1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. FBS: Kawalan Selia & Lesen
2023-08-09 • Dikemaskini

FBS: Kawalan Selia & Lesen

cover.png

Setiap pedagang di luar sana harus menumpukan perhatian mereka pada pelbagai perkara semasa mencari broker: instrumen kewangan yang tersedia, jenis akaun, alatan perdagangan, fi, pilihan bebas swap, saiz leveraj dan perkhidmatan lain yang diperlukan untuk perdagangan yang berjaya. Walau bagaimanapun, kriteria paling penting yang tidak dapat dipertikaikan ialah pengawalseliaan.

Kepentingan pengawalseliaan broker

Walaupun perdagangan (perdagangan Forex secara khususnya) kelihatan seperti suatu proses yang secara relatifnya ringkas dan jelas, terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh broker fraudulen untuk menipu anda sekiranya ia tidak dikawal dengan betul.

Apabila anda mula berdagang, anda pada dasarnya memberikan wang anda kepada broker, mengharapkan untuk mendapatkannya kembali pada bila-bila masa. Namun, terdapat banyak kes di mana sesetengah broker tidak memulangkan deposit pelanggan mereka, memetik syarat spesifik (dan biasanya eksploitatif) yang telah mereka kenakan kepada pelanggan mereka yang tidak menyedarinya.

Anda mungkin tertanya, 'Mengapa ada orang yang memilih untuk bekerja dengan broker yang tidak dikawal?" Ini kerana pedagang tertentu, terutamanya amatur, sering lupa untuk menyemak jika sesebuah broker itu mempunyai lesen untuk menyediakan perkhidmatan yang mereka cari. Tetapi, pada kebanyakan masa, pedagang hanya tertarik dengan tawaran broker dan terma-terma perdagangan seperti leveraj tinggi, spread yang rendah, rangkaian instrumen kewangan yang lebih luas yang tersedia untuk perdagangan, dsb. Ingin menikmati faedahnya tanpa berfikir panjang, mereka mengabaikan fakta bahawa broker tersebut tidak dikawal selia oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Kelebihan menggunakan broker yang dikawal selia

Walaupun terma-terma perdagangan yang ditawarkan oleh broker yang tidak dikawal selia kedengaran menarik dan menggoda, baca lebih lanjut tentang faedah-faedah berdagang dengan broker yang berlesen.

  1. Keselamatan. Jika sebuah broker dikawal selia, ia perlu mematuhi peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa kewangan demi melindungi dana pedagang. Sebagai contoh, jika sebuah broker yang dikawal selia gulung tikar, wang pelanggan dilindungi dan dipulangkan kepada mereka, kerana badan kawal selia berkeras untuk mengasingkan dana korporat broker dan wang pedagang.
  2. Ketelusan. Pihak berkuasa kawal selia memastikan bahawa broker-broker menepati peraturan-peraturan yang ketat semasa mengiklankan dan menyediakan perkhidmatan mereka. Dengan berbuat demikian, ia memastikan pedagang diberikan maklumat yang lengkap dan tidak dimanipulasi oleh penggunaan perkataan yang tidak jelas dan samar.
  3. Kesedaran. Broker yang berlesen mesti sentiasa menyertakan amaran tentang potensi risiko perdagangan. Mereka tidak menjanjikan keuntungan "cepat dan mudah" kerana tuntutan ini dianggap mengelirukan. Sebaliknya, ia membolehkan pedagang memahami dengan lebih baik tentang apa yang mereka bakal melibatkan diri dan menilai kemahiran dan peluang kejayaan mereka secara realistik.

Seperti yang anda lihat, broker yang dikawal selia lebih terbuka tentang apa yang sedang berlaku di sebalik tabir dunia perdagangan, yang juga boleh membantu pedagang memahami bagaimana pasaran berfungsi.

CREATIVE-2423 _1200x675_2 (2).png

FBS: lesen-lesen dan kawalan selia

Secara amnya setiap negara mempunyai undang-undang berlainan yang mengawal broker. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa agensi sah yang telah diakreditasi untuk memberi lesen kepada broker dan mengawal aktiviti mereka. Adalah penting untuk menyemak jika sebuah broker telah didaftarkan dengan mana-mana agensi ini jika anda ingin mengelakkan kejutan yang tidak diduga pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu, anda tidak perlu mencari terlalu jauh untuk broker yang sesuai kerana FBS mempunyai segalanya yang anda perlukan. FBS dikenali secara meluas sebagai broker yang dipercayai dan dihormati yang menawarkan rangkaian perkhidmatan yang luas kepada pedagang dan pelabur dalam banyak pasaran kewangan. Kami telah berdiri teguh selama lebih sepuluh tahun dan berjaya memperoleh ramai pelanggan yang terdiri daripada pedagang yang berpuas hati.

Di FBS, kami telah berusaha keras untuk mendapatkan lesen-lesen yang berbeza di beberapa bidang kuasa di seluruh dunia bagi memastikan pelanggan kami berasa selesa untuk bekerja dengan kami. Jom lihat apakah tiga lesen yang kami ada pada masa ini:

  1. FBS didaftarkan, dikawal selia dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Belize (Financial Services Commission of Belize). Belize ialah salah satu pusat perkhidmatan kewangan yang terkemuka, dengan kawal selia yang dibangunkan dengan teliti dan peraturan-peraturan ketat untuk broker yang didaftarkan di sana. Lesen dari Belize diterima pakai oleh majoriti besar rantau di seluruh dunia, terutamanya berkaitan dengan broker tukaran asing. FBS telah mengikuti dengan tekun semua peruntukan yang dibangunkan oleh Belize FSC selama beberapa tahun sekarang, memastikan keselamatan dan ketelusan semua perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.
  2. FBS juga dikawal selia dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (Cyprus Securities and Exchange Commission), salah sebuah agensi perkhidmatan kewangan yang paling bereputasi tinggi di Kesatuan Eropah, dengan kawal selia yang kukuh dan peraturan yang ketat bagi broker yang didaftarkan di sana. Lesen-lesen CySEC mematuhi undang-undang pengharmonian kewangan MiFID Eropah, yang mengawal perkhidmatan pelaburan yang disediakan oleh broker di EU. FBS telah menepati semua peraturan yang dikuatkuasakan oleh CySEC selama beberapa tahun sekarang, menyediakan keselamatan dan memastikan ketelusan semua operasi kami.
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di Australia, FBS juga memastikan mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Australian Securities and Investments Commission). ASIC ialah pengawal selia korporat kebangsaan Australia yang menyelia perniagaan yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan terlibat dalam aktiviti kredit serta mengawal selia pasaran kewangan. Seperti yang dijangka, FBs memastikan bahawa semua peraturan dan kawal selia yang ditetapkan oleh ASIC dipatuhi, memastikan keselamatan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan Australia.

Seperti yang boleh dilihat, FBS diluluskan dan dilesenkan oleh agensi-agensi yang terkemuka. Ini bermaksud dana anda selamat dan dilindungi daripada fraud dan anda boleh bergantung pada FBS untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik di dunia.

Kesimpulan

Pengawalseliaan adalah perkara yang penting untuk dipertimbangkan semasa memilih sebuah broker. Kini anda tahu mengapa ia sangat penting, anda boleh membuat keputusan yang lebih termaklum. Dan memandangkan anda sudah tahu bahawa FBS mempunyai salah satu lesen yang terbaik di dunia, anda tidak perlu lagi mencari di tempat lain. FBS akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk anda!

  • 663

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera