1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Terminologi Perdagangan: 20+ Perkataan Slanga Yang Paling Digunakan oleh Pedagang
2024-06-10 • Dikemaskini

Terminologi Perdagangan: 20+ Perkataan Slanga Yang Paling Digunakan oleh Pedagang

PRNEW-2986 Сленг в трейдинге 642x361_1.png

Walaupun lazimnya, perkataan slanga berdagang dianggap tidak profesional atau konvensional, ia masih digunakan secara meluas oleh pedagang di seluruh dunia. Oleh itu, anda harus membina kosa kata perdagangan anda seiring dengan perkembangan usaha perdagangan anda.

Pada mulanya, adalah perkataan

Aktiviti manusia tidak ada kesudahannya. Terdapat banyak sekali bidang di mana kita menggunakan kebolehan intelek dan fizikal kita. Selalunya, setiap bidang pekerjaan memerlukan laras bahasa yang tertentu - jargon. Ia cara untuk mereka yang terlibat berkomunikasi, melakukannya dengan pantas dan paling berkesan.

Perdagangan tidak terkecuali, dalam hal ini. Terdapat banyak simpulan bahasa dan istilah kewangan yang digunakan secara berlebihan oleh para pemain pasaran. Mengetahui terminologi pelaburan saham adalah penting bagi mereka yang serius tentang aktiviti dagangan mereka.

Di bawah, kami akan berikan anda ungkapan-ungkapan yang paling popular di dalam perdagangan yang boleh anda gunakan dalam perdagangan sehari-hari, memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Slang dari merata tempat

Dari mana datangnya simpulan bahasa kewangan? Nah, jawapan yang ringkas adalah ia muncul dari mana-mana sahaja. Itu bukan satu pernyataan yang sengaja dibesar-besarkan. Seperti yang anda akan lihat, istilah-istilah ini diilhamkan oleh pelbagai sumber: alam semula jadi, geografi, stereotaip budaya, ruang, sejarah, budaya pop, dan juga cerita dongeng. Sesetengahnya mungkin kelihatan tidak kena pada tempatnya atau benar-benar pelik, tetapi sebaik sahaja anda mengetahui maksud dan kisah di sebaliknya, anda akan melihat bahawa ia sebenarnya masuk akal.

Selamat datang ke hutan belantara

PRNEW-2986 Сленг в трейдинге 642x361_2.png

Pasaran adakalanya menakutkan dan kejam, seperti hutan belantara yang penuh dengan pemangsa karnivor yang tak kenal lelah dan sentiasa lapar. Itulah sebabnya mengapa terminologi pelaburan mempunyai begitu banyak istilah haiwan seperti lembu jantan, beruang, helang, burung merpati, dan sebagainya.

Kami telah membincangkan ungkapan perdagangan yang berkaitan dengan haiwan di dalam salah satu artikel kami yang terdahulu, jadi kami mengesyorkan agar anda meninjaunya. Buat masa ini, kami hanya akan memberitahu anda bahawa, lazimnya, istilah perdagangan berkaitan haiwan merujuk kepada pelbagai gaya tingkah laku pasaran.

Sebagai contoh, pedagang bear adalah seorang yang pesimis, manakala bull mewakili perspektif yang lebih positif. Pendekatan yang sama digunakan untuk persekitaran pasaran: pasaran yang bearish untuk perspektif yang lemah atau yang bullish untuk trend menaik.

Hal-hal berkaitan hubungan

Kebanyakan perkara dalam hidup datang secara berpasangan. Ini adalah 100% benar untuk pasaran Forex, di mana matawang dinyatakan secara berpasangan dan membuat anda cemas apabila nilainya berubah. Adalah logik bahawa pedagang mempunyai banyak nama lain untuk pasangan-pasangan matawang yang terbesar di dunia.

Inilah yang mungkin anda temui semasa berdagang pasangan Forex:

Aussie (Ozzie) dan Matie untuk AUDUSD;

Cable untuk GBPUSD;

Barney untuk USDRUB;

Betty untuk EURRUB;

Loonie untuk CADUSD;

Ninja untuk USDJPY;

Swissy untuk USDCHF (franc Swiss).

Walaupun bukan istilah untuk pasangan mata wang, Kiwi adalah nama yang sering pedagang gunakan untuk dolar New Zealand.

Ke bulan dan kembali

PRNEW-2986 Сленг в трейдинге 642x361_3.png

Kini tiba masanya kita mengetahui istilah-istilah khusus yang digunakan oleh pedagang untuk menerangkan tentang pelbagai pergerakan pasaran. Terdapat sekurang-kurangnya lima frasa yang anda akan sering dengar semasa berdagang.

To the moon atau mooning menggambarkan tentang pertumbuhan tinggi harga aset yang sangat mengejutkan. Selalunya, perubahan yang sedemikian juga berlaku dengan sangat cepat.

Tanking adalah sebaliknya. Istilah ini digunakan apabila harga turun dengan cepat dan banyak. Bukan sesuatu yang pelabur ingin saksikan, tetapi perkara ini memang berlaku.

Short squeeze berlaku apabila ramai yang bertaruh bahawa suatu saham akan jatuh, tetapi kemudian harganya tiba-tiba melonjak. Dalam kes ini, pedagang short cuba menutup kedudukan mereka secepat yang mungkin.

Long squeeze ialah apabila harga aset tiba-tiba jatuh, mendorong pedagang long menjual aset mereka untuk mengelakkan kemungkinan kerugian.

Akhirnya, pedagang mendapati bahawa diri mereka jigged out apabila mereka tersalah membaca pergerakan pasaran. Ini bermakna seorang pedagang meninggalkan pasaran sejurus sebelum pasaran bertukar menjadi positif secara tiba-tiba.

Tech talk

Teknik perdagangan dan hal-hal yang berkaitan adalah satu bidang yang luas dengan beberapa istilah yang menjentik rasa ingin tahu. Walau bagaimanapun, untuk panduan ini kami memilih beberapa istilah yang paling penting diketahui oleh pedagang pemula.

Fading ialah apabila seorang peniaga memilih untuk melawan trend. Itu taktik berani yang memerlukan pengalaman jangka panjang, jadi hanya pedagang pro terkemuka mampu untuk menggunakannya.

Pump and dump bukanlah teknik perdagangan semata-mata tetapi lebih kepada satu skim. Ia adalah proses mengepam harga saham menggunakan maklumat palsu untuk menimbulkan hype tentang aset. Dan kemudian, apabila harganya sudah cukup tinggi, saham akan dilambakkan ke pasaran. Ia sangat tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Squiggly lines. Ia adalah istilah yang lazim untuk indikator yang digunakan oleh pedagang untuk mengikuti pasaran.

Apabila situasi menjadi aneh

PRNEW-2986 Сленг в трейдинге 642x361_4.png

Tatkala anda mula berfikir bahawa jargon pasaran saham bukanlah sesuatu yang ranggi, tiba-tiba, anda terjumpa sesuatu seperti ini:

  • Bagel land untuk suatu aset yang akan turun sehingga 0.
  • Cockroach theory untuk sangkaan bahawa ada berita yang lebih buruk di sebalik tabir.
  • Dead cat bounce untuk kenaikan jangka pendek pada harga aset yang semakin kehilangan nilai.
  • Godfather offer adalah tawaran yang mustahil untuk ditolak. Istilah ini merujuk pada saga filem Godfather.
  • Smurf untuk pengubahan wang haram.
  • Suicide pill untuk taktik terdesak syarikat untuk mengelakkan pengambilalihan melalui satu set tindakan yang merosakkan diri. Strategi ini kadangkala menggunakan nama Jonestown Defense yang lebih menyeramkan, yang diilhamkan dari fenomena membunuh diri besar-besaran di Jonestown pada tahun 1978.
  • Hutang zombi untuk hutang yang telah lama dilupakan.

Senarai itu boleh dilanjutkan lagi dengan killer bee, ankle biter, eat your own dog food, rust bowl, Crummey power, dan banyak lagi istilah pelik lain untuk menunjukkan kepada anda bahawa bahasa pasaran saham penuh dengan kejutan.

Kuasa pada kata-kata

Mengetahui perkataan dan ungkapan pasaran saham yang paling lazim membantu seseorang berasa lebih yakin dengan pasaran. Ia memberikan pemahaman yang lebih meluas tentang konteks dan peristiwa, membolehkan kita mentafsirkannya dengan betul, dan membuka peluang komunikatif yang baharu. Akibatnya, ia membuat perdagangan menjadi lebih cekap.

Ingin melihat jika ia mampu membantu anda? Ceburi terminologi perdagangan dan terokainya. Gunakan pengetahuan baharu di dalam aktiviti perdagangan anda dan jadi seorang pedagang yang lebih baik.

Baca lebih lanjut

  • 2334

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera