1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Normal Baharu – Realiti Para Pedagang
2023-04-03 • Dikemaskini

Normal Baharu – Realiti Para Pedagang

new normal-01.jpg

Semasa Aldous Huxley menulis dystopia terkenalnya, dia tidak tahu bahawa 90 tahun dari waktu novelnya diterbitkan, akan ada banyak persamaan dalam masyarakat sebenar dengan dunia yang digambarkannya. Virus berkenaan membawa banyak perubahan pada aspek-aspek kehidupan: ekonomi, perindustrian, prosedur, dan lain-lain. Walaupun perubahan ini semakin menarik perbincangan media, istilah-istilah baru mula tercipta — seperti "Dunia Baru 2.0". Dengan mengetepikan aspek sosial dan aspek-aspek lain yang lebih luas, mari kita lihat apakah yang dibawakan oleh realiti baru ini untuk para pedagang.

new normal-02.jpg

Dunia Baharu

Seperti yang dicerap oleh ramai pemerhati, salah satu akibat utama wabak virus adalah pelebaran jurang kekayaan antara ekonomi yang kuat dan ekonomi yang lemah. Ini cukup logik: ekonomi yang lasak dan kuat dapat bertahan dengan lebih baik, pulih lebih cepat, menawan semula apa yang ia hilang dan menaklukkan lebih banyak, sementara ekonomi di seberang spektrum terpukul dengan lebih parah, pulih lebih perlahan, dan tidak dapat mengikuti rentak ekonomi maju. Bagi matawang, ini bererti matawang utama akan menjadi lebih kuat berbanding dengan matawang yang lebih lemah. Maksudnya, didorong oleh kesenjangan ekonomi yang lebih buruk, kebanyakan pasangan eksotik seperti USD/BRL, USD/TRY, EUR/TRY, USD/ZAR akan semakin cenderung ke arah trend bullish jangka panjang yang disokong dengan kemeruapan yang lebih tinggi.

new normal-03.jpg

Dunia Lama

Bagi setiap hari yang berlalu, pasti ada kesan rekahan yang baharu pada wajah Kesatuan Eropah. Perpecahan semakin kuat di benua lama tersebut, dan kita tidak boleh menyalahkan negara-negara Eropah yang kaya jika mereka enggan membayar untuk rakan-rakan mereka yang muflis di seberang sempadan, apatah lagi bila negara-negara yang muflis tersebut enggan bekerjasama di bawah naungan Kesatuan. Apabila masing-masing mula bertindak mengikut kepala angin sendiri, euro akan ranap. Setidak-tidaknya, ia pasti tidak akan menjadi lebih kuat. Ambil keadaan ini sebagai satu panduan strategik bila memperdagangkan matawang Eropah.

new normalл-04.jpg

Di puncak piramid

Ekonomi Amerika terjejas teruk, ini realitinya. 10% populasinya menganggur, pengeluaran lebih rendah, pemulihan lebih perlahan, mood berhati-hati, aktiviti ekonomi yang lebih senyap, inflasi yang lebih rendah, pelaburan yang lebih lemah — semua ini akan membuatkan pemulihan ekonomi AS ke kapasiti penuh untuk tempoh 12-24 bulan yang akan datang seperti berjalan di dalam paya. Walaupun begitu, dolar AS akan kekal sebagai matawang terkuat di dunia, yang tiada saingannya. Malah, ia akan secara sepihak menjadi lebih kuat kerana Kesatuan Eropah — yang secara kolektif merupakan satu-satunya saingan untuk kuasa ekonomi AS — semakin terganggu akibat perpecahan dalaman yang menggoyahkan kestabilan kesatuan itu dan menjadikannya satu isu. Inilah sebabnya mengapa, secara strategik, USD akan dilihat sebagai satu-satunya tonggak kestabilan di pasaran Forex.

new normal-05.jpg

Pulau

Sejak dari pembubaran Empayar British 100 tahun yang lalu, Inggeris telah menikmati status kuasa ekonomi yang terpisah, kuat, dan unik, dengan GBP mampu disaingi hanya oleh USD dan EUR. Itu juga mungkin akan berhadapan dengan beberapa persoalan sepanjang tahun 2020 kerana Brexit masih jauh dari "berjaya diselesaikan" manakala tarikh akhirnya pula hampir tiba. Pada masa yang sama, fundamental ekonomi UK masih jauh dari selesa. Itu menandakan bahawa kemeruapan akan meningkat untuk GBP sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2020.

new normal-06.jpg

Emas hitam

Kejatuhan harga minyak tidak dijangka kerana kelembapan ekonomi akibat wabak yang meredam permintaan berlaku di luar jangkaan. Pada masa yang sama, sebahagiannya adalah kesan langsung dari tindakan Arab Saudi dan Rusia, dan kegagalan AS untuk bertindak. Namun sekarang, kerana semua negara berminat untuk melihat harga minyak yang lebih tinggi, limpahan bekalan minyak akan hilang, dan harganya sedang naik kembali. Sekiranya tidak ada halangan geostrategik seperti ketegangan AS-China, ia akan berlaku sepanjang tahun. Oleh kerana minyak diramal akhirnya akan mencapai sekitar $50-60, aras harga ini boleh digunakan sebagai sasaran "terjamin" yang boleh dikejar oleh emas hitam sepanjang beberapa bulan mendatang. Oleh itu, bulls minyak boleh menjadikannya sebagai satu peluang yang unik.

Emas putih

Semasa krisis ini, logam kegemaran manusia membuktikan dua perkara. Pertama, kadang-kadang ia bertindak dengan cara yang sangat tidak memadai sehubungan dengan berita yang keluar. Maksudnya, ia tidak boleh diandalkan dalam jangka masa pendek. Kedua, ia masih mengikuti impuls strategik seperti ketidakpastian pelabur — dan sejak dari bulan Februari, tahun 2020 pasti dicalonkan sebagai "Tahun Yang Serba Tidakpasti". Itulah sebabnya pemain jangka panjang boleh bertaruh bahawa emas akan meningkat mencapai $1,800 dan malah lebih jauh lagi.

Baca lebih lanjut

  • 3404

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera