1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Membina Pelan Perdagangan Matawang Kripto
2023-06-23 • Dikemaskini

Cara Membina Pelan Perdagangan Matawang Kripto

cover.png

Hari demi hari, semakin ramai pedagang yang turut serta dalam perdagangan matawang kripto. Perkara ini tidak menghairankan memandangkan pasaran matawang kripto telah berkembang pesat selama lebih sedekad. Pedagang melihat banyak potensi pendapatan dalam matawang kripto, dan itulah sebabnya pasaran ini sangat popular kini.

Walau bagaimanapun, selama bertahun-tahun, matawang kripto telah mendapat reputasi sebagai salah satu instrumen kewangan yang paling berisiko untuk melabur. Ramai pedagang telah mengalami kerugian dalam pasaran kripto. Akan tetapi, walaupun kerugian mereka boleh dikaitkan dengan kemeruapan yang wujud dalam matawang kripto, perlu dinyatakan bahawa ramai pedagang gagal membuat persiapan untuk berdagang matawang kripto atau berpegang pada pelan perdagangan mereka.

Pelan perdagangan adalah elemen yang penting bagi kejayaan seorang pedagang. Tanpanya, adalah mustahil untuk mencapai keuntungan jangka panjang. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui sebab mengapa pelan perdagangan matawang kripto penting dan cara membuat pelan perdagangan anda sendiri.

Memahami kepentingan pelan perdagangan matawang kripto

Sebelum mendalami kepentingan pelan perdagangan dalam perdagangan matawang kripto, mari kita tafsirkan apa itu pelan perdagangan. Pelan perdagangan ialah satu set peraturan yang disusun oleh pedagang untuk mencapai keuntungan perdagangan yang maksimum. Pelan perdagangan mendaftarkan maklumat penting tentang urusniaga perdagangan pada masa hadapan, seperti masa, volum, sasaran keuntungan, dan sebagainya. Setiap pedagang mencipta pelan perdagangan unik yang memenuhi matlamat kewangan, sumber, gaya yang dipilih dan tahap kecekapan mereka.

Bila bercakap tentang perdagangan matawang kripto, dengan adanya pelan perdagangan, ia seringkali menjadi satu-satunya perkara yang mengelakkan anda daripada kerugian yang menerpa. Walaupun matawang kripto mampu menggoda para pedagang dengan ganjaran yang tinggi, instrumen kewangan ini sangat meruap. Oleh itu, perdagangan tanpa pelan yang difikirkan dengan baik mungkin akan membawa kepada akibat yang serius.

Membuat pelan perdagangan juga boleh membantu anda membangunkan dan berpegang pada suatu disiplin perdagangan, yang amat penting bila berdagang dalam pasaran yang mempunyai tekanan tinggi seperti pasaran matawang kripto. Pelan perdagangan boleh membimbing anda apabila anda berasa hilang arah atau terlalu beremosi untuk membuat keputusan yang rasional dan membolehkan anda menjejaki dan menganalisis perdagangan anda sebelum ini sebagai rujukan pada masa hadapan.

Sekarang anda telah mengetahui mengapa pelan perdagangan matawang kripto adalah penting, tiba masanya untuk mempelajari cara membuatnya.

1991-01.png

Langkah 1: menentukan matlamat dan objektif perdagangan anda

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk membuat pelan perdagangan matawang kripto ialah menentukan matlamat anda. Langkah ini mungkin dianggap tidak perlu bagi sesetengah pedagang, tetapi pedagang yang tidak berpengalaman sering mengabaikannya sama sekali dan tergesa-gesa untuk mendapatkan wang secepat mungkin. Tetapi tanpa objektif yang jelas, adalah sukar untuk menentukan bila masanya untuk menutup posisi dagangan, yang menyebabkan mereka terlepas peluang keluar yang baik.

Jadi sebelum anda mula membuat pelan perdagangan, fikirkan tentang perkara yang anda ingin perolehi daripada perdagangan. Adakah anda ingin tertumpu pada dagangan jangka panjang dengan hasil yang lebih tinggi? Atau adakah anda sebaliknya akan komited pada perdagangan intrahari dengan bayaran yang lebih rendah tetapi lebih kerap? Adakah anda lebih suka instrumen kewangan yang berisiko rendah, atau adakah anda bersedia untuk menanggung risiko yang lebih tinggi? Apakah jangkaan keuntungan mingguan, bulanan dan tahunan anda?

Semua persoalan ini memerlukan pertimbangan yang teliti kerana keseluruhan pelan perdagangan anda bergantung pada jawapan-jawapan anda.

Langkah 2: gunakan analisis fundamental dan teknikal

Perdagangan hanya boleh dilakukan dengan menganalisis pasaran untuk peluang-peluang perdagangan yang berpotensi. Terdapat pelbagai sumber, alatan dan indikator yang berbeza yang boleh membantu anda memperolehi maklumat penting tentang keadaan pasaran semasa. Semua itu tidak perlu digunakan secara serentak, tetapi anda perlu mengetahui prinsip-prinsip umum analisis fundamental dan teknikal.

Analisis fundamental mengkaji faktor-faktor asas yang mempengaruhi pergerakan pasaran. Bagi perdagangan kripto, faktor ini termasuklah metrik blockchain, jumlah kripto yang ditagankan, kadar hash, dan sebagainya. Dengan menganalisis maklumat ini, anda boleh menentukan nilai matawang kripto, mengetahui sama ada ia dinilai rendah atau terlebih nilai, dan memutuskan sama ada anda ingin memperdagangkannya.

Manakala berkaitan dengan analisis teknikal ia melibatkan kajian aksi harga semasa melalui carta harga dan membandingkannya dengan data sejarah pasaran. Salah satu prinsip asas analisis teknikal ialah sejarah sentiasa berulang. Jadi, berdasarkan rekod terkumpul bagi pergerakan harga terdahulu, anda boleh membuat ramalan tentang pergerakan pasaran.

Terdapat pelbagai jenis indikator berdasarkan analisis teknikal yang mengukur beberapa parameter berbeza: indikator volum, indikator trend, indikator momentum, indikator sokongan/rintangan dan sebagainya. Anda perlu tahu cara menggunakan indikator-indikator ini untuk mengumpulkan data yang komprehensif untuk pelan perdagangan anda.

Langkah 3: memilih matawang kripto untuk berdagang dan menentukan saiz posisi

Sebaik sahaja anda memahami cara menggunakan analisis fundamental dan teknikal, anda boleh memilih matawang kripto yang anda ingin dagangkan. Terdapat dua perkara utama yang perlu anda pertimbangkan apabila ia melibatkan perdagangan matawang kripto:

  1. Trend pasaran. Keutamaan anda mengenai arah pergerakan harga menentukan aset yang patut anda dagangkan. Adakah anda lebih suka menjadi bull atau bear? Dan jangan lupakan kekuatan trend. Sama ada trend tersebut kuat atau lemah, akan berterusan atau menyongsang, ia penting untuk dipertimbangkan semasa membuat pelan perdagangan.
  2. Kemeruapan. Matawang kripto cukup terkenal dengan kemeruapannya. Mengetahui sama ada matawang kripto sangat meruap boleh membantu anda memahami dengan lebih baik peluang kejayaan anda jika anda memperdagangkannya.

Selepas anda membuat keputusan, anda perlu menentukan saiz perdagangan anda. Salah satu kesilapan yang boleh dilakukan oleh pedagang pemula ialah merisikokan keseluruhan akaun mereka dalam satu transaksi. Itulah sebabnya penting untuk menentukan saiz posisi terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda lebih cenderung untuk melawan keinginan untuk membuka posisi besar dan meningkatkan risiko.

Langkah 4: menetapkan poin masuk dan keluar

Langkah logik yang seterusnya ialah mengira poin masuk dan keluar bagi perdagangan matawang kripto anda. Di sinilah kemahiran analisis teknikal anda akan berguna kerana anda perlu mengkaji carta harga untuk mencari peluang. Tetapi sebelum membuat keputusan untuk memasuki suatu posisi, anda perlu memastikan ada jalan keluar. Tanpa memikirkan tentang calon-calon titik keluar, sukar untuk mengetahui bila hendak berhenti.

Jika anda melihat peluang untuk membuka urusniaga, cari aras untuk meletakkan sasaran keuntungan. Anda boleh memilih aras harga yang berakhir dengan nombor bulat (seperti $90) atau tetapkan dengan peratusan nombor bulat (seperti +10%). Perkara yang paling penting untuk diingat ialah untuk kekal rasional. Jika anda menetapkan poin keluar anda terlalu tinggi, anda berisiko untuk tidak pernah mencapainya dan terlepas peluang lain.

Bagi poin masuk, anda perlu mencari signal masuk pada carta. Jika anda menemuinya dan melihat kemungkinan untuk keluar, anda akhirnya boleh membuka posisi. Tetapi jangan letakkan terlalu banyak sekatan atau peraturan untuk poin-poin masuk anda kerana ini boleh menjauhkan anda daripada peluang-peluang perdagangan yang baik.

Langkah 5: membangunkan strategi pengurusan risiko

Boleh dikatakan bahawa bahagian yang paling kritikal dalam mana-mana pelan perdagangan adalah membangunkan strategi pengurusan risiko. Memandangkan sifat matawang kripto yang meruap, pelan pengurusan risiko yang teliti selalu menjadi intipati kejayaan.

Dalam pengurusan risiko, anda perlu menentukan modal perdagangan anda terlebih dahulu. Berapa banyak dana anda yang anda sanggup risikokan? Secara amnya, anda akan mendengar nasihat untuk tidak mengambil risiko lebih dari 5% daripada modal anda pada satu perdagangan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan perdagangan kripto.

Seterusnya adalah tentang meletakkan pesanan renti rugi. Pesanan ini boleh menutup posisi anda sebaik sahaja harga mencapai aras tertentu. Oleh sebab itu, walaupun anda tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada perdagangan anda, anda juga tidak akan mengalami banyak kerugian kerana pesanan renti rugi menghadkan jumlah kerugian yang berpotensi. Gunakan pesanan ambil untung atau pesanan limit semasa merancang poin keluar anda juga boleh membantu, kerana pesanan ini menutup perdagangan anda secara automatik.

Langkah 6: melaksanakan dan memantau pelan perdagangan anda

Selepas anda menyelesaikan persiapan awal, maka tiba masanya untuk melaksanakan pelan perdagangan anda. Pada mulanya, adalah lebih baik untuk mengujinya pada urusniaga-urusniaga yang kecil untuk melihat sama ada ia berfungsi dalam perdagangan yang sebenar. Jika anda tidak menghadapi masalah, anda boleh menggunakannya untuk perdagangan yang lebih besar.

Dengan pelan perdagangan, adalah penting untuk mematuhi peraturan yang anda telah tetapkan untuk diri sendiri. Perdagangan matawang kripto banyak tekanannya, dan ia selalunya sukar untuk kekal tenang apabila berhadapan dengan pasaran yang meruap. Pelan perdagangan boleh menjadi pengukuh anda dan membantu anda untuk menumpukan pada matlamat anda dalam situasi ini. Tetapi itu hanya jika anda mengikutinya tanpa membenarkan emosi mengalihkan perhatian anda.

Perkara lain yang perlu diingat ialah walaupun anda membuat pesanan perdagangan untuk menutup posisi anda secara automatik, ia masih penting untuk memantau dagangan dan pelan perdagangan anda. Perdagangan kripto adalah meruap, dan lonjakan harga boleh menjadi agak melampau dan memintas pesanan anda tanpa mencetuskannya. Oleh itu, anda perlu memantau dagangan anda untuk memastikan semuanya berjalan mengikut pelan.

Langkah 7: menilai dan menyesuaikan pelan anda mengikut keperluan

Tidak ada yang 100% sempurna di dunia ini. Anda mungkin mendapati pelan perdagangan anda pada awalnya tidak begitu memuaskan hati. Anda sentiasa boleh mengubah suai atau abaikan ia sepenuhnya dan membuat pelan yang baharu. Pilihan ada di tangan anda, dan satu-satunya perkara yang anda perlu risau ialah sama ada pelan perdagangan anda membawa keuntungan kepada anda. Menyimpan rekod perdagangan anda ialah cara terbaik untuk menganalisis kecekapan pelan anda. Selagi anda berusaha untuk menambah baik dan terus mengembangkan kemahiran anda, anda mempunyai peluang yang besar untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Kesimpulan: faedah dan manfaat pelan perdagangan matawang kripto yang komprehensif

Perdagangan matawang kripto boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi tetapi juga menyebabkan anda berhutang jika anda tidak berhati-hati dengan dagangan anda. Dengan pelan perdagangan matawang kripto, ia boleh membantu anda meningkatkan kemahiran perdagangan anda, belajar cara membuat keputusan yang termaklum, memastikan perdagangan anda teratur dan keuntungan anda stabil, dan mengajar anda cara menangani pergerakan pasaran yang tidak menentu. Jangan bertangguh membuat pelan perdagangan jika anda ingin memanfaatkan setiap peluang perdagangan yang anda lihat.

  • 993

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera