1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Berdagang Logam Berharga
2023-05-16 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Berdagang Logam Berharga

CREATIVE-818_Precious_Metals_1200x675_cover.png

Saham bertumbuh disebabkan oleh peningkatan keuntungan syarikat. Untuk kripto, ia biasanya disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan bekalan dan permintaan. Matawang-matawang bergerak apabila negara-negara menyelesaikan beberapa isu dan mencipta isu-isu yang lain. Antara aset-aset ini, terdapat beberapa logam yang terkesan oleh semua perkara tersebut, dan beberapa perkara lain. Artikel baru kami ini adalah tentang perdagangan logam berharga, kebaikan, keburukan, tips dan panduan!

Dalam beberapa minit yang akan menghiburkan ini, kami akan mendedahkan faktor-faktor fundamental yang mempengaruhi harga logam berharga. Anda akan belajar bila masanya untuk membeli emas dan mengapa kadangkala perak lebih baik. Apakah perbezaan antara ketidaktentuan ekonomi dan kemelesetan serta adakah kenaikan kadar menjejaskan emas? Semua jawapan ada di sini!

Poin-poin utama

  1. Logam berharga adalah komoditi yang jarang ditemui dan bernilai tinggi yang digunakan untuk membuat barang kemas, pembuatan dan pelaburan. Ini termasuk emas, perak, platinum, dan paladium.
  2. Logam asas, juga dikenali sebagai logam industri, biasanya digunakan sebagai bahan-bahan mentah dalam pengeluaran pelbagai jenis barangan dan produk. Ia tidak sebernilai dan senadir logam berharga.
  3. Harga logam berharga bergantung pada bekalan dan permintaan, termasuk ketidaktentuan ekonomi, keluaran industri dan peristiwa-peristiwa makroekonomi.
  4. Emas adalah salah satu aset yang paling popular dan bernilai di dunia serta berkorelasi negatif dengan dolar AS.
  5. Platinum dan paladium kedua-duanya kritikal untuk industri pembuatan kereta dan cenderung untuk merosot lebih rendah apabila permintaan global kereta berkurangan.

Apakah jenis-jenis logam yang ada?

Secara umumnya, logam boleh dibahagikan kepada dua kategori: logam berharga dan logam asas. Ia berbeza berdasarkan pelbagai faktor, termasuk ketahanan terhadap kakisan, kenadiran dan penggunaan-penggunaannya. Antara logam-logam berharga ialah emas, perak, platinum, dan paladium. Logam-logam asas diwakili oleh tembaga, zink, plumbum, nikel dan lain-lain.

Apakah itu logam berharga?

Logam berharga adalah elemen-elemen nadir yang wujud secara semulajadi yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana kenadirannya dan mempunyai sifat-sifat fizikal dan kimia yang unik. Ia termasuk emas, perak, platinum, dan paladium, yang digunakan secara meluas sebagai pelaburan, matawang serta dalam pelbagai industri kerana persepsi terhadap nilai dan kestabilannya.

Logam berharga tidak teroksida dan tidak terdedah kepada kakisan, ia kelihatan berkilat dan kebanyakannya telah digunakan sebagai wang sejak zaman dahulu lagi. Dengan FBS, anda boleh dagangkan setiap logam berharga yang terkenal.

Apakah itu logam asas?

Logam asas, juga dikenali sebagai logam industri, biasanya digunakan sebagai bahan-bahan mentah dalam pengeluaran pelbagai jenis barangan dan produk. Ia termasuk tembaga, aluminium, nikel, plumbum dan zink, serta ia kurang berharga dan kurang nadir berbanding logam berharga.

Logam-logam ini digunakan secara meluas kerana kosnya yang rendah dan ketersediaan yang luas. Namun begitu, ia mempunyai pengaruh yang hebat terhadap ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, Indonesia memiliki 22% rizab nikel dunia, yang menjadikan negara tersebut lebih berkuasa dari segi ekonomi berbanding sebelum nikel ditemui di sana.

Apakah logam-logam berharga yang boleh didagangkan?

Dengan FBS, anda boleh dagangkan keempat-empat logam dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak pasangan perdagangan untuk semua keperluan anda. Jadi, anda boleh mencari logam berharga yang sesuai untuk didagangkan pada bila-bila masa.

Emas

Siapa yang tidak suka berdagang emas? Setakat ini, ia adalah salah satu aset yang paling popular di dunia, serta yang paling bernilai dengan permodalan lebih daripada $12 trilion. Biasanya, emas dan USD mempunyai korelasi negatif. Ia bermakna logam tersebut bergerak menurun apabila dolar meningkat, dan sebaliknya. Dengan penggunaannya sebagai matawang sebelum ini, emas kini boleh didapati dalam cip-cip jutaan peranti.

Anda boleh memilih daripada pelbagai pasangan emas, daripada XAUUSD klasik (emas vs. dolar AS) sehinggalah alternatif seperti XAUEUR, XAUGBP atau XAUAUD.

Perak

Ia adalah logam putih yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam pelbagai industri, termasuk elektronik, barang kemas dan duit syiling. Perak didagangkan secara meluas di pelbagai bursa dan popular di kalangan pelabur kerana harganya yang agak rendah dan kemeruapan yang lebih tinggi berbanding emas.

Perak sering dianggap kurang bernilai kerana ia bertumbuh lebih perlahan berbanding emas. Faktor-faktor seperti permintaan industri dan peristiwa-peristiwa makroekonomi mempengaruhi harganya.

Platinum

Platinum adalah logam nadir dan berharga yang digunakan dalam pelbagai aplikasi, termasuk barang kemas dan pengubah mangkin (catalytic converter) yang menyumbang 50% daripada permintaan dan membantu syarikat-syarikat agar kurang mengeluarkan asap toksik ke udara. Ia adalah salah satu logam paling nadir di bumi dan sering didagangkan pada poin harga yang lebih tinggi berbanding logam-logam berharga yang lain.

Paladium

Ia sangat lazim digunakan dalam industri-industri automotif dan elektronik. Logam putih keperakan yang berkilat ini berasal dari lombong-lombong yang terletak di Amerika Syarikat, Rusia, Afrika Selatan dan Kanada. Ia 30 kali lebih nadir berbanding emas dan banyak digunakan dalam pengeluaran tenaga hijau.

Biasanya, harga paladium paling terkesan oleh industri automotif kerana, seperti platinum, logam ini digunakan dalam pengubah mangkin (catalytic converter).

Apakah yang mempengaruhi harga logam berharga?

Secara asasnya, setiap harga aset bergantung pada bekalan dan permintaan. Jika ada mana-mana negara menemui deposit platinum yang besar, harga mungkin menurun kerana pasaran mula mengambil kira peningkatan bekalan dalam menentukan harga. Sebaliknya, kemelesetan global mungkin menurunkan permintaan untuk kereta dan pengubah mangkin, yang mewujudkan tekanan harga pada harga platinum dan harga paladium. Berikut adalah perkara-perkara lain yang mendorong harga:

Ketidaktentuan ekonomi

Untuk lebih memahami dinamik logam pada masa-masa krisis, adalah baik untuk mengetahui bahawa USD bergerak melawan emas. Apabila USD naik, emas akan jatuh, dan begitu juga sebaliknya. Perak adalah versi emas yang lebih meruap.

{81CE2C72-958C-4191-AAB8-B09708EDD3A0}.png.jpg

Korelasi emas dan. Kadar Dana Fed

Platinum dan paladium kedua-duanya kritikal untuk industri pembuatan kereta, oleh itu, ia cenderung untuk merosot lebih rendah apabila permintaan global untuk kereta berkurangan.

Keluaran industri

Ia adalah keluaran pertubuhan-pertubuhan perindustrian dan meliputi sektor-sektor seperti perlombongan, pembuatan, elektrik, gas, stim dan penyaman udara. Secara ringkasnya, lebih banyak keluaran perindustrian lebih baik.

Keluaran yang lebih besar tidak selalunya bermakna permintaan yang lebih besar bagi barangan. Walau bagaimanapun, apabila kedua-dua perkara ini bergabung, harga hampir setiap kalinya meningkat. Namun, pengeluaran yang lebih besar (lantaran kos pengeluaran yang lebih murah) boleh menyebabkan lambakan di pasaran, menjadikan permintaan lebih lemah, dan mendorong harga yang lebih rendah. Emas tidak terlalu banyak terjejas oleh perubahan pengeluaran industri kerana ia lebih banyak digunakan sebagai simpanan nilai. Emas yang digunakan dalam cip tidaklah begitu banyak.

Paladium dan platinum berada di bawah pengaruh yang lebih berat, kerana kedua-duanya biasanya digunakan untuk pengeluaran barangan.

Kekuatan dolar

Kenapakah USD menaik? Ini adalah kerana apabila Fed menaikkan kadar, duit menjadi lebih mahal. Secara ringkasnya, kadar-kadar faedah yang lebih tinggi meningkatkan hasil deposit dan faedah pinjaman. Oleh itu, orang ramai dan syarikat-syarikat memperlahankan perbelanjaan dan cuba menjimatkan lebih banyak duit untuk masa hadapan. Ekonomi memperlahan, dan matawang menjadi lebih mahal, meningkat berbanding matawang-matawang yang lain. Kesemua ini mewujudkan tekanan harga untuk emas, yang menjadikannya lebih rendah apabila Fed melawan inflasi.

Berikut adalah bagaimana ia berfungsi:

  1.  Hasil perbendaharaan AS meningkat → permintaan USD meningkat → USD naik.
  2. Apabila USD meningkat, emas (XAU) menjunam (ini telah ada sejak zaman Piawai Emas dan terus kekal selepas itu).
  3. Bekalan emas tidak meningkat sepantas permintaan. Selain itu, inflasi tidak mencecah sifar, yang menjadikan USD lebih lemah mengikut peredaran masa. 
  4.  Oleh itu, walaupun emas jatuh selama bertahun-tahun, ia akan terus meningkat dalam jangka masa yang panjang.

Bagi logam-logam yang lain, situasinya agak berbeza. Platinum dan paladium tidak begitu terjejas oleh USD, jadi pergerakannya didorong oleh faktor-faktor yang lain.

Kadar faedah

Berikut ialah satu contoh yang boleh membantu anda memahaminya dengan cepat.  2 November, 2022: Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas, mewujudkan trend menaik yang besar bagi USD. Emas merosot 4000 mata dalam beberapa jam seterusnya.

Apabila Fed hawkish, ia menolak harga USD ke atas dan menjadikan emas lebih lemah. Perak biasanya memulakan rali apabila Fed mengekalkan kadar faedah hampir sifar, menjadikannya agak sama dengan emas.

{0EE18F1D-C013-4523-8C4D-C5CDD02FF0D1}.png.jpg

Korelasi perak dan Kadar Dana Fed

Bagi paladium dan platinum, logam-logam ini tidak begitu terjejas, tetapi turun naik ekonomi secara keseluruhan masih memberi kesan kepadanya.

Pelonggaran kuantitatif

Jika kita ingin ungkapkan semula “Pelonggaran kuantitatif ” kita akan dapat “Cetakan wang”. Fed mengeluarkan lebih banyak wang dalam pasaran, lantas syarikat-syarikat lebih mudah untuk mendapatkan modal. Sebaliknya, dasar monetari ini mempercepatkan inflasi.

Logam berharga melonjak apabila permintaannya meningkat. Selain itu, ia cenderung untuk menyukai inflasi dan naik apabila harga meningkat. Emas dan perak adalah peminat inflasi yang sebenar, manakala platinum dan paladium lebih merupakan logam berharga untuk keluaran perindustrian. Pelonggaran kuantitatif memberikan kesan yang bullish pada semua pasaran yang berisiko, termasuk saham, matawang kripto dan logam.

{71747DB0-2DBA-4E0F-953E-BE81A59CB301}.png.jpg

US Monetary Supply M0. Emas naik 41% apabila mesin pencetak mula berfungsi pada tahun 2023.

Kesimpulan tentang pemerdagangan logam berharga

Kami telah memberitahu anda hampir semua yang anda perlu tahu tentang perdagangan logam berharga. Sekarang, anda mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga logam berharga termasuk ketidaktentuan ekonomi, keluaran industri, pergerakan USD, kadar faedah dan dasar monetari dovish.

Logam berharga menawarkan peluang perdagangan yang unik bagi mereka yang mencari jenis-jenis aksi harga tertentu. Dengan memahami sebab-sebab di sebalik kenaikan dan penurunan logam, para pedagang boleh membuat keputusan yang bermaklumat tentang pergerakan masa hadapannya.

Tukarkan pengetahuan kepada kejayaan dengan FBS dengan membuka akaun dan dagangkan setiap logam berharga yang dikupas dalam artikel ini. Anda juga boleh memilih pasangan alternatif bagi emas dan perak seperti XAUGBP (emas-paun British) dan XAGEUR (perak-euro).  Kami berharap artikel ini bermanfaat dan informatif. Terima kasih!

  • 2611

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera