1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Ed Seykota - bapa perdagangan berkomputer.
2024-06-06 • Dikemaskini

Ed Seykota - bapa perdagangan berkomputer.

Bukan lagi satu rahsia bahawa pasaran Forex telah banyak berubah sejak beberapa dekad lalu. Evolusi teknologi telah mengubah perdagangan selama-lamanya, namun tidak ramai yang tahu orang-orang di sebalik kemajuan ini. Pernahkah anda terdengar tentang Ed Seykota, seorang pedagang dengan bakat bersinar telah membawakan penyelesaian IT ke perdagangan Forex? Pulang atas modal beliau setanding dengan yang dicapai oleh Warren Buffet, George Soros atau William J. O'neil. Tidak syak lagi beliau di antara dewa perdagangan.

Edward Arthur Sekota dilahirkan pada 1946 di Belanda, tetapi sejak dari kecil telah berhijrah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat. Bapanya mencuba nasib sebagai pedagang saham dan akhirnya menjadi mentor perdagangan pertama untuk anak lelakinya.

Ed telah berdagang buat kali pertama pada umur 5 tahun di Portland, Oregon. Bapa beliau telah memberikannya pingat berwarna emas, sebuah cenderahati promosi jualan. Beliau mengurupnya dengan seorang anak jiran untuk mendapatkan lima kanta pembesar dan berasa seperti sudah melangkah ke alam dewasa. Minat beliau dalam analisis teknikal juga bermula awal. Menjelang usia sembilan tahun, bilik beliau dipenuhi dengan radio lama, perkakas ujian dan osiloskop. Ed suka menghasilkan dan memaparkan bentuk gelombang. Kemudian ketika berusia 13 tahun, bapanya menunjukkan kepada beliau bagaimana cara untuk membeli saham dan menjelaskan dia harus membeli bila harga keluar ke bahagian atas sebuah kotak, dan menjual bila ia menembusi bahagian bawahnya. Begitulah bagaimana Ed Seykota bermula.

Pada tahun 1969, beliau tamat pengajian dari MIT dengan ijazah S.B. di dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Pengurusan. Apabila beliau membaca artikel oleh juruteknik Richard Donchian, ia menjentik rasa ingin tahu beliau. Donchian menunjukkan bagaimana sistem persilangan purata bergerak ringkas 5 dan 20 hari yang dipelbagai memberikan pulangan yang boleh dibanggakan. Idea tentang mesin membuat wang mekanikal automatik mempersonakan beliau. Jadi beliau telah membeli sedikit blok masa di sebuah servis perkomputeran tempatan, menghabiskan malamnya menebuk kad dari The Wall Street Journal dan mula menghasilkan semula keputusan Donchian. Beliau telah mencuba mempelbagai set parameter dan menemui betapa kombinasi lain juga berkesan. Beliau menyedari pelicinan jangka masa lebih panjang sangat berkesan sementara kos transaksi tampak meranapkan sistem jangka lebih pendek. Begitulah bagaimana bakal sifu perdagangan mengenali analisis teknikal.

Ed Seykota memulakan karier perdagangan beliau pada dekad 1970an, bila beliau digajikan oleh sebuah firma perbrokeran. Disitulah di mana Ed membangunkan salah satu sistem perdagangan komersil untuk menguruskan wang di pasaran niaga hadapan. Ed datang ke pejabat pada hujung minggu untuk menggunakan kerangka utama perakaunan IBM 360/65, untuk menjalankan ujian. Beliau menebuk kad dan melaksanakan kerja kelompok dalam FORTRAN 4. Beliau berjaya menguji empat jenis sistem dengan 50 set parameter berbeza ke atas 8 komoditi menggunakan sejarah harga 10 tahun. Ia mengambil masa selama setengah tahun.

Akhirnya, pengurusan syarikat perbrokeran itu membuat pakej produk berpaksikan kajian beliau. Masalahnya bos beliau tidak dapat memahami sistem tersebut dan lebih berminat untuk mengubah suai sistem itu agar menghasilkan lebih banyak komisen. Ed memberitahu mereka, langkah terbaik adalah dengan membuat wang bagi pihak pelanggan. Nasihat beliau tidak laku! Bukan itu sahaja, bos beliau enggan memberikan beliau komisen 10% yang dihasilkan dari sistem tersebut. Itulah sebabnya Ed memutuskan untuk angkat kaki.

Jadi pada usia 23 tahun, Ed Seykota meninggalkan syarikat bersama dengan setengah dozen akaun bernilai sekitar $10,000 - 25,000. Pada pertengahan 1998, salah satu dari akaun pelanggan beliau – yang bermula dengan $5,000 telah meningkat 250,000 peratus. Jika kita normalkan untuk pengeluaran, akaun tersebut telah meningkat beberapa juta peratus. Ini adalah hasil yang benar-benar mengujakan. Ingat, angka ini hasil dari perdagangan lebih sedekad, jadi ia bukan nasib baik yang berpanjangan atau keganjilan.

Ed Seykota sangat mempercayai peraturan. Semua yang beliau lakukan adalah berdasarkan peraturan berdagang yang ketat yang telah beliau gariskan untuk dirinya sendiri. Itulah bagaimana beliau berjaya kekal tenang bila keadaan tidak menyebelahinya.

Lima peraturan Seykota yang dijunjung tinggi oleh beliau:

1. Potong Kerugian

Melindungi modal anda adalah tugas pertama sebagai seorang pedagang. Menghasilkan keuntungan jatuh ke nombor dua. Berdamailah dengan kerugian dalam perdagangan. Itu bererti menerima kerugian sewaktu pasaran memangkah idea perdagangan anda sebagai tidak betul.

Jika anda melakukan kesilapan mengharapkan pasaran mengubah arah mengikuti telahan anda, anda telah pun kalah. Cara terbaik untuk berdamai dengan kerugian adalah untuk mempunyai pelan. Gabungkan itu bersama dengan taruhan yang kecil-kecil dan anda akan mendahului para pedagang Forex lain sejauh beribu-ribu batu.

2. Bonceng Posisi Yang Menang

Berdagang bukanlah tentang mendapatkan kadar kemenangan 70% atau 80%. Pengakhirannya yang penting adalah berapa banyak yang anda hasilkan bila anda betul dan berapa banyak yang dirugikan bila anda salah.

Tidak wujud dua pemain pasaran yang berjaya, yang sama. Setiap dari mereka mempunyai gaya yang unik dan pendapat berlainan tentang pasaran, teknikal vs. fundamental, dan malahan dalam pengurusan risiko pun. Bagaimana pun, semua mereka berkongsi satu peraturan yang maha penting. Semua mereka memerlukan nisbah risiko melawan ganjaran yang asimetri. Itu bahasa cantik untuk mengatakan bahawa ganjaran harus jauh melebihi risiko. Dan satu-satunya cara untuk mencapai pulangan asimetri adalah dengan membonceng posisi yang menang.

3. Catu Saiz Taruhan Biar Kecil

Salah satu cara terbaik untuk mengawal emosi bila berdagang adalah untuk mencatu taruhan kepada saiz yang kecil-kecil. Jika anda risikokan amaun yang terlalu besar dalam mana-mana satu dagangan, tamak dan takut akan memburu anda.

Berspekulasilah dengan jumlah kurang dari 10% nilai bersih cair anda. Risikokan kurang dari 1% akaun spekulatif anda pada satu dagangan. Ini cenderung untuk mengekalkan turun naik dalam akaun perdagangan dalam saiz yang kecil, relatif kepada nilai bersih. Perhatikan risiko per dagangan harus kurang dari 1% baki akaun. Ini membolehkan anda menghadapi kekalahan yang berturut-turut tanpa kehilangan akaun atau kewarasan anda.

Bagaimana pun, Ed Seykota juga mentakrifkan satu peratus dari nilai bersih cair beliau. Ini termasuk tunai dan lain-lain aset yang tersedia untuk ditukarkan menjadi tunai. Seperti yang dinyatakan oleh peraturan beliau, seseorang hanya dibenarkan untuk berspekulasi (menggunakan akaun perdagangan peribadi) dengan kurang dari 10% nilai bersih cair.

Ini adalah penting kerana ia menjaga kepentingan untuk berdagang hanya dengan pendapatan boleh guna. Dalam perkataan lain, merisikokan wang yang anda tidak perlukan untuk sewa, bil utiliti, belanja dapur dan lain-lain keperluan.

4. Ikut Peraturan Tanpa Soal

Peraturan perdagangan adalah penting dan Ed Seykota menekankannya. Sama ada ia peraturan yang menggariskan berapa anda dibenarkan untuk risikokan, atau apa yang anda harus lakukan sewaktu kalah berturut-turut, peraturan berdagang adalah kritikal untuk kejayaan anda.

Kekangan ini ada di mana-mana di dalam hidup, kecuali di dalam perdagangan. Bila anda duduk untuk membuat dagangan, tiada siapa beritahu anda berapa untuk diriskokan atau sama ada hendak membeli atau menjual. Semuanya terpulang kepada anda. Inilah sebabnya peraturan adalah penting. Ia membantu anda menerapkan disiplin di dalam dunia yang tidak banyak kekangan.

5. Tahu Bila Untuk Langgar Peraturan

Ed Seykota telah menerangkan dengan cemerlang mengapa keseimbangan antara mengikuti peraturan dan melanggarnya adalah sangat penting.

Ada waktunya beliau berdagang bebas dari gaya mekanikal, ada masanya beliau mengabaikan signal untuk mengikut gerak hati yang kuat, dan kadang-kadang beliau mengalah terus. Jika dia tidak memberikan dirinya kebebasan untuk melepaskan sisi kreatifnya, ia akan terpendam dan akan meletup. Mencapai satu ekologi yang mapan mempromosikan ketahanan berdagang, yang merupakan satu kunci kejayaan. Dalam perkataan lain, naluri sering kali sama penting seperti peraturan perdagangan anda juga.

Ed Seykota tidak syak lagi salah satu pedagang paling berjaya sepanjang zaman. Beliau mungkin bukan seorang pedagang aksi harga, tetapi pelajaran yang boleh kita ambil dari beliau tiada harganya. Tidakkah anda berasa seperti ingin mencubanya secara praktis?

Berdagang sekarang!

Baca lebih lanjut

  • 6492

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera