1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Ramalan 'Black Swan' Untuk 2019 Yang Mampu Merubah Segalanya
2024-06-06 • Dikemaskini

Ramalan 'Black Swan' Untuk 2019 Yang Mampu Merubah Segalanya

Setiap tahun, Saxo Bank menerbitkan satu senarai "Black Swans" (peristiwa yang berkemungkinan tinggi akan berlaku yang boleh memberi impak dramatik jika ia benar-benar berlaku). Ramalan-ramalan ini menarik perhatian para pelabur dari serata dunia dan membantu mereka berfikir di luar kotak bila merancang strategi mereka. Sebagai contoh, bagi ramalan tahun 2018 Saxo Bank mengunjurkan kejatuhan Bitcoin. Mari lihat apakah peristiwa politik dan ekonomi yang akan dibawakan oleh 2019.

Head.png

Apple akan mula membina kereta dan mengambil alih Tesla

1-apple copy.png

Sebagai peneraju pasaran teknologi bernilai lebih satu trilion dolar, Apple akan mula mencari industri baru untuk ditakluki. Industri automotif boleh jadi salah satu darinya mempertimbangkan betapa pasaran ini mengadaptasi teknologi digital dengan pantas. Apple akan membeli saham Tesla pada harga $520 seunit.

Lagi pun, idea Steve Jobs adalah untuk berkembang seluas yang boleh dicapai oleh teknologi, sementara Elon Musk mendakwa beliau kaya dengan idea pintar dan menyerahkan selebihnya kepada mastermind teknologi dan pelabur berpengaruh, yang mana tentu sekali Apple Inc. salah satu daripadanya.

IMF dan Bank Dunia akan berhenti mengukur KDNK

2-IMF.png

Sewaktu mesyuarat tahun 2019, IMF dan Bank Dunia akan mengumumkan bahawa keluaran dalam negara kasar tidak akan digunakan lagi sebagai ukuran utama kemajuan ekonomi. Sebaliknya, fokus akan berpindah kepada produktiviti am.

Ideanya di sini, KDNK tidak lagi mencerminkan impak sebenar servis berasaskan teknologi kos rendah, dan beberapa kriteria lain. Perpindahan ini akan menjadi penamat era Bank Pusat dan akan merubah cara bagaimana ekonomi global berfungsi.

Kadar GBP akan bersamaan dengan USD buat kali pertama

3-GBR.png

Isu Brexit yang tidak berkesudahan akan membuatkan ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn, menggantikan Theresa May sebagai Perdana Menteri. Beliau akan menggunakan pendekatan sosialis dalam menyelesaikan kesenjangan di UK dengan memiliknegarakan semula beberapa syarikat utiliti dan jaringan rel keretapi, serta satu cukai hartanah baru akan membuatkan hidup orang kaya semakin perit.

Ini akan mendorong kepada inflasi, penurunan pelaburan bisnes, dan migrasi besar-besaran penduduk warga asing yang kaya raya. Inilah cara bagaimana GBP akan jatuh dan menjadi sama dengan satu dolar buat kali pertama dalam sejarah.

Matahari akan buat onar dan menyebabkan kerosakan bernilai $2 trilion

4-sun.png

Jasad angkasa raya seperti matahari tertakluk kepada kitaran, dan 2019 adalah tahun bila mana nyala suria (solar flare) besar yang seterusnya akan berlaku – Coronal Mass Ejection atau CME. Ia akan menyebabkan ribut geomagnetik yang boleh mengganggu mangnetosfera Bumi: komunikasi radio dan satelit serta infrastruktur agihan kuasa di daratan. Pada tahun 2019, satu ribut solar akan melanda hemisfera Barat, melumpuhkan kebanyakan satelit dan meranapkan sistem pengangkutan udara dan darat yang bergantung kepada GPS serta infrastruktur kuasa elektrik. Kos kerosakan kepada manusiawi dianggarkan sekitar $2 trilion.

Jerman akan memasuki era kemelesetan

5-Germany.png

Industri automotif sedang di ambang krisis: orang ramai menjadi semakin berminat dengan kereta elektrik dan elektronik yang terbaik. Kereta adalah salah satu daripada industri utama Jerman dan ia ketinggalan zaman. Sementara itu, sentimen anti-globalisasi dan alam sekitar semakin meningkat. Ia mampu mengheret Jerman ke kemelesetan pada penghujung 2019.

Cukai Pengangkutan Global akan membuatkan harga barang naik

6-tax.png

Perubahan iklim merangsang pengadaan Cukai Pengangkutan Global yang memperkenalkan cara baru untuk mencukai sektor aviasi dan kargo. Dalam kes ini, harga akan dikaitkan dengan penghasilan karbon dan ia mungkin setinggi $50/tan keluaran CO2 berbanding $15/tan pada tahun 2018. Ini akan membuatkan kos perjalanan dan penghantaran menjadi lebih mahal.

Baca lebih lanjut

  • 5190

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera