1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Untuk Mengelakkan Overtrading
2023-05-29 • Dikemaskini

Cara Untuk Mengelakkan Overtrading

cover.png

Dalam Forex, apabila pedagang mula membeli dan menjual matawang dengan berlebihan serta tidak menghiraukan strategi mereka, ini bermakna mereka sudah overtrading atau berdagang secara berlebihan. Overtrading sangat bahaya kerana ia kerap terjadi apabila pedagang terperangkap dalam emosi mereka dan tidak boleh membuat keputusan dengan rasional. Ia sangat berbahaya kepada pedagang amatur yang masih belum mengetahui had atau batasan mereka.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang sebab utama di sebalik keadaan ini, tanda-tandanya dan bahaya overtrading dalam Forex serta cara untuk menghalangnya daripada terjadi.

Poin-poin utama

  • Overtrading adalah kesilapan yang pedagang lakukan apabila mereka terus berdagang walaupun setelah mereka mencapai batasan keupayaan mereka, kebiasaannya selepas mereka rugi berturut-turut.
  • Overtrading berbahaya kerana pedagang cenderung untuk menggandakan kerugian mereka dan menambah kos transaksi, ini boleh mengosongkan akaun mereka.
  • Pedagang boleh mengelakkan overtrading dengan membuat perancangan strategi perdagangan yang tegas, membangunkan strategi pengurusan risiko, serta tidak berdagang dengan mengikut perasaan.

Apa itu overtrading dalam Forex?

Overtrading biasanya berlaku apabila pedagang Forex menjadi tertekan selepas mengalami kerugian secara berturut-turut. Mereka akan cuba untuk menggantikan kerugian mereka dengan membuka lebih banyak posisi, setiap satunya dengan saiz urusniaga yang lebih besar daripada sebelumnya. 

Tindakan ini dilakukan kerana mereka ingin mencapai sasaran keuntungan mereka semula. Tetapi keterujaan mereka untuk membuka posisi dengan sebanyak mungkin bagi meningkatkan peluang kejayaan, sebenarnya membuatkan mereka sukar untuk mengambil keputusan yang rasional dan seterusnya mengakibatkan perdagangan mereka mengalami kerugian.

Apakah tanda-tanda overtrading?

Terdapat beberapa tanda-tanda overtrading yang tipikal dan ia perlu diketahui oleh para pedagang.

  • Membuka lebih banyak urusniaga daripada biasa. Setiap pedagang mempunyai gaya dan matlamat perdagangan yang berbeza. Namun, jika kebiasaannya dalam suatu tempoh perdagangan anda berakhir dengan menutup sebanyak kira-kira 30 urusniaga tetapi tiba-tiba anda tersedar yang anda telah menutup sehingga 100 urusniaga, dalam situasi ini sahih anda sudah overtrading.
  • Berasa kesal. Jika anda sudah menutup urusniaga yang rugi dan berasa kesal kerana telah membukanya, ini bermaksud anda mungkin sudah overtrading dan sedang cuba untuk menebus kembali kerugian anda yang sebelumnya.
  • Sentiasa memerhatikan pergerakan pasaran. Anda mungkin perasan yang anda sentiasa merenung carta, anda berfikir anda melihat ada beberapa peluang dan berasa teruja untuk mencuba dan mengambil kesempatan ke atas kesemua peluang tersebut. Tetapi, pasaran tidak sentiasa bergerak mengikut jangkaan kita. Jadi, walaupun sesuatu itu nampak seperti peluang yang baik, terus memanfaatkannya tanpa kajian yang mendalam bukanlah tindakan yang bijak.
  • Terpesong dari strategi anda. Strategi memang perlu ditukar apabila situasi pasaran memerlukannya. Tetapi ia bukanlah perkara yang baik jika ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan lebih keuntungan. Mengabaikan rancangan awal anda demi keputusan yang spontan adalah salah satu kesilapan terbesar yang boleh dilakukan oleh pedagang.

CREATIVE-779-2-1.png

Bahaya Overtrading

Overtrading adalah kesilapan yang sangat merbahaya, terutamanya untuk pedagang baharu yang masih belum membangunkan pelan dan strategi yang tersusun.

Apabila pedagang cuba untuk berdagang yang terlalu banyak posisi sekaligus sambil memantau pasaran, perhatian mereka akan terganggu dan mereka akan terlepas saat-saat penting di mana mereka sepatutnya menutup posisi mereka, ini akan mengakibatkan mereka mengalami kerugian.

Dan ini berbahaya terutamanya bagi pedagang yang menggunakan leveraj yang tinggi kerana ia boleh memburukkan lagi kerugian mereka dan juga mengosongkan akaun mereka sepenuhnya.

Tambahan pula, apabila anda melakukan banyak urusniaga, anda juga perlu membayar spread dan komisen. Kos ini juga akan bertambah-tambah dan boleh melebihi jumlah keuntungan yang boleh anda raih akibat dari overtrading.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan overtrading?

Sekarang, apabila kita sudah mengetahui betapa bahayanya overtading, sudah tiba masanya untuk kita ketahui cara untuk mengelakkannya dari berlaku.

Sediakan pelan perdagangan

Perkara paling asas yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan overtrading ialah dengan merangka pelan perdagangan. Tanpa pelan perdagangan, ia adalah mustahil untuk memantau urusniaga anda. Pelan ini perlu lengkap dengan peraturan masuk dan keluar perdagangan, berapa bilangan urusniaga maksimum yang boleh anda laksanakan dalam jangka masa tertentu, dan langkah-langkah pencegahan risiko. Tetapi jangan pula anda gunakan sasaran keuntungan dan bukannya pelan perdagangan, jika tidak anda sebenarnya sedang mempersiapkan diri untuk gagal.

Bangunkan strategi pengurusan risiko yang baik

Tiada pedagang yang boleh berjaya tanpa pelan pengurusan risiko yang baik. Pengurusan risiko termasuklah peraturan dan garis panduan yang anda buat untuk meminimumkan kerugian anda daripada urusniaga yang tidak berjaya. Ini boleh dilakukan dengan mengira jumlah wang yang anda tidak kisah terhangus jika berlaku kerugian dan nisbah risiko-ganjaran anda, menetapkan sasaran harga untuk urusniaga anda, dan meletakkan pesanan stop dan limit.

Gunakan alat perdagangan untuk mengisih perdagangan yang berpotensi

Terdapat banyak alat dan program urusniaga (contohnya, purata bergerak atau moving average) yang boleh mengenal pasti urusniaga terbaik untuk strategi urusniaga semasa anda. Menggunakannya boleh membantu anda menyingkirkan peluang yang tidak selaras dengan pelan perdagangan anda dan menghalang anda daripada hilang tumpuan serta beralih ke overtrading.

Ambil sedikit masa untuk bertenang

Ramai pedagang mula overtrading untuk menebus kembali urusniaga mereka yang tidak berjaya, tindakan ini hanya menambah kepada kerugian mereka yang sedia ada. Jadi, jika anda rasa anda mula diselubungi oleh emosi dan mula tidak berfikiran secara rasional, adalah lebih baik jika anda berehat bagi mengambil sedikit masa untuk bertenang. Dalam perdagangan, kejayaan adalah kitaran, dan selepas beberapa ketika anda pasti akan kembali ke landasan yang betul. Berhenti pada masa yang betul boleh menjimatkan banyak tenaga dan wang.

Jangan cuba untuk mengawal pasaran

Ramai pedagang yang tersilap apabila berfikir yang mereka boleh mengawal pergerakan pasaran. Tetapi ini adalah tidak benar. Kadangkala, pergerakan pasaran boleh diramalkan, tetapi dalam kebanyakkan situasi ia tidak dapat diramalkan secara tepat. Tidak kira berapa banyak urusniaga yang anda buka, ia tidak menambah kemungkinan dan peluang anda untuk mendapatkan keuntungan. Lebih cepat anda menerima kenyataan ini, adalah lebih baik untuk anda elakkan daripada overtrading.

Overtrading dalam Forex: Ringkasan

Overtrading adalah salah satu daripada kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh pedagang forex. Ia berlaku kerana pedagang kurang berdisiplin serta tidak memahami selok-belok bagaimana pasaran berfungsi. Bagi mengelakkan overtrading, pedagang seharusnya kekal fokus pada urusniaga semasa mereka, mempunyai pelan perdagangan, dan menerima bahawa kerugian adalah sebahagian daripada adat berdagang.

  • 1296

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera