1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 3 Amalan Meditasi Terbaik untuk Pedagang Forex
2023-05-16 • Dikemaskini

3 Amalan Meditasi Terbaik untuk Pedagang Forex

cover.png

Berdagang adalah pekerjaan yang seringkali menstreskan di mana para pedagang harus fokus secara terus-menerus. Ia bukan lagi rahsia bahawa mengikuti teori hanyalah sebahagian daripada perkara yang perlu dilakukan oleh para pedagang untuk berjaya. Kebolehan untuk mengosongkan fikiran mereka daripada fikiran-fikiran yang tidak perlu dan memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas mereka juga suatu yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh pedagang profesional. Dan untuk berbuat demikian, ramai pedagang memilih untuk mengamalkan meditasi dan kesedaran minda.

Dalam artikel ini anda akan belajar tentang kepentingan meditasi dalam perdagangan, amalan meditasi yang paling berkesan untuk para pedagang, dan bagaimana sebenarnya meditasi boleh membantu anda memperbaiki diri sebagai seorang pedagang.

Poin-poin utama

  • Meditasi adalah cara yang baik untuk melatih otak anda dan belajar cara-cara untuk menumpukan perhatian pada tugas yang ada.
  • Amalan meditasi yang asas hanya mengambil masa 5 minit sehari dan membantu anda mengasah minda dan mengurangkan tahap tekanan.
  • Meditasi transendental melibatkan penggunaan mantra dan ia telah terbukti berkesan berdasarkan pelbagai kajian.
  • Qigong ialah amalan meditasi yang menggabungkan pernafasan dan senaman fizikal dan ia sesuai untuk para pedagang yang tidak suka duduk diam.
  • Amalan meditasi dalam perdagangan boleh membantu anda meningkatkan keupayaan anda untuk fokus, masuk ke dalam "mindset" perdagangan yang betul, menangani situasi yang menstreskan, dan reda dengan kesilapan dan kerugian perdagangan.

Mengapakah Meditasi Penting dalam Perdagangan?

Apabila anda berdagang, anda perlu memberi perhatian kepada pelbagai perkara dalam satu masa: posisi aktif anda, carta harga, berita semasa, dan sebagainya. Anda hendaklah sentiasa mencari peluang yang sempurna dan bersedia untuk bertindak, yang boleh memberi kesan yang ketara kepada keadaan mental anda. Selain itu, agak sukar untuk kekal fokus pada satu tugas dalam masa yang panjang dan apa yang lebih sukar ialah mengasingkan emosi anda daripada perdagangan dan tidak membiarkan kerugian yang berlaku sekali-sekala mengaburkan pertimbangan anda.

Inilah sebabnya mengapa meditasi semakin popular di kalangan pedagang. Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan keberkesanan meditasi dalam menghilangkan tekanan dan melatih fokus seseorang.

Apabila kita ingin mengekalkan fizikal yang cergas, kita pergi ke gim dan bersenam. Meditasi pula membantu melatih otak kita. Apabila kita bermeditasi, kita belajar bagaimana untuk fokus dengan segera dan melapangkan fikiran kita daripada semua perkara yang merunsingkan kita sehari-hari. Meditasi telah terbukti berupaya mengurangkan stres dan kebimbangan serta meningkatkan ketahanan daya fokus, kesedaran dan muhasabah diri – ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh setiap pedagang. Itulah sebabnya walaupun pedagang-pedagang yang berprestasi tinggi sekalipun meluangkan masa mereka untuk bermeditasi untuk meningkatkan kekuatan mental mereka dan mengurangkan tekanan yang mereka dialami akibat perdagangan.

1078-3.png

Cara mengamalkan meditasi

Jika anda tidak pernah mencuba meditasi sebelum ini, anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk bermula dan apa cara yang terbaik untuk bermeditasi sebagai seorang pedagang. Jangan risau, bermeditasi tidak memerlukan usaha atau pengetahuan yang banyak. Untuk memaksimumkan kesan meditasi sebagai seorang pedagang, kami telah memilih beberapa amalan meditasi yang boleh membantu anda mengasah kemahiran yang anda perlu gunakan dalam bidang kerja anda.

Meditasi perdagangan asas

Jika anda baru mula bermeditasi, cara yang terbaik untuk memudahkan anda mengamalkannya ialah dengan memulakan amalan meditasi asas ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Cari tempat yang selesa dan tenang untuk duduk, sama ada di atas kerusi atau di atas lantai.
  2. Tutup mata anda dan tarik nafas dan hembus sedalam-dalamnya melalui hidung.
  3. Tumpukan perhatian pada pernafasan anda dan cuba jauhkan semua pemikiran lain daripada minda anda.
  4. Lakukan perkara ini selama sekurang-kurangnya lima minit tanpa membuka mata atau diganggu oleh perkara-perkara lain.
  5. Sebelum membuka mata anda, tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus secara perlahan-lahan.

Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi selepas seminggu bermeditasi secara konsisten anda akan menyedari bahawa menjauhkan fikiran yang tidak penting semakin mudah dan daya tumpuan anda juga meningkat dengan ketara.

Meditasi transendental

Meditasi transendental ialah sejenis meditasi unik yang kembali kepada amalan yoga purba tetapi tiada kaitan dengan mana-mana agama atau falsafah. Ia menjadi popular secara meluas di seluruh dunia dan terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tekanan dan menurunkan tekanan darah seseorang.

Untuk mengamalkan meditasi transendental, anda perlu duduk selama 15-20 minit dengan mata tertutup dan ulangi mantra (seperti ‘Aum’, ‘Om’, ‘Ong’ atau ‘Haum’) dalam fikiran anda. Untuk mencapai hasil yang terbaik, anda harus mengulangi latihan meditasi ini dua kali sehari. Anda mungkin berfikir bahawa mantera ini tidak berkesan tetapi kajian telah menunjukkan bahawa dengan mengulangi perkataan atau frasa dalam fikiran anda sebagai sebahagian daripada meditasi, ia dapat membantu anda mencapai ketenangan dalaman dan kesedaran yang menenangkan.

Qigong

Qigong ialah amalan penyembuhan Cina kuno yang kini telah menjadi salah satu cara yang sangat popular untuk bermeditasi. Ia berbeza daripada jenis meditasi yang telah kita bincangkan kerana ia melibatkan pergerakan fizikal badan, lengan dan kaki yang perlahan dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain. Amalan ini amat berguna kepada mereka yang sukar untuk berdiam diri dalam masa yang terlalu lama.

Qigong ialah gabungan kawalan pernafasan dan senaman fizikal yang perlahan. Amalan meditasi ini bertujuan untuk memanaskan badan dan mengaktifkan sistem saraf anda, yang menyebabkan tahap tekanan dan kebimbangan anda berkurangan. Qigong dipercayai boleh merawat penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, insomnia dan sakit otot, tetapi penyelidikan dalam bidang ini adalah terhad. Apa yang kita tahu tentang qigong ialah ia sudah pasti dapat mengurangkan perasaan bimbang dan memperdalam kesedaran diri seseorang.

1078-2.png

Bagaimanakah Meditasi Membantu Perdagangan Anda?

Meningkatkan tumpuan dan konsentrasi anda

Dalam perdagangan, anda perlu sentiasa bersedia untuk bertindak dengan pantas. Anda perlu mengekalkan tumpuan anda hanya pada dagangan anda, suautu yang mungkin sukar, terutamanya jika anda sedang bekerja dari rumah dan mempunyai banyak perkara di sekitar anda yang berpotensi menjadi gangguan. Itulah sebabnya mengapa meditasi sangat penting. Ia membantu anda mengosongkan fikiran anda daripada fikiran dan emosi yang tidak penting, yang seterusnya membolehkan anda fokus pada dagangan anda dan mencari peluang terbaik untuk menjana keuntungan.

Membangunkan "mindset" perdagangan

Anda mungkin sudah mempunyai pelan perdagangan yang dibangunkan dengan baik dan menjejaki semua urusniaga anda sebelum ini, yang penting untuk menjadi pedagang yang berjaya. Tetapi jika anda tidak memiliki mindset yang betul, tiada apa-apa persediaan yang akan membantu anda mencapai matlamat anda. Meditasi boleh membantu anda mencari ketenangan batin dan mengawal emosi anda walaupun dalam situasi yang paling menekan.

Bersedia untuk situasi yang menstreskan

Para pedagang perlu berhadapan dengan tekanan yang berterusan kerana mereka perlu memantau banyak maklumat sekaligus dan membuat keputusan pantas dengan segera. Setiap pelencongan kecil daripada perancangan boleh melonjakkan degupan jantung para pedagang yang fizikalnya tidak optimum. Meditasi yang konsisten telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tahap tekanan dan kebimbangan secara keseluruhan dan mempersiapkan minda seseorang untuk menghadapi tekanan dengan lebih baik.

Pasrah dan reda dengan urusniaga dan kesudahan yang buruk

Hari-hari yang buruk bukanlah sesuatu yang jarang berlaku apabila anda berdagang di pasaran kewangan. Kadang-kadang anda melakukan kesilapan, kadang-kadang kerugian yang berlaku mungkin sememangnya di luar kawalan anda. Perkara yang paling penting ialah melepaskan sebarang perasaan buruk. Semasa bermeditasi, anda boleh menenangkan rasa gemuruh dan mencari perspektif lain untuk menganalisis masalah anda. Dengan melakukan perkara ini, anda akan dapat menumpukan perhatian pada urusniaga semasa anda dan bukannya kesilapan masa lalu dan dapat membuat keputusan perdagangan yang lebih baik

Kesimpulan

Seperti yang anda lihat, meditasi menawarkan banyak faedah kepada para pedagang. Ia membantu mereka meningkatkan kemahiran dan menghilangkan tekanan dan rasa bimbang. Ia adalah cara yang mudah untuk memastikan minda dan badan anda sihat dalam persekitaran yang kompetitif. Oleh itu, ketahui lebih lanjut tentang amalan-amalan meditasi yang ada dan cari mana satu yang paling sesuai dengan keperluan anda.

  • 1328

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera