1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Memasang MetaTrader 5 di macOS
2024-06-04 • Dikemaskini

Cara Memasang MetaTrader 5 di macOS

MT_MacOS_cover.png

Pedagang moden mempunyai beberapa pilihan platform perdagangan: web, mudah alih atau desktop. Namun, ramai daripada mereka lebih suka menggunakan platform di komputer mereka. Memandangkan macOS memiliki nuansanya yang tersendiri, mungkin cara memasang MetaTrader 5 ke dalam sistem tersebut tidak begitu jelas bagi kebanyakan dari kita. Jadi mari kita lihat apa yang perlu anda lakukan.

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat beberapa cara untuk memasang MetaTrader 5 di macOS. Mujurlah, mereka sentiasa menaik taraf sistem, menjadikan proses pemasangan lebih mudah. Mari kita lihat cara yang paling mudah.

Pasang MT5 dalam beberapa klik

MetaTrader 5 sama seperti aplikasi yang lain. Itulah sebabnya cara pemasangan adalah sama, dan mungkin anda pernah melakukannya sebelum ini.

  1. Pergi ke bahagian Platform Perdagangan di laman web FBS. Di situ anda akan menemui fail MT5 yang anda perlukan.
  2. Klik butang "Muat turun". Fail DMG akan dimuat turun secara automatik.2.jpg
  3. Klik dua kali pada fail yang telah anda muat turun untuk membukanya.3.jpg
  4. Seret ikon MetaTrader 5 ke folder Applications.4.jpg
  5. Tunggu sehingga ia dipasang dan muncul di bar Applications.5.jpg
  6. Anda sudah bersedia untuk menggunakan MetaTrader 5.

Sebelum anda mula berdagang, anda mungkin perlu melaras suai platform dengan keperluan anda.

Is tidak berfungsi. Mengapa?

Jika anda menggunakan macOS Catalina atau versi OS yang lebih lama, anda mungkin menghadapi masalah semasa memasang MetaTrader 5. Sistem yang lebih lama tidak boleh mengesahkan syarikat yang membangunkan perisian dan tidak membenarkan pemasangan aplikasi. Jangan risau; ada penyelesaian yang sangat mudah.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda hanya perlu membuka fail DMG yang telah anda muat turun bukan dengan mengklik dua kali padanya tetapi melalui menu konteks. Ia biasanya membantu menyelesaikan perkara itu dan seterusnya memasang MetaTrader 5 di macOS.

Bersedia untuk berdagang

Selepas selesai memasang MetaTrader 5 di macOS, anda boleh log masuk menggunakan akaun FBS anda dan mula berdagang. Jika anda belum mempunyai akaun lagi, inilah masa untuk membukanya! Anda boleh mendaftar di sini, di Laman Peribadi anda. Kami mempunyai pelbagai akaun, jadi semua orang pasti akan menemui sesuatu yang menepati selera mereka.

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda meneruskan perjalanan menuju kemuncak perdagangan. Dan ingat bahawa anda sentiasa boleh mencuba FBS Trader, platform mudah alih untuk berdagang.

Baca lebih lanjut

  • 2690

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera