1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Ramalan Pasaran Forex pada tahun 2024
2024-03-04 • Dikemaskini

Ramalan Pasaran Forex pada tahun 2024

Cover.png

2024 sudah tiba. Pasukan penganalisis pasaran FBS sudah bersedia untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pasaran untuk 12 bulan yang seterusnya, termasuk analisis pasaran saham, ramalan pasaran logam, dan prospek forex.

Maklumat di bawah akan membantu anda membina strategi yang berkesan untuk berdagang Forex, saham, dan logam dengan FBS.

Analisis Pasaran Saham 2024

Fokus untuk pasaran saham pada tahun ini adalah keputusan dan tindakan Fed. Yang paling utama adalah sama ada Fed akan berjaya memandu ekonomi AS mencapai soft landing. Sebelum ini, data menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan tetapi stabil; namun, bagaimana keputusan-keputusan utama Fed dan kesannya terhadap kadar akan menentukan pasaran saham pada tahun 2024 masih belum dapat dilihat.

IMG1.png

Carta XAUUSD (atas); Carta kadar utama (bawah).

Menurut data baru-baru ini, kebanyakan penganalisis percaya bahawa soft landing boleh dicapai melalui pemotongan kadar. Walaupun ramalan untuk pasaran saham S&P 500 (US500) pada tahun 2024 berbeza-beza, ramalan konsensus melihat akan ada kenaikan ke paras 5500, iaitu pertumbuhan 8% hingga 9%.

IMG 2.png

Carta US 500 menunjukkan konsensus jangkaan.

Ramalan pasaran logam 2024

Jangkaan untuk pasaran logam 2024 pula bergantung pada persekitaran geopolitik dan tindakan Rizab Persekutuan. Hari ini Fed melonggarkan dasarnya. Hal tersebut jika dipertimbangkan bersekali dengan risiko geopolitik semasa, menunjukkan kebarangkalian harga komoditi akan naik pada tahun ini. Berdasarkan maklumat ini, prospek bagi kebanyakan logam asas kelihatan seimbang.

IMG 3.png

Carta mingguan XAUUSD.

Melihat emas dengan lebih dekat, disokong jangkaan penurunan kadar Rizab Persekutuan pada tahun 2024, ia mencapai rekod tertinggi pada tahun 2023 dan mencapai paras rintangan yang kuat di 2070.00.

Permintaan global untuk logam berharga berkemungkinan akan berterusan dalam masa terdekat. Minat jangka panjang terhadap aset selamat dan prospek kadar faedah AS akan terus menyokong emas, dengan harga kekal berada di atas paras $2,000 pada tahun 2024.

IMG4.png

Carta di atas menunjukkan XAUUSD, di bawah adalah hasil bon Perbendaharaan AS.

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi harga emas ialah bon Perbendaharaan AS. Oleh itu, memerhatikan dengan teliti bagaimana hasil bon berubah adalah penting. Ketika hasil bon meningkat dengan ketara, permintaan untuk emas boleh merosot. Sebaliknya, kemerosotan hasil Perbendaharaan boleh mengurangkan minat terhadap aset tersebut, menarik lebih banyak perhatian kepada emas dan mendorong harga emas naik.

Ramalan pasaran Forex 2024

Ramalan Forex tahun ini membayangkan pengukuhan trend bearish USD. Ini juga penting untuk suku kedua bersabit jangkaan penurunan kadar jangka pendek di AS.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, EUR dan GBP mungkin akan menguat tetapi masih terdedah kepada risiko genangan (stagnation) di zon euro dan kemungkinan penurunan kadar faedah yang lebih awal oleh Bank Pusat Eropah dan Bank of England. Franc Switzerland seharusnya terus stabil berbanding Euro, mencerminkan kecenderungan Bank Negara Switzerland melebihkan fokus kepada kestabilan.

Kesenjangan antara dasar-dasar monetari bank pusat mendorong minat dalam strategi carry-trade, petanda kemeruapan akan meningkat semula, yang akan dilihat sebagai faktor utama dalam strategi kewangan tahun 2024.

IMG 7 (ms).png

Prospek kadar faedah mengikut negara.

Carry trade adalah strategi pelaburan di mana pelabur meminjam dana dalam matawang yang kadar faedahnya rendah dan melaburkannya dalam aset yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi. Ini, sebagai contoh, menjelaskan mengapa pelabur di Jepun memiliki sejumlah besar hutang AS, berusaha untuk mendapat manfaat daripada perbezaan kadar faedah dan menjana pendapatan tambahan.

Rangkuman

2024 akan menjadi satu tempoh yang penuh dengan cabaran dan peluang untuk pasaran kewangan. Ramalan pasaran saham memberi tumpuan kepada keputusan Fed dan kesannya terhadap ekonomi AS, dengan pertumbuhan yang perlahan tetapi stabil dijangkakan. Strategi carry-trade serta prospek AI menjadi semakin relevan dalam bidang pelaburan.

Fundamental-fundamental yang menggalakkan menerangi spektrum komoditi, tetapi ketidakpastian global menuntut optimisme yang berhati-hati. Prospek matawang menunjukkan trend bearish semakin kuat untuk dolar, yang menimbulkan cabaran bagi matawang-matawang lain. Dinamik pasaran global yang tegang menyerlahkan pentingnya fleksibiliti dan inovasi dalam strategi pedagang, menjadikan tahun 2024 sebagai masa untuk perubahan dan peluang.

Anda juga boleh memanfaatkan dinamik pasaran dengan FBS. Sertai kami dan tingkatkan pendapatan anda dengan memperdagangkan instrumen terhangat di dunia.

Soalan Lazim

Bolehkah Forex diramalkan?

Ramalan FX yang baik memerlukan pertimbangan banyak faktor, seperti kemungkinan pengetatan atau pelonggaran dasar monetari oleh bank pusat pelbagai negara, peristiwa geopolitik, dan indikator ekonomi. Analisis teknikal untuk aset yang dipertimbangkan juga penting.

Walau bagaimanapun, signal dan trend tertentu boleh memberikan gambaran besar tentang apa yang sedang berlaku dan mempengaruhi keputusan pengawal selia makro. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa ramalan sedemikian sentiasa membawa risiko yang tinggi apabila berdagang adalah penting.

Apakah prospek untuk USD?

Dengan inflasi yang memperlahan dan konsensu bahawa ekonomi A.S. tidak berada dalam ancaman kemelesetan, pegawai Fed semakin kerap membayangkan kemungkinan mereka akan melonggarkan dasar monetari dan menurunkan kadar faedah, yang boleh melemahkan matawang AS.

Apakah masa depan untuk Forex?

Perkembangan AI mengubah perdagangan Forex dengan ketara, mentakrifkan semula pendekatan dalam industri. AI digunakan dalam analisis prediktif, di mana pembelajaran mesin digunakan untuk menganalisis sejumlah besar data dengan cepat dan mengenal pasti trend di pasaran. Ini membolehkan pedagang membuat keputusan dengan lebih berkesan berdasarkan data masa nyata dan data silam.

Salah satu aspek utama penggunaan AI dalam pasaran Forex adalah ramalan berdasarkan analisis sentimen. Algoritma AI menilai data subjektif daripada pelbagai sumber, seperti berita dan media sosial, untuk menentukan sentimen keseluruhan pedagang. Ini memberikan maklumat berharga tentang pergerakan pasaran yang mungkin, membolehkan pedagang menyesuaikan strategi mereka. Tetapi di sebalik manfaatnya, perdagangan berasaskan AI datang dengan risiko yang perlu dipertimbangkan.

  • 2084

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera