1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Nama Julukan Pasangan Matawang Forex
2023-06-26 • Dikemaskini

Nama Julukan Pasangan Matawang Forex

cover.png

Dunia Forex sememangnya penuh dengan terminologi yang kompleks, dan pasangan matawang juga tidak terkecuali. Walaupun pedagang sudah mengenali nama pasangan matawang standard, terdapat banyak nama julukan rahsia yang telah digunakan dalam industri ini sejak bertahun lamanya. Nama julukan ini mempunyai asal usulnya yang tersendiri dalam konteks yang berbeza, contohnya seperti acara bersejarah, simbol kebangsaan atau malah merujuk pada haiwan tertentu.

Artikel ini akan meneroka kisah di sebalik nama julukan beberapa pasangan matawang paling popular di dunia. 

Nama julukan rahsia pasangan matawang yang semua orang patut tahu

EURUSD

Euro – Dolar AS

Fiber

USDJPY

Euro – Yen Jepun

Gopher

GBPUSD

Pound British – Dolar AS

Cable

USDCHF

Dolar US – Franc Swiss

Swissie

AUDUSD

Dolar Australia – Dolar AS

Aussie

USDCAD

Dolar AS – Dolar Kanada

Loonie

NZDUSD

Dolar New Zealand – Dolar AS

Kiwi

EURGBP

Euro – Pound British

Chunnel

GBPJPY

Pound British – Yen Jepun

Guppy

EURJPY

Euro – Yen Jepun

Euppy

USDRUB

Dolar US – Rubel Rusia

Barnie

EURRUB

Euro – Rubel Rusia

Betty

1927-01.png

EURUSD – Fiber

Pasangan EURUSD adalah pasangan matawang yang paling banyak didagangkan di dunia. Ia mewakili zon Euro dan Amerika Syarikat. Nama julukan ‘Fiber’ mempunyai dua kisah legenda di sebaliknya. Ada yang mengatakan bahawa nama julukan ini digunakan kerana wang kertas euro diperbuat daripada serat kapas asli, yang menjadikannya lebih tahan lama. Legenda lain pula menyebut bahawa ‘Fiber’ datang daripada penggunaan meluas kabel gentian optik untuk penghantaran maklumat berkaitan kadar pertukaran euro dan dolar AS.

Fakta menarik:

Dolar AS juga dikenali sebagai ‘greenback’ kerana warna hijau yang unik pada helaian wang kertasnya pada tahun 1861.

USDJPY – Gopher

Nama julukan ‘Gopher’ untuk pasangan matawang ini merujuk pada pasukan sukan Universiti Minnesota, yang dipanggil ‘Golden Gophers.’ Nama itu diberikan kepada pasangan matawang ini kerana korelasi yang tinggi antara kadar pertukaran USDJPY dan prestasi ekonomi Minnesota.

GBPUSD – Cable

Nama julukan pasangan matawang ini mula muncul pada abad ke-19 apabila kadar pertukaran dihantar melalui kabel yang merentasi dasar Lautan Atlantik. Kabel transatlantik pertama telah dipasang pada tahun 1858, membolehkan komunikasi masa nyata antara London dan New York. Kabel ini membenarkan kadar pertukaran dihantar serta-merta, dan pedagang boleh bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan dalam pasaran. Nama ‘Cable’ ini telah melekat dan masih digunakan sehingga kini.

USDCHF – Swissie

‘Swissie’ ialah nama julukan untuk franc Swiss, matawang rasmi Switzerland. Istilah ini pertama kali digunakan pada abad ke-19 untuk merujuk kepada franc Swiss. Kemudian, nama julukan ini digunakan untuk pasangan matawang USDCHF.

Fakta menarik:

Dolar AS juga kadangkala dipanggil ‘buck.’ Nama julukan ini berasal dari masa di mana orang pribumi Amerika menggunakan kulit rusa untuk berdagang. Rusa jantan ini dipanggil buck.

AUDUSD – Aussie

‘Aussie’ ialah singkatan untuk ‘Australia.’ Istilah ini menjadi popular pada tahun 1960-an dan 1970-an apabila orang Australia mula mengembara lebih banyak, dan budaya serta gaya hidup negara itu semakin dikenali di seluruh dunia. Hari ini, pedagang memanggil pasangan AUDUSD dengan nama ‘Aussie.’

USDCAD – Loonie

Pada awalnya, nama julukan ‘loonie’ digunakan apabila merujuk pada dolar Kanada, matawang rasmi Kanada. Nama julukan ini berasal daripada imej loon (sejenis itik) pada syiling satu dolar Kanada. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1987 sebagai pengganti nota wang satu dolar. Reka bentuk tersendiri syiling itu dengan cepat menjadi popular dalam kalangan orang Kanada, dan kini, ‘loonie’ juga menjadi nama julukan untuk pasangan USDCAD.

NZDUSD – Kiwi

Nama julukan NZDUSD merujuk pada burung kebangsaan New Zealand – iaitu burung kiwi. Burung tersebut adalah simbol hidupan liar unik negara New Zealand. Sebab itulah ia dicetak pada syiling satu dolar negara itu. Ia kecil, berwarna coklat, berbulu dan tidak boleh terbang, sama seperti buah kiwi.

EURGBP – Chunnel

Terdapat Selat Inggeris yang memisahkan Britain dan Perancis. Untuk menghubungkan pulau itu dengan tanah besar Eropah, mereka membina terowong dalam air yang berfungsi sebagai koridor. Sebab itulah, pasangan matawang EURGBP mendapat namanya julukannya yang diilhamkan daripada Terusan Selat Inggeris (English Channel Tunnel).

EURJPY – Euppy

Nama julukan ‘Euppy’ berasal daripada penggabungan huruf pertama EUR dan huruf terakhir JPY. Ia disebut sebagai ‘yuppy,’ istilah slanga yang dipopularkan pada tahun 1980-an bagi menggambarkan profesional yang muda, berjaya dan mewah. 

GBPJPY – Guppy

Begitu juga dengan pasangan sebelumnya, GBPJPY mendapat nama julukannya dengan menggabungkan huruf pertama GBP dan huruf terakhir JPY. Bunyinya seperti perkataan ‘guppy,’ iaitu sejenis ikan air tawar yang kecil dan berwarna-warni.

Fakta menarik:

GBP, atau pound sterling, ialah matawang rasmi United Kingdom of Great Britain. Ia adalah matawang tertua yang masih digunakan hari ini. Perkataan ‘sterling’ berasal daripada perkataan Norman Kuno Perancis ‘esterlin,’ yang bermaksud ‘bintang kecil.’ Pada asalnya, perkataan ini merujuk kepada sen perak (silver penny) yang diperkenalkan di England oleh Raja Henry II pada abad ke-12.

USDRUB – Barnie, EURRUB – Betty

Rubel Rusia menggantikan rubel Soviet pada tahun 1992. Yang menariknya, Ruble juga adalah nama akhir Barnie dan Betty, iaitu jiran keluarga Flintstones. Kartun ini popular sekitar tahun 90-an, semasa Kesatuan Soviet runtuh, dan Rusia menjadi negara yang berasingan.

Kesimpulan

Walaupun memahami nama julukan ini menyeronokkan dan memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan pedagang, adalah penting untuk mengutamakan komunikasi yang jelas dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan. Pedagang harus sentiasa maklum dan berwaspada semasa memperdagangkan semua pasangan matawang ini, tanpa mengira apa pun nama julukan yang digunakan.

Secara keseluruhannya, mengetahui sejarah dan budaya negara asal suatu pasangan matawang boleh memberikan gambaran tentang ciri dan tingkah laku pasangan tersebut dalam pasaran. Untuk mengetahui lebih banyak istilah perdagangan, lihat artikel kami Terminologi Perdagangan: 20+ Perkataan Slanga Yang Paling Digunakan oleh Pedagang.

  • 2535

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera