1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Saham Perdagangan Swing Terbaik pada tahun 2022
2024-06-10 • Dikemaskini

Saham Perdagangan Swing Terbaik pada tahun 2022

1.png

Perdagangan swing salah satu cara yang paling popular untuk berdagang. Ramai pedagang menganggap perdagangan swing satu pilihan yang menarik untuk golongan pemula, alternatif yang sangat baik kepada perdagangan intrahari. Tetapi apakah saham-saham yang terbaik untuk perdagangan swing pada tahun 2022? Baca artikel ini untuk mengetahuinya.

Apakah itu perdagangan swing?

Perdagangan swing sejenis perdagangan jangka pendek. Dengan menggunakan analisis teknikal, pedagang swing mencari peluang membuat keuntungan. Mereka juga boleh menggunakan analisis fundamental untuk menganalisis trend dan pola harga.

Oleh kerana ia perdagangan jangka pendek, pedagang biasanya akan mengekalkan pegangan saham semalaman. Sebab utama mengapa pedagang berbuat demikian adalah untuk mengelakkan peraturan PDT yang boleh menjejaskan perdagangan selanjutnya melalui pengawasan dan batasan tambahan yang dikenakan kepada pedagang.

Idea asas perdagangan swing adalah untuk mengaut keuntungan daripada swing bervolum besar seperti short squeeze atau peningkatan perolehan. Peluang untuk mengaut keuntungan cukup tinggi, yang menjadikan perdagangan swing amat menarik. Walau bagaimanapun, seseorang perlu ingat bahawa perdagangan swing juga datang bersama dengan risiko.

2.png

Saham-saham yang boleh dipertimbangkan untuk perdagangan swing

Biasanya, saham perdagangan swing yang baik memenuhi beberapa ciri seperti pemangkin yang sudah terbukti, volum yang tinggi, dan kemeruapan yang mencukupi untuk menjadikan perdagangan jangka pendek menguntungkan.

Pemangkin (catalyst)

Pemangkin (catalyst) ialah sesuatu yang menggerakkan harga saham. Ia boleh berbentuk apa-apa sahaja, dari sekeping maklumat yang berpotensi mengubah situasi sehingga boleh mengubah rentak permainan, rancangan untuk membuat percubaan ubat baru dari makmal-makmal besar, atau apa-apa khabar angin yang disahkan tentang beberapa eksekutif peringkat tertinggi meninggalkan jawatan mereka. Dengan pemangkin yang sudah terbukti, pedagang swing boleh membuat keputusan tepat pada masanya dan meraih keuntungan.

Volum

Volum yang signifikan adalah satu lagi ciri saham perdagangan swing. Walaupun saham yang diniagakan ringan boleh membuat pergerakan besar tanpa memerlukan jumlah yang besar, cara yang paling pasti untuk mengayunkan perdagangan adalah dengan membeli saham dengan jumlah yang besar.

Ketidaktentuan

Yang terakhir, tetapi tidak kurang pentingnya, adalah kemeruapan yang tinggi. Saham yang mudah meruap sesuai untuk perdagangan swing. Saham sedemikian membantu seseorang menjana wang daripada pergerakan bervolum tinggi dan berjangka pendek.

3.png

Saham-saham yang terbaik untuk perdagangan swing pada tahun 2022

Sebelum kita teruskan dengan senarai saham yang terbaik untuk didagangkan, kami ingin mengingatkan anda bahawa pasaran saham tidak dipahat pada permukaan batu. Senarai berikut mungkin sah apabila berdagang dengan gaya swing; walau bagaimanapun, kami menasihatkan anda untuk beringat bahawa keadaan pasaran boleh berubah-ubah. Jadi pilihan yang terbaik adalah untuk berdagang mengikut apa yang sebenarnya sedang berlaku di pasaran.

Apple (AAPL)

Apple adalah sebuah gergasi teknologi. Syarikat itu menunjukkan beberapa hasil kewangan yang mengagumkan pada tahun lalu, menjadi syarikat yang bernilai hampir $3 trilion pada Disember 2021. Tidak hairanlah mengapa pedagang swing memilih Apple sebagai salah satu yang paling menarik. Ini menjadikan kedudukan syarikat tersebut lebih kukuh dalam hampir semua kategori produknya.

Facebook (FB)

Dengan nilai bersih $1 trilion, Facebook (Meta) menjadi satu lagi pilihan ruji untuk perdagangan swing. Tahun lalu, syarikat itu mencatat pertumbuhan pendapatan 12% bersama dengan peningkatan 40% dalam pendapatan bersihnya. Memandangkan media sosial sudah menjadi salah satu elemen yang penting di dalam kehidupan moden (termasuk di dalam bidang ekonomi, politik, sukan, kewangan, dan kehidupan berkeluarga), Facebook adalah saham yang terbaik untuk perdagangan swing.

Microsoft (MSFT)

Salah satu kesan pandemik Covid-19 adalah perubahan paradigma yang luar biasa dalam bagaimana jutaan manusia melihat bagaimana urusan di dalam sesebuah perniagaan atau syarikat harus dijalankan. Mulai dari sekarang, perisian berasaskan awan dan internet dilihat sebagai suatu yang biasa dan dianggap sebagai alat yang penting untuk memenuhi keperluan abad ke-21.

Ini, seterusnya, telah mempengaruhi pendapatan untuk syarikat-syarikat seperti Microsoft. Dengan pendapatan syarikat sebanyak $168 bilion pada tahun 2021, lagenda berteknologi tinggi ini menjadi salah satu pilihan yang paling menarik untuk pedagang swing.

Amazon (AMZN)

Satu lagi syarikat yang mengalami hari-hari yang buruk akibat pandemik ini ialah Amazon. Sekatan COVID mengubah tingkah laku pengguna dengan ketara, menyumbang kepada kelangsungan dan konsistensi potensi pertumbuhan Amazon. Dan jika ini tidak menjadikannya sebagai pilihan perdagangan swing yang sempurna, tidak tahulah apa lagi yang boleh dikatakan!

Alphabet (GOOGL)  

Ini tidak dapat dipertikaikan lagi: Google sentiasa saham yang bagus untuk didagangkan. Pengiklanan digital dan carian internet tidak akan meninggalkan kita dalam masa terdekat, jadi syarikat induk Google iaitu Alphabet masih lagi menjadi salah satu pilihan yang terbaik untuk perdagangan swing.

Netflix (NFLX)

Netflix salah satu syarikat yang mendapat durian runtuh daripada pandemik COVID-19. Dengan menghantar filem dan rancangan terus ke rumah pelanggannya, Netflix mencatat kenaikan 53% dan layak mendapat tempat dalam senarai perdagangan swing anda.

Advanced Micro Devices (AMD)

AMD berjaya kembali ke dalam permainan apabila syarikat itu memberi tumpuan kepada sesuatu yang memang menjadi kepakarannya. Perubahan strategi ini mengubah AMD menjadi sebuah syarikat yang pesat membangun dengan saham-saham yang perlu dipertimbangkan apabila berdagang secara swing.

PayPal Holdings (PYPL)

Satu lagi syarikat yang berkembang maju disebabkan oleh era digital yang sedang pesat ialah PayPal. Kepentingan pembayaran digital yang semakin meningkat menjadikan PayPal pilihan mutlak untuk perdagangan swing.

Starbucks Corporation (SBUX)

Walaupun Starbucks telah menunjukkan beberapa hasil yang bercampur-campur, prestasinya mungkin tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan entri sebelum ini dalam senarai ini; syarikat itu kekal sebagai rantaian kopi yang besar, dengan AS dan China sebagai pasaran yang paling penting. Dengan strategi yang betul, saham Starbucks boleh membuat swing yang menguntungkan.

Salesforce (CRM)

Sebelum ini, Salesforce bukanlah salah satu pilihan yang terbaik untuk pedagang swing. Walau bagaimanapun, syarikat itu telah menemui cara untuk mengagumkan semua orang yang prihatin dengan langkah seperti pengambilalihan Slack (urusniaga $27.7 bilion) dan “Vaccine Cloud” COVID-19. Ini telah menarik perhatian pedagang untuk memandang ke arah Salesforce, menjadikannya pilihan perdagangan swing yang menarik .

Permodalan pasaran syarikat ini adalah sekitar $250 bilion. Ambil kira sekali prospek yang cerah dalam perkomputeran awan, dan anda kini mempunyai saham yang amat menarik untuk didagangkan secara swing.

Saham-saham swing lain yang bagus untuk didagangkan

Caterpillar (CAT)

Syarikat ini pengeluar jentera perlombongan dan pembinaan yang terbesar di dunia. Menghasilkan pelbagai peralatan, Caterpillar merangkumi empat segmen perniagaan, termasuk industri pembinaan, industri sumber, tenaga dan pengangkutan, dan produk kewangan. Saham syarikat ini menunjukkan kecairan yang tinggi, dengan lebih 2 juta sahamnya didagangkan setiap hari.

Kellogg’s (K)

Kellogg 's adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan kini merupakan pengeluar dan pengedar yang terkemuka di seluruh dunia bagi pelbagai jenis makanan yang dibungkus seperti bijirin, biskut, keropok dan banyak lagi. Jenama-jenamanya termasuklah Special K, Frosted Flakes, Froot Loops, Rice Krispies, Pop-Tarts, Eggo, Kashi, Morningstar Farms, dan Pringles (sejak 2012). Produk-produk ini dihasilkan di 21 buah negara dan dipasarkan di 180 buah negara.

Kohl 's (KSS)

Koh's adalah peruncit kedai serbaneka dengan 1,000 kedai yang tersebar di seluruh A.S. Tidak hairanlah mengapa pandemik COVID dan lockdown yang berlaku menjejaskan perniagaan ini. Ini mengakibatkan sahamnya menjunam 60% secara dramatik. Walau bagaimanapun, dengan sekitar 14 juta saham didagangkan setiap hari, beta yang tinggi, dan lebih 15% minat menjual (short interest), KSS menjadi pilihan perdagangan swing yang wajar diselidiki.

4.png

SOALAN LAZIM

Apakah itu perdagangan swing?

Perdagangan Swing adalah strategi perdagangan jangka pendek di mana pedagang mengekalkan posisi masing-masing selama antara 24 jam hingga dua hari, membuat keuntungan dengan mengharapkan pada perubahan fundamental korporat kerana perubahan ini biasanya memerlukan beberapa hari untuk menyebabkan pergerakan harga yang mencukupi. Perdagangan swing lebih mudah diakses daripada perdagangan intrahari dan tidak memerlukan alat khas; ia membolehkan pedagang mengelakkan peraturan dan sekatan PDT semasa membuat keuntungan.

Apakah kelebihan perdagangan swing?

Kelebihan perdagangan swing termasuk penggunaan modal yang lebih cekap dan pulangan yang lebih tinggi. Sebaliknya, perdagangan swing mempunyai keburukan seperti komisen yang lebih tinggi dan kemeruapan yang lebih tinggi.

Adakah perdagangan swing menguntungkan?

Seseorang boleh menjadikan perdagangan swing agak menguntungkan dengan menggunakan analisis teknikal. Salah satu ciri yang paling menonjol ialah betapa perdagangan swing boleh digunakan untuk kedua-dua pasaran yang sedang bull dan bear. Walau bagaimanapun, pedagang perlu ingat bahawa perdagangan swing juga datang dengan risiko kewangan tertentu.

Saham apa yang boleh didagangkan secara swing?

Walaupun pedagang swing menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan keuntungan mereka, saham yang mereka cari semuanya berkongsi beberapa ciri-ciri umum, seperti pemangkin yang sudah terbukti, volum yang tinggi, dan kemeruapan yang mencukupi.

Apakah platform yang terbaik untuk perdagangan swing?

Salah satu pilihan yang terbaik untuk perdagangan swing adalah platform perdagangan semua-dalam-satu FBS Trader. Ia termasuklah alat-alat perdagangan yang popular seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 dan set bahan pendidikan percuma.

Baca lebih lanjut

  • 2053

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera