1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 3 Buku Baharu Terbaik tentang Perdagangan untuk Pedagang Profesional
2023-05-17 • Dikemaskini

3 Buku Baharu Terbaik tentang Perdagangan untuk Pedagang Profesional

642x361_cover.png

Tidak pernah ada istilah lewat untuk belajar. Saranan ini juga boleh diguna pakai bukan sahaja kepada para pemula tetapi juga kepasa pemain pasaran yang berkemahiran. Walau bagaimanapun, pedagang berpengalaman juga mungkin sukar untuk mengemudi lautan yang penuh dengan maklumat baharu. Buku tentang Forex atau saham dan buku teks mengenai pelbagai aspek dan jenis perdagangan kerap diterbitkan, jadi sukar untuk menjejaki perkara yang sebenarnya boleh membantu anda. Jadi kami telah memilih contoh yang terbaik untuk anda.

Buku berkenaan perdagangan adalah cara terbaik untuk belajar tentang pasaran. Ia juga mungkin untuk mengetahui semua rahsia orang yang berjaya dan terkenal yang telah menjadi kaya dengannya. Betapa mudah untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan tentang kaedah analisis. Terokai labirin psikologi pasaran kewangan. Fahami perkara yang disembunyikan oleh carta yang berbeza.

Buku-buku ini akan membantu anda menyelam lebih dalam ke dalam dunia perdagangan untuk meningkatkan pengetahuan dan keuntungan anda. Selesai!

Buku-buku yang disarankan untuk para pedagang profesional.

Buku berkenaan perdagangan dibahagikan kepada beberapa kategori.

  • psikologi perdagangan;
  • kewangan Tingkah Laku;
  • biografi dan kejayaan bintang-bintang kewanfan;
  • karya fiksyen.

Buku yang bagus tentang perdagangan merangkumi semua aspek dan memberikan pandangan berguna daripada pengarang berpengalaman. Untuk novis, perlu untuk anda semak buku perdagangan untuk pemula.

Sebagai permulaan, mari kita beralih kepada salah satu buku terbaik oleh pedagang terkenal yang mendedahkan rahsia strategi perdagangan profesional.

“Price Action Trading Secrets: Trading Strategies, Tools, and Techniques to Help You Become a Consistently Profitable Trader” oleh Rayner Teo

642x270_1_rayner.png

Rayner Teo merupakah salah seorang pedagang saham yang terkenal. Beliau mempunyai saluran pendidikan YouTube yang mempunyai lebih daripada 174,000 pelanggan dan laman web TradingwithRayner yang mempunyai lebih daripada 30,000 orang pengguna. Rayner mengajar rakan sekerjanya bagaimana untuk tidak kehilangan wang, apakah kesilapan yang biasa dilakukan pedagang, dan apakah penyelesaian yang boleh digunakan dalam trend pasaran semasa.

Berdasarkan pengalamannya, Rayner menjelaskan strategi perdagangan yang berfungsi dengan baik untuk keuntungan yang besar. Untuk memanfaatkan pasaran, anda perlu mempelajari semua perkakas dan kaedah yang tersedia dengan mendalam. Inilah isi kandungan buku beliau. Dan ia berhak menduduki senarai teratas buku perdagangan saham.

Perdagangan aksi harga yang diterangkan di dalam buku ini adalah sesuai untuk para pedagang saham, pedagang harian (day), atau pedagang matawang kripto. Buku ini menerangkan tentang jenis-jenis struktur pasaran yang akan membantu setiap pedagang profesiaonal dan mereka boleh memanfaatkannya:

  • Bagaimana mengenalpasti paras sokongan dan rintangan bagi mengurangkan kerugian.
  • Kaedah rahsia untuk membaca carta candlestick.
  • Strategi untuk membuat keuntungan pada pasaran bullish dan bearish tanpa perlu menggunakan indikator.

Banyak carta, graf, dan contoh-contoh di dalam buku ini yang dilukis dengan jelas bagi menerangkan konsep dan strategi baru perdagangan profesional.

Menurut Rayner Teo, anda perlu konsisten dengan tindakan anda, dan anda akan melihat keuntungan yang konsisten. Prinsip ini telah membantu beliau untuk menjadi sangat berjaya dan menulis buku yang hebat berkenaan perdagangan harian, dan kini beliau sudah bersedia untuk berkongsikan pengalaman beliau kepada anda.

“The Mental Game of Trading: A System for Solving Problems with Greed, Fear, Anger, Confidence, and Discipline” oleh Jared Tendler

642x270_2_tendler.png

Buku seterusnya dalam senarai ini membincangkan dengan meluas berkenaan psikologi perdagangan. Pengarangnya, Jared Tendler, mempunyai ijazah sarjana dan lesen di dalam psikologi dan kemudian beliau memulakan kerjayanya sebagai jurulatih psikologi. Kemudian, beliau menyedari bahawa pengalaman praktikalnya boleh digunakan dengan sempurna dalam perdagangan. Kini pelanggan perdagangan beliau yang telah berjaya menggunakan kaedah beliau semakin meningkat hari demi hari.

Menurut Jared, bahagian paling penting dalam perdagangan ialah disiplin. Pelan perdagangan dengan strategi terperinci tidak akan membawa anda kepada kejayaan jika masalah psikologi tidak ditangani terlebih dahulu. Tamak, takut, marah, dan kurang keyakinan adalah masalah utama yang dihadapi pedagang. Semua ini akan menjurus kepada kesilapan, tidak kira betapa cekapnya kemahiran teknikal anda.

Jared menjemput pembaca ke dalam perbualan terus terang dengan diri mereka sendiri dan menawarkan penyelesaian praktikal untuk mengelakkan pembaca daripada mengejar harga, memandang rendah pemenang dan terlebih berdagang. Beliau menyediakan sistem langkah demi langkah dan contoh sebenar perdagangan bagi mengatasi masalah mental dan emosi dan juga akan meningkatkan kemahiran perdagangan pembacanya.

“Trading Wisdom: 50 Lessons Every Trader Should Know” oleh Cheds

642x270_3_cheds.png

Buku ini merangkumi semua aspek utama yang diperlukan untuk semua buku perdagangan terbaik. Cheds merupakan pedagang berpengalaman yang mana bukunya telah mendapat ulasan cemerlang dalam tempoh yang singkat selepas buku beliau diterbitkan. Beliau memanggil dirinya sebagai seorang guru carta, pembantu pemula, pedagang, dan pengarang.

Buku ini merangkumkan semua berkenaan psikologi perdagangan, pengurusan risiko, dan analisis teknikal untuk membantu pedagang menjadi lebih berjaya. Sebagai seorang pemula, beliau sering melakukan kesilapan yang sama berulang kali sehinggalah beliau menemui petua untuk mengelakkannya. Kemudian beliau memulakan blog yang mana membantu pedagang pemula dan berpengalaman untuk belajar daripada kesilapan yang beliau telah lakukan.

Pengalamannya selama bertahun-tahun dalam perdagangan dan pengajaran memudahkan beliau untuk menyampaikan idea yang kompleks dalam bahasa yang mudah dan mengelakkan kemungkinan kesilapan.

Ringkasan

Buku terbaik yang kami temui untuk anda menyentuh pelbagai aspek perdagangan, yang diterangkan oleh pedagang dan ahli psikologi berpengalaman. Mereka menulis tentang strategi perdagangan rahsia untuk pedagang harian, aspek psikologi perdagangan di pasaran, dan pengalaman peribadi pengarang sendiri.

Namun, ini hanyalah permulaan. Pedagang yang paling menguntungkan harus sentiasa memantau bukan sahaja pasaran tetapi juga keluaran buku teks perdagangan baharu. Semua penganalisis menawarkan perspektif mereka, dan, siapa tahu, mungkin anda akan menemui sesuatu yang hebat.

Mungkin pada satu hari nanti, buku-buku dan artikel-artikel akan didedikasikan berdasarkan kisah kejayaan anda!

Baca lebih lanjut

  • 2772

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera