi ke Pantai Bogatell — sebuah kawasan pesisiran laut yang bersih dan tenang, hanya 15 minit berjalan kaki dari stesen metro Bogatell.

5.jpg

Semoga deruan ombak satu-satunya bunyi yang mengganggu anda. Kosongkan fikiran! Benar-benar kosong. Semua fikiran tentang kemeruwapan pasaran dilarang sama sekali pada hari berehat ini. Meghan-Markle-kan diri dan nikmati ketenangan.

"Chill" sehari tanpa berdagang rasanya cukup untuk menenangkan diri dan menikmati keseronokan kejayaan yang dibawakan oleh pasaran. Berdagang di hari lain saja, takkan lari pasaran dikejar.

Jangan memaksa diri — tak berbaloi.

Berimpian besar

Sagrada Familia adalah tempat yang wajib dilawati di Barcelona. Antonio Gaudí, seorang arkitek terkenal, telah memulakan pembinaan gereja ini pada 1882, dan sehingga sekarang ia masih dalam pembinaan. Beliau menghabiskan 44 tahun dari hayatnya merealisasikan pelan bluprin dan gagasan asal beliau. Malangnya, En. Gaudi tidak dapat melihat projek gergasi beliau menjadi kenyataan. Tapi tak salah beliau berimpian besar.

2.jpg

Ia satu pengajaran buat kita. Sasarkan pada cita-cita yang besar tetapi urus risiko dengan bijaksana jika anda mahu mencapainya dalam masa yang ditetapkan.

Walau apa pun, beli tiket awal-awal secara online dan saksikan Sagrada Familia.Anda akan terpegun dengan saiznya, keterperinciannya, interpretasi wali-wali Kristian yang lain dari kelaziman, unsur-unsur senibina naturalistik, rekaan tingkap yang ranggi, warna dan pola cahaya yang luar biasa di dinding dalam. Bangunan ini unik, tiada yang seumpamanya di dunia ini.

Mengejar Waktu Perdagangan Di Istana Montjuïc

Setelah penerbangan yang panjang, anda mungkin akan jadi sedikit keliru tentang masa. Kesannya, rutin perdagangan anda mungkin akan terjejas. Wajarlah anda laraskan jam anda ke masa yang betul untuk tidak lagi terlepas waktu pembukaan dan penutupan pasaran kewangan.

3.jpg

Kenapa tidak campurkan sahaja bisnes dan keriangan? Anda perlukan jam. Istana Montjuïc pula ada jam, tetapi ia agak lain dari yang lain — ia jam matahari. Jam yang paling andal dari kurun ke-20. Apa kata kali ini cuba lakukannya secara "old-school"? Selain dari ini, tempat ini juga menawarkan panorama kota yang indah dan Air Pancut Sakti Montjuïc — adunan spektakular antara air dan warna di waktu malam.

Bila jam anda sudah dilaras dengan betul, anda boleh berdagang sambil menikmati hari yang indah di puncak Barcelona.

WiFi Challenge di Gothic Quarter

Semua pedagang yang sedang berkelana perlukan WiFi. Mujurlah, sejak dari tahun 2015 internet percuma tersedia di bas-bas, stesen metro, dan kebanyakan taman-taman awam. Perluasan rangkaian wayarles ke pasar-pasar dan pelabuhan sudah dalam perancangan.

6.jpg

Bagaiaman pula jika anda berada di Gothic Quarter dan harga minyak tiba-tiba melonjak? Anda perlu bertindak secara on-the-go! Daerah ini terkenal sebagai kawasan tertua di Barcelona, yang bermakna anda perlu berhadapan dengan satu lagi jaringan — jaringan jalan-jalan yang sempit, lorong-lorong misteri, laluan pejalan kaki yang kecil. Walaupun dalam keadaan biasa anda sendiri dengan senang hati berjalan kaki meneroka dan menikmati sejarah kota ini, sebagai pedagang anda patut tahu anda perlu sentiasa berhati-hati.

Untuk memastikan anda mempunyai capaian WiFI sepanjang masa, anda boleh sewa peranti WiFI mudah alih. Anda perlu membayar sekitar 6 EUR per hari untuk mendapatkannya dan anda boleh berasa yakin dapat mengawal pasaran dan membuat keputusan pasaran yang berani pada masa yang betul.

Bila anda sudah lepaskan gian untuk berdagang, anda boleh kembali bersiar-siar. Lawati Katedral Barcelona, Plaça Reial, dan membeli belah di lebuhan pejalan kaki Portal de l’Àngel.

Mempelajari Ilmu Kepimpinan di Camp Nou

Destinasi ziarah peminat bola sepak yang paling popular adalah Camp Nou. Stadium ini sungguh besar! Ia yang terbesar di Eropah, meliputi kawasan sebesar 55,000 meter persegi dengan kapasiti 99,354 penonton.

Suasana di dalam stadium ini menakjubkan sekali. Bayangkan berapa banyak karier yang telah dibina di sini. Tempat ini menyerap tenaga dari setiap permainan dan mereka yang melawatinya setiap hari. Saya bukanlah peminat bolasepak yang fanatik, tapi bulu roma saya berdiri!

Jangan lupa bahawa trip VIP dari FBS termasuk sekali dengan lawatan ke Camp Nou dan Muzium FC Barcelona. Muzium ini menyimpan semua trofi dan memorabilia kelab dan menceritakan sejarah pasukan ini menerusi audio-visual interaktif. Ia tempat yang ideal untuk mendapatkan inspirasi dari kisah-kisah kejayaan dan belajar dari pemimpin-pemimpin dunia bolasepak yang prominen.

Secara ringkas

Bila anda berkelana dan berdagang, prespektif anda tentang apa yang boleh dicapai akan berubah kepada infiniti. Pengembara cenderung untuk lebih bercita-cita besar dan menjadi sesorang yang "adventurous" yang tak akan mengalah dan tak akan berpuas hati dengan kerja yang stabil tetapi membosankan. Siapa tahu, anda juga mungkin akan bertemu jodoh dalam perkelanaan ini.

Pertemuan dengan mereka yang telah berjaya menjadikan impian mereka satu realiti sangat membuka minda. Di satu sudut di Barcelona, seorang pedagang mungkin sedang memikirkan untuk membeli sebuah rumah di tepi pantai. Bayangkan anda bertemu dengan insan ini dan meminta "pil kejayaan" beliau. Nah, ini mustahil dapat anda lakukan jika anda duduk sahaja di sofa anda, berdagang di dalam zom selesa anda.

Beranikan diri dan gunakan peluang yang terhadap di hadapan hidung anda. Gunakan peluang PERCUMA untuk menonton Barcelona dan perlawanan yang akan dimainkan oleh salah satu pasukan terbaik di dunia — FC Barcelona. Hanya pengalaman sekali seumur hidup yang akan mendewasakan kita dan melahirkan impian yang besar.

Bayangkan — cuaca yang nyaman, pantai, paella… kalau mahu tahu, saya sudah pun beli tiket.

Baca lebih lanjut

  • 3464

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera