1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Komponen Yang Paling Kerap Terlepas Pandang Dalam Perdagangan
2023-12-29 • Dikemaskini

Komponen Yang Paling Kerap Terlepas Pandang Dalam Perdagangan

Cover.png

Perdagangan dalam pasaran kewangan adalah sesuatu proses yang kompleks dan mencabar. Ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang pelbagai komponen yang berbeza. Walaupun pedagang seringkali tertumpu pada indikator, analisis teknikal, trend pasaran, pengurusan portfolio, dsb. untuk melakukan dagangan yang menguntungkan, satu komponen perdagangan yang penting sering dilupakan – masa.

Bagaimana untuk meningkatkan keputusan perdagangan anda

Masa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan suatu urusniaga. Pedagang yang hendak meningkatkan keputusan mereka harus memberi tumpuan pada masa sebagai faktor yang paling kritikal.

Masa yang terbaik untuk berdagang

Masa yang terbaik untuk berdagang adalah semasa tempoh aktiviti pasaran tertentu. Tempoh dari 9:30 hingga 10:30 (Eastern Time) biasanya waktu yang terbaik untuk perdagangan, kerana ia menawarkan pergerakan besar dalam jangka masa yang pendek. Kemeruapan dan volum berkurang sekitar jam 11:30 (Eastern Time), bilamana tengah hari adalah tenang kerana para pedagang menantikan pengumuman berita yang selanjutnya. Dari jam 15:00 hingga 16:00 (Waktu Eastern) kemeruapan dan volum akan bertambah semula. Semasa waktu ini, pedagang seringkali menutup posisi atau cuba menyertai rali hujung hari.

Hari terbaik dalam seminggu untuk berdagang

Walaupun terdapat sedikit bukti yang menyokong kesan terhadap keseluruhan pasaran, sesetengah pedagang percaya dalam "kesan hari Isnin" atau "kesan hujung minggu", yang menerangkan kemerosotan pada hari Isnin berikutan berita hujung minggu yang kurang positif. Menjual pada hari Jumaat merupakan langkah strategik untuk mengelakkan kemungkinan kerugian daripada kemerosotan hari Isnin.

Bulan terbaik untuk berdagang

Awal tahun baru dan bulan musim panas adalah masa terbaik untuk berdagang. "Kesan Januari" adalah bila pedagang kembali ke pasaran pada permulaan tahun yang seterusnya menaikkan harga. September dan Oktober mengikut data silam digemari untuk urusniaga jualan disebabkan oleh pulangan September yang lemah dan kejatuhan pasaran Oktober.

Gunakan renti rugi yang lebih luas dan berhenti daripada mengacau dagangan anda

Renti rugi yang lebih luas bermaksud bahawa ambilan untung juga harus ditetapkan lebih jauh. Ini adalah perlu untuk mengekalkan nisbah risiko-ganjaran pada tahap yang mencukupi. Adalah dinasihatkan untuk tidak menetapkan renti rugi terlalu hampir, terutamanya jika anda menetapkanna pada masa yang tidak bermakna. Menetapkan renti rugi berhampiran titik masuk hanya disyorkan dengan alasan yang kukuh.

Pada masa yang sama, ia juga munasabah untuk menetapkan renti rugi lebih jauh jika terdapat alasan yang bagus untuk melakukan demikian. Sebagai contoh, renti rugi yang lebih luas adalah bermanfaat apabila aras harga yang penting terletak di situ. Kes seperti ini menunjukkan bahawa dengan meluaskan jarak renti rugi peluang untuk menukarkan urusniaga rugi kepada urusniaga untung adalah lebih tinggi.

IMG 2.png

IMG 3 (1).png

Kesabaran dan disiplin: Adakah anda mengamalkannya?

Realitinya adalah bahawa banyak dagangan yang berjaya mengambil masa yang lebih lama untuk berlaku daripada yang dijangkakan pada mulanya. Pertembungan antara kehendak kami dan trajektori pasaran adalah punca kekecewaan yang biasa. Untuk menguasai perdagangan forex atau mana-mana pasaran kewangan, adalah penting untuk mengiktiraf dan mengusahakan kesabaran kita.

Pada zaman bilamana ramai inginkan perkara berlaku dengan segera, ia mungkin sukar untuk menahan diri dan kekal fokus. Walau bagaimanapun, kesabaran dan disiplin adalah sifat-sifat yang mentransformasikan dagangan yang dilaksanakan dengan mcekap kepada pulangan yang besar.

Komponen pelan perdagangan: Sistem ganjaran & hukuman

Satu lagi komponen penting dalam perdagangan ialah sistem ganjaran dan hukuman yang ditetapkan dengan baik. Sistem ini bertindak sebagai sauh psikologi, mengukuhkan tabiat yang baik dan mencegahkan tindakan yang merugikan.

Pedagang boleh memuji diri mereka selepas mengambil tindakan tertentu:

  • menetapkan pesanan renti rugi dan ambilan untung sebaik sahaja membuka dagangan,
  • mengikuti strategi perdagangan mereka,
  • menyemak semula setiap keadaan sebelum membuka dagangan,
  • berhenti berdagang apabila emosi mengawal diri,
  • berdagang hanya semasa waktu yang ditetapkan.

Sebaliknya, pedagang juga boleh memarahi diri sendiri kerana tindakan berikut:

  • pengurusan risiko yang teruk,
  • berdagang secara berlebihan dan menjadi terlalu beremosi,
  • mengikuti signal orang lain secara membuta tuli tanpa pemikiran kritikal,
  • berdagang pada waktu yang tidak wajar.

Pedagang yang sentiasa menepati pelan perdagangan mereka, mengamalkan kesabaran, dan melaksanakan pengurusan wang berdagangan yang berkesan lebih cenderung mengalami kejayaan pasaran yang berterusan. Sistem ganjaran dan hukuman adalah peringatan tentang akibat membuat keputusan yang terlalu selamat dan terlalu cuai.

Kesimpulan

Masa tidak harus menjadi pertimbangan terakhir tetapi bahagian penting dalam perdagangan. Membeli atau menjual memerlukan ruang dan masa untuk berjaya, dan tergesa-gesa untuk mendapatkan keuntungan boleh membawa kepada kerugian yang tidak perlu. Pertimbangkan masa bukan sebagai satu kekangan tetapi komponen perdagangan yang penting dan sekutu yang berkuasa, apabila dimanfaatkan dengan betul, ia boleh meningkatkan keputusan perdagangan anda secara ketara. Kejayaan dalam perdagangan memerlukan pendekatan yang strategik dan bijak. Terima peranan masa, amalkan kesabaran, dan elakkan perdagangan berlebihan.

Soalan Lazim

Apakah bahagian yang paling penting dalam sistem perdagangan?

Berikut adalah beberapa elemen utama sistem perdagangan prestasi tinggi:

  • Tentukan instrumen yang akan didagangkan dan elakkan daripada beralih antara pasaran secara rawak.
  • Tentukan saiz posisi dan risiko maksimum setiap dagangan anda.
  • Gunakan aras sokongan dan rintangan untuk menetapkan pesanan renti rugi dan ambilan untung.
  • Rancang titik keluar dan pertimbangkan bila untuk memindahkan renti rugi anda untuk ke titik pulang modal.
  • Jejak prestasi perdagangan anda dan semak sistem anda dengan melaksanakan perubahan atau peningkatan yang diperlukan.

Apakah salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh pedagang?

Berikut adalah beberapa kesilapan yang lazim:

  • Jangkaan yang tidak realistik
  • Berdagang tanpa pelan perdagangan
  • Kegagalan untuk menghentikan kerugian
  • Nisbah risiko/ganjaran yang rendah
  • Takut terlepas (FOMO)
  • Tidak mempelbagaikan portfolio

Apakah sebab utama orang gagal dalam perdagangan?

Kebanyakan orang gagal dalam perdagangan disebabkan kekurangan disiplin, pengurusan risiko yang tidak mencukupi (atau pengurusan portfolio yang lemah dalam pelaburan), dan pembuatan keputusan yang beremosi. Tanpa pelan perdagangan yang kukuh, termasuk strategi pengurusan wang yang komprehensif, pedagang terdedah untuk membuat keputusan impuls dan memudaratkan.

Apakah komponen-komponen utama dalam satu dagangan?

Komponen utama dalam dagangan melangkaui titik masuk dan keluar. Pengurusan wang yang efektif dalam perdagangan dan pematuhan pelan perdagangan yang berdisiplin adalah komponen penting yang menyumbang kepada kejayaan jangka panjang di pasaran kewangan.

  • 1113

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera