1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Turun Naik Harga di Pasaran: Tips Penting Untuk Perdagangan Di Pasaran Yang Aktif
2024-06-10 • Dikemaskini

Turun Naik Harga di Pasaran: Tips Penting Untuk Perdagangan Di Pasaran Yang Aktif

1.png

Mitos - kerawakan

Pernahkah anda merenung alam semulajadi? Banyak perkara, seperti trajektori gerakan lebah, nampak seolah-olah rawak. Pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak begitu – tidak ada apa-apa dalam alam semulajadi yang rawak. Ia nampak rawak hanya kerana anda tidak tahu sebab-sebab yang mendorong objek ini dan itu dalam arah yang tertentu. Biasanya, otak kita tidak dapat memahami bila terlalu banyak perkara berlaku serentak – sama seperti di pasaran.

Bila anda lihat carta, terutamanya di rangka masa kecil – gerakan harga juga tampak rawak dan mustahil diramalkan. Sungguh pun begitu, ada sebab-sebab yang mendorong dolar, euro, pound, dan matawang atau komoditi lain bergerak sebagaimana yang anda lihat.

Masalahnya, carta yang anda lihat di terminal perdagangan memberikan maklumat yang terhad. Jika anda kaji pasangan yang dipilih dengan menyeluruh, anda perlu mengetahui beberapa perkara:

  • Bilangan dan nilai urusniaga pada satu-satu masa.
  • Bagaimana dinamik berkenaan berubah dari masa ke semasa.
  • Jenis pedagang yang bagaimana yang terlibat dalam perdagangan, dan apakah pelaburan mereka.
  • Intensiti perdagangan di setiap instrumen.

Sekiranya anda mengetahui perkara-perkara tersebut, anda akan berupaya memahami dan meramalkan ke mana arah tuju harga dengan lebih baik kerana anda dapat melihat mekanisme yang mendorongnya. Bagaimana pun, MetaTrader tidak menunjukkan itu semua. Jadi apa yang harus dilakukan?

Realiti – reaksi

Para pedagang yang terlibat di pasaran boleh diibaratkan umpama roda gear: ada jutaan roda gear yang berputar mendorong mekanisme pasaran lebih jauh dan menaikkan harga dalam arah gerakan yang berbeza. Walau bagaimanapun, para pedagang sebenarnya bertindak balas - mereka tidak membuat keputusan secara rawak bila dan apa yang hendak dibeli atau dijual. Mereka adalah rangkai yang kedua di dalam rantaian peristiwa yang mendahului rangkai yang terakhir – harga. Justeru, jika anda boleh melihat rangkai kedua ini, anda akan boleh menilai impuls yang mendorong gerakan harga. Namun, jika tidak boleh – yang mana anda tidak boleh lakukan dengan MetaTrader – maka anda pergi selangkah ke belakang dalam rantaian peristiwa berkenaan – ke rangkai yang pertama. Berita.

Inilah yang terjadi: para pedagang bangun pagi di seluruh dunia, menghirup kopi mereka, membaca berita, dan berdasarkan berita tersebut, membuka urusniaga baru dan melaras urusniaga sedia ada. Kesannya, apa yang anda perlu lakukan adalah menonton berita, bukannya memerhati pedagang-pedagang lain. Dengan cara ini, anda dapat mentahkik hubungan langsung di antara peristiwa di dunia nyata (fundamental) dan dunia pasaran (harga).

Jadi pertama sekali, anda ikuti berita. Petuanya di sini: berita baik mendorong matawang yang berkaitan naik, berita buruk – turun.

Kedua, anda tandakan aras-aras teknikal: nombor bundar dan aras rintangan atau sokongan yang jelas sangat signifikan dalam psikologi massa para pedagang – dan bilangan mereka berjuta-juta kesemuanya. Ini tidaklah bermakna aras rintangan 1.0000 itu sendiri berupaya menekan harga ke bawah, tetapi jika harga benar-benar melanggarnya beberapa kali dan melantun semula, ini menjadi aras yang signifikan di masa seterusnya, walaupun faktor fundamental lebih menginginkan harga terus bergerak melewatinya. Ia juga tidak semestinya harus nombor yang genap atau bulat – sebarang aras mampu menjadi rintangan atau sokongan. Jadi gunakan akal yang munasabah: jika anda lihat harga melantun dari aras tertentu lebih dari sekali, pasti ada sesuatu di aras tersebut. Tandakannya, dan pertimbangkannya.

Ketiga, trend. Fundamental adalah fundamental, kerana ia bersifat "secara fundamental" (mendasar, asasi), bukan sesuatu yang seketika. Sentimen pasaran boleh berubah, tetapi ia tidak lebih dari sekadar ayunan turun naik sekitar suatu trend. Trend-trend ini terbentuk lantaran dari tindakan bank-bank pusat dan kerajaan. Bila mendengarkan bahawa kadar faedah dinaikkan atau dikurangkan di sesuatu negara, yang mempengaruhi pasaran lebih dari sekadar emosi. Ia suatu proses yang objektif seperti peningkatan atau pengurangan bekalan tunai, aktiviti pembelian, simpanan, kredit – semua itu adalah fundamental yang membentuk ekonomi.

Badan-badan korporat, bank, dan pihak berkuasa mentadbir perkara-perkara fundamental tersebut. Secara tidak langsung, mereka menentukan permintaan dan bekalan matawang. Inilah yang membentuk trend. Hukum inersia untuk matawang: suatu pasangan matawang itu akan meneruskan trend yang besar selagi mana suasana fundamental yang mendorong trend itu kekal tidak berubah. Jadi jangan hilang arah dengan sentimen pasaran – seperti mana anda tidak harus hilang arah semata-mata kerana sentimen orang lain. Dengan manusia – kita perhatikan tindakan mereka. Dengan harga – kita perhatikan tindakan pemain-pemain besar ekonomi dunia. Mereka membentuk trend, anda mengesan trend tersebut, menandakannya, mengekstrapola, mencerapnya untuk sekian waktu, dan kemudian anda ambil kesempatan darinya.

Keempat, ia memerlukan masa. Mengetahui bahawa pasaran tidak rawak itu sendiri tidak memberikan kita apa-apa perkakas untuk berdagang. Ia hanya menyisihkan ketakutan fundamental yang membutakan anda. Apabila ia sudah diketepikan – anda boleh terus berdagang dengan tenang. Berbulan-bulan akan berlalu sebelum anda berasa selesa berinteraksi dengan pasaran – apa lagi cara yang anda boleh bayangkan untuk membuat keuntungan di dalam sesuatu yang terbentuk dari jutaan manusia? Namun, santai-santai sahaja. Ia bukan rawak, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Kesungguhan dan masa – letakkan kedua-duanya di dalam pengajian anda, dan anda akan berjaya.

Baca lebih lanjut

  • 4066

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera