1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Amal Kebajikan Bersama FBS: Bantu Jadikan Dunia Tempat Yang Lebih Baik
2023-12-21 • Dikemaskini

Amal Kebajikan Bersama FBS: Bantu Jadikan Dunia Tempat Yang Lebih Baik

GM-4360 блог (1).jpg

Tidak ada yang lebih insani daripada kemuliaan hati. Ia telah wujud selama ribuan tahun dalam pelbagai budaya sepanjang sejarah peradaban manusia, baik sejarah yang direkodkan mahu pun tidak direkodkan. Sudah tentu, FBS tiada bezanya dengan anggota masyarakat yang lain – apabila kami melihat sekeliling kami, kami juga berpendapat bahawa ada banyak yang boleh diperbaiki di dalam dunia ini. Itulah sebabnya mengapa dalam usaha-usaha yang kami kerjakan, kami pastikan ia dapat membantu seberapa ramai orang yang boleh. Lagipun, dunia yang lebih baik untuk mereka yang kurang bernasib baik membantu mencipta satu dunia yang lebih baik untuk kita semua.

Matlamat utama syarikat adalah untuk memastikan seramai mungkin orang berpeluang untuk meraih kebebasan kewangan, dan itulah yang kami cuba lakukan dengan perkhidmatan kami. Namun selain dari itu, FBS, bersama dengan para pedagang kami yang luar biasa dan murah hati, berusaha untuk membantu orang ramai di seluruh dunia.

Dreams Come True

Dreams Come True adalah pertandingan bulanan yang kami adakan di media sosial kami di mana orang ramai boleh memberitahu kami impian mereka, dan FBS akan menjadikannya satu kenyataan.. Setelah bertahun-tahun menganjurkan peraduan ini, kami dapat melihat bahawa usaha baik ini mampu mengubah kehidupan begitu ramai orang.

Sama ada ia seseorang yang memerlukan kerusi roda untuk ayahnya atau guru yang meminta pengangkutan untuk membantu anak-anak ke sekolah, ia selalu mengubah lebih dari satu kehidupan, dan kami gembira dapat membantu.

Acara Tahunan

Setiap tahun kami mengadakan promosi perdagangan amal dan bekerjasama dengan badan amal tempatan dan antarabangsa. Di dalam promosi ini, bila pedagang membuat deposit, kami menokoknya sebanyak 300%, dan bila pelanggan berdagang, komisen dikumpulkan untuk didermakan kemudian. Ini adalah usaha bersama untuk membawa lebih banyak kebaikan kepada dunia. Promo ini dikenali dengan beberapa nama dan telah membantu ramai orang.

Badan-badan amal lazimnya menumpukan fokus mereka untuk membantu orang yang kurang bernasib baik mendapatkan peluang yang lebih baik dalam hidup. Kami gembira setiap tahun pelanggan anda membantu kami dalam iltizam ini.

Pada tahun 2018, para pelanggan kami telah membantu mengumpulkan lebih dari $310,000 untuk komuniti di rantau Arab dalam promo Ramadan. Pada tahun 2019, dalam promo Ramadan, kami berjaya mengumpulkan lebih dari $241,000.

Pada tahun 2020, FBS menganjurkan promosi Trade to Help di peringkat global dan membantu mengumpulkan lebih dari $434,000 untuk badan-badan amal tempatan.

Pada tahun berikutnya, 2021, promo tahunan yang besar ini dibahagikan kepada tiga untuk mengagihkan sokongan untuk pelbagai wilayah dengan lebih baik: promo Ramadan 2021 membantu mengumpulkan $136,000, promosi Songkran mengumpul $10,000, dan Bonus Amal membantu mengumpuikan lebih $67,000.

2021 – Ramadan, Songkran, dan Bonus Amal.

2021 adalah tahun di mana FBS memutuskan untuk memperluaskan lagi usaha amal kami untuk merangkumi sebanyak mungkin komuniti. Itulah sebabnya mengapa kami melancarkan tiga acara amal yang berasingan untuk pelbagai wilayah. Secara keseluruhan, lebih daripada 61,000 pedagang dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam promosi amal ini. Lebih dari $214,000 berjaya dikumpulkan secara keseluruhan, dan kami berjaya menolong ramai sekali orang.

Bonus Amal

Untuk Bonus Amal 2021 , sekitar 24,500 pelanggan dari 172 negara telah berpadu tenaga dan sumber dengan kami, dan, berkat pertolongan mereka, lebih dari $67,600 telah dikumpulkan dan disumbangkan secara tempatan.

Kami cuba memilih organisasi yang akan memberikan bantuan kepada orang yang paling memerlukannya. Wialayah yang mendapat bantuan, secara khusus terjejas kerana kemiskinan dan ketidakadilan, dan kami berharap usaha FBS dan para pelanggan kami membantu meringankan sedikit beban mereka.

FBS membantu membekalkan makanan, kit penjagaan kebersihan diri, dan persediaan penjagaan anak-anak kecil. Berikut adalah organisasi-organisasi yang menyampaikan bantuan kami kepada masyarakat yang memerlukan bantuan:

  • Colibries Foundation, Colombia (mempromosikan kepelbagaian, pemasukan, pemerkasaan, kesetaraan politik dan ekonomi masyarakat);
  • Smile Charity, India (projek kebajikan yang memfokus pada pendidikan, penjagaan kesihatan, penghidupan, dan pemerkasaan kaum hawa);
  • Aldeias Infantis SOS, Brazil (memperjuangkan hak kanak-kanak, kaum belia, dan remaja untuk hidup sebagai sebuah keluarga);
  • Palang Merah di Brazil (menyediakan tempat tinggal, makanan, dan perkhidmatan kesihatan).

Songkran

Satu lagi promo amal lain adalah promo Songkran 2021 yang bertujuan membantu dua aspek yang sangat penting di Thailand. Dinamakan sempena perayaan Tahun Baru Thailand, promo tersebut menghasilkan lebih dari $10,000 yang dikumpulkan dengan bantuan 5254 pelanggan dari 16 negara.

Di Thailand, kami secara khusus ingin membantu dua organisasi. Salah satunya adalah Yayasan Baan Nok Kamin, yang menawarkan bantuan kepada anak-anak yatim, anak-anak yang kehilangan tempat tinggal dan kurang bernasib baik, warga emas, dan orang-orang yang menderita akibat penagihan dadah.

Yang kedua ialah Chonburi Deaf School – sebuah sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran. Malangnya, sekolah ini masih ditutup kerana lockdown di negara itu, tetapi FBS bersedia untuk menghantar semua bekalan yang kami siapkan sebaik setelah kerajaan dan pihak pentadbiran sekolah mengatakan bahawa keadaan sudah selamat untuk pasukan kami, kakitangan sekolah, dan anak-anak.

Ramadan

Akhir sekali, promo Ramadan 2021 adalah edisi terbaru usaha tahunan kami untuk membantu masyarakat di wilayah Arab. Promo ini didedikasikan khas sempena sambutan bulan Ramadan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ramadan adalah bulan yang suci dalam agama Islam, dan ia berkait erat dengan kebajikan dan kemurahan hati, memandangkan bahawa zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Sudah menjadi tradisi bagi umat Islam untuk menolong orang yang memerlukan, terutamanya pada bulan Ramadhan.

Untuk membantu lebih daripada 20,000 orang di 10 negara, lebih daripada 32,000 orang pedagang telah berganding bahu untuk membantu mengumpulkan $136,000. Berikut beberapa organisasi yang telah menerima sumbangkan kami:

  • Global Peace Mission Malaysia (aktiviti sokongan dan kemanusiaan);
  • MyCare, Malaysia (menyediakan tempat tinggal sementara dan membantu membina semula kediaman);
  • Yayasan Cinta Harapan Indonesia (membantu pendidikan untuk kanak-kanak autisme);
  • Nour Fy Elbuyout, Mesir (membantu orang-orang miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan orang-orang yang bermasalah penglihatan);
  • Angela Foundation for Development and Humanitarian Response, Yaman (keselamatan makanan, pendidikan, tempat tinggal, perlindungan, pemerkasaan ekonomi, dll.);
  • Yayasan Salamina, Indonesia (institusi pemerkasaan masyarakat).

Di sini di FBS, kami percaya bahawa anda harus sentiasa berusaha untuk menolong orang lain. Kami gembira melihat pelanggan kami menyokong idea ini dan memberikan sumbangan mereka.

Bersama-sama, kami telah berjaya membantu ribuan orang di seluruh dunia, dan kami belum bersedia untuk berhenti dalam masa terdekat. Setiap impian yang dipenuhi, setiap langkah untuk memperbaiki kehidupan seseorang, mengisi segenap pelusuk hati kami dengan kegembiraan! Kami berjanji bahawa usaha amal ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang - jadi ikuti berita FBS dan jangan lewatkan acara seterusnya.

Kekal dengan FBS untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang istimewa.

Always by your side.

  • 3396

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera