1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Dua Cara Untuk Menang Dalam Perdagangan
2024-01-23 • Dikemaskini

Dua Cara Untuk Menang Dalam Perdagangan

Cover.png

Dua pendekatan untuk berdagang

Perdagangan Forex adalah kompleks dan mencabar. Ramai peserta pasaran sentiasa tertanya-tanya bagaimana untuk mengecapi kejayaan dalam perdagangan, membangunkan pelbagai strategi dan teknik forex dalam percubaan untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan. Walaupun pelabur terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, matlamat utama sentiasa sama untuk setiap orang – menghasilkan keuntungan daripada pergerakan pasaran. Oleh kerana itu setiap pendekatan perdagangan boleh dikategorikan secara kasar kepada dua kaedah: perdagangan melawan trend dan perdagangan trend.

Poin-poin utama

  • Trend cenderung berterusan daripada menyongsang.
  • Trend pasaran boleh bertahan untuk tempoh yang sangat lama, bahkan sehingga beberapa bulan dan tahun.
  • Meramal penyongsangan trend adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan analisis yang teliti, pengalaman dan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran.
  • Pedagang menggunakan renti rugi untuk mengurangkan risiko dan potensi kerugian.

Berdagang melawan trend

Sesetengah pedagang mungkin teringin untuk berdagang melawan trend, terutamanya jika mereka menjangkakan penyongsangan dan lebih banyak peluang perdagangan di pasaran. Walau bagaimanapun, trend cenderung berterusan berbanding menyongsang, menjadikannya lebih menguntungkan untuk mengikuti trend.

IMG1.png

Untuk menggambarkan hal ini, mari kita pertimbangkan satu contoh. Bayangkan satu pasangan mata wang dengan nilai yang meningkat secara konsisten selama beberapa bulan yang lalu. Walaupun mungkin berlaku beberapa pullback yang kecil, trend keseluruhan adalah ke arah menaik. Apabila berdagang mengikut trend dan membeli semasa pasangan itu mengalami trajektori menaik, pedagang boleh meningkatkan peluang mereka untuk membuat dagangan yang menguntungkan.

IMG 2.png

Daya tarikan perdagangan melawan trend terletak pada potensi keuntungan yang besar apabila penyongsangan berlaku. Namun, meramal penyongsangan trend adalah sesuatu yang sangat sukar dan memerlukan analisis yang teliti, pengalaman dan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran. Ia mencabar walaupun bagi pedagang yang berpengalaman. Secara lazim, ramai tidak menganggap perdagangan melawan trend sebagai strategi perdagangan yang bernas dan berkemungkinan tinggi menyebabkan pedagang terlepas peluang keuntungan.

Memahami perdagangan trend

Asas perdagangan trend pula, terletak di sebalik kepercayaan bahawa trend sedia ada lebih cenderung untuk berterusan berbanding menyongsang, contohnya, pasaran cenderung bergerak ke arah yang spesifik untuk tempoh yang berpanjangan. Kadangkala, trend pasaran boleh berlangsung selama beberapa bulan dan tahun. Contohnya, indeks US500 Amerika mengalami uptrend selama lebih 100 tahun. Oleh itu, mencuba untuk meramal penyongsangan trend adalah idea yang tidak bernas. Kerana itu para pedagang memasukkan posisi mengikut arah trend yang telah terbentuk dan mengikuti momentum selagi ia berterusan, sama ada ia ke arah menaik (bullish) atau menurun (bearish).

IMG 3.png

Untuk mengesan pola dan menentukan kekuatan dan tempoh sesuatu trend, pedagang forex biasanya menggunakan indikator teknikal, pola carta dan alat analitis yang lain.

Secara umumnya, memahami trend semasa dapat membantu anda membuat keputusan yang termaklum tentang sama ada untuk masuk atau keluar daripada dagangan, dan ia sesuai untuk perdagangan jangka pendek dan juga jangka panjang, kerana ia membolehkan pedagang menyelarikan dagangan mereka dengan arah pasaran keseluruhan.

Tambahan pula, perdagangan trend secara amnya dianggap sebagai strategi yang lebih mudah untuk pedagang, terutamanya mereka yang baru kepada pasaran. Ia dianggap tindakan yang betul untuk menunggu pembetulan harga semasa uptrend dan kemudian memasukkan pesanan beli. Dengan cara ini, anda boleh mengikuti trend dan bukannya cuba meramal penyongsangan. Walaupun demikian, adalah penting untuk ketahui bahawa tiada strategi yang menjaminkan kejayaan.

Kaedah renti rugi dalam perdagangan

Tidak kira apa pendekatan perdagangan yang dipilih, pengurusan risiko adalah aspek yang kritikal kepada kejayaan perdagangan. Untuk mengurangkan potensi kerugian, pedagang menggunakan kaedah renti rugi. Ia adalah tahap yang dipratetapkan yang mana pedagang akan keluar daripada dagangan yang merugikan secara automatik apabila instrumen kewangan mencapai harga spesifik itu.

IMG 4.png

Percubaan untuk berdagang tanpa renti rugi adalah seperti menempuh lautan bergelora tanpa jaket keselamatan. Hanya profesional yang mempunyai pengalaman dan pemahaman yang mendalam tentang risiko dan kelakuan pasaran boleh mempertimbangkan pendekatan yang berisiko seperti ini. Untuk majoriti pedagang, penggunaan renti rugi bukan hanya pengesyoran, tetapi keperluan.

Pesanan renti rugi mempunyai tiga tujuan utama. Pertama sekali, ia melindungi pedagang daripada kerugian besar apabila pasaran bergerak bertentangan ramalan mereka melebihi poin yang telah ditetapkan. Kedua, ia membebaskan pedagang daripada beban emosi semasa membuat keputusan dalam keadaan pasaran yang mencabar. Emosi seperti ketakutan dan ketamakan boleh menjejaskan pertimbangan, menyebabkan keputusan yang impulsif dan tidak rasional. Ketiga, renti rugi yang ditetapkan dengan baik mengalih keluar keperluan untuk pemantauan berterusan dan membolehkan pedagang menepati toleransi risiko yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan strategi renti rugi dalam perdagangan

Pelaksanaan strategi renti rugi yang efektif melibatkan kombinasi analisis teknikal, penilaian risiko dan disiplin. Lihat garis panduan ringkas ini berkenaan pesanan renti rugi:

  • Kenal pasti aras sokongan dan rintangan: Gunakan analisis teknikal pada carta harga untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan yang signifikan. Aras-aras ini boleh bertindak sebagai kawasan berpotensi untuk menetapkan pesanan renti rugi.
  • Pertimbangkan kemeruapan: Laraskan jarak renti rugi dari titik masuk berdasarkan kemeruapan pasaran. Renti rugi yang lebih luas mungkin diperlukan dalam pasaran kemeruapan tinggi untuk mengambil kira turun naik harga yang signifikan.
  • Tetapkan nisbah risiko-ganjaran: Tentukan potensi ganjaran untuk satu urusniaga relatif kepada risiko yang terlibat. Ini membantu memastikan potensi keuntungan melebihi potensi kerugian. Contohnya, sasaran nisbah risiko-ganjaran ialah 2:1, renti rugi harus ditetapkan pada aras di mana kerugian yang mungkin adalah separuh daripada keuntungan yang dijangka. Dalam hal ini, pedagang hanya perlu menghasilkan keuntungan pada 40% daripada dagangan untuk meraih untung kerana ganjaran adalah dua kali lebih besar daripada potensi kerugian.
  • Gunakan renti rugi mengekor: Pertimbangkan penggunaan renti rugi mengekor yang dilaras secara dinamik apabila harga bergerak mengikut dagangan yang dibuka. Ini membolehkan pedagang meraih keuntungan yang jauh lebih tinggi dan peluang perdagangan sambil melindungi keuntungan jika pasaran menyongsang. Walaupun demikian, adakalanya renti rugi mengekor boleh dicetuskan terlalu awal apabila kemeruapan terlalu tinggi. Pedagang kekal tanpa urusniaga dan harga terus bergerak tanpa mereka.

Dengan melaksanakan strategi renti rugi, pedagang boleh menguruskan risiko dengan efektif dan meningkatkan peluang dagangan yang menguntungkan. Ia menyediakan pendekatan yang berstruktur untuk perdagangan dan membantu pedagang kekal berdisiplin semasa proses membuat keputusan mereka.

Kesimpulan

Ingat, tiada satu strategi yang serba boleh atau cara spesifik untuk menang dalam perdagangan. Setiap pedagang mesti mencari pendekatan yang selari dengan kemahiran, toleransi risiko, matlamat kewangan dan tahap pengalaman mereka. Seperti mana-mana usaha kewangan, pembelajaran berterusan, kebolehsuaian dan pelaksanaan yang berdisiplin adalah elemen utama untuk kejayaan perdagangan dalam dunia perdagangan yang mencabar.

Soalan Lazim

Adakah wajar untuk berdagang menentang trend?

Berdagang melawan trend adalah salah satu cara perdagangan yang secara lazimnya tidak disyorkan untuk kebanyakan pedagang kerana ia melawan arah pasaran sedia ada dan membawa risiko. Trend cenderung berterusan, oleh sebab itu, tindakan mengikuti trend meningkatkan kebarangkalian dagangan yang menguntungkan. Walaupun demikian, pedagang berpengalaman yang menggunakan strategi lanjutan dan memahami dinamik pasaran dengan arif boleh sekali-sekala berdagang melawan trend untuk memanfaatkan penyongsangan pasaran. Secara umumnya, tiada satu pun strategi forex yang sentiasa berjaya.

Apakah strategi perdagangan yang paling menguntungkan?

Tiada satu jawapan yang menerangkan strategi perdagangan yang paling menguntungkan, kerana ia bergantung pada pelbagai faktor seperti keadaan pasaran, kepakaran pedagang dan toleransi risiko. Bagaimanpun, ramai pedagang menemui kejayaan dengan strategi yang mengikut trend. Dengan memasukkan dagangan yang selari dengan trend sedia ada, pedagang boleh meningkatkan kebarangkalian posisi yang menguntungkan. Menggabungkan strategi ikut trend dengan teknik pengurusan risiko yang betul, seperti menetapkan pesanan renti rugi, adalah penting untuk mengekalkan kawalan yang lebih baik ke atas hasilnya.

Bagaimana renti rugi berfungsi dalam perdagangan?

Pesanan renti rugi ialah alat pengurusan risiko yang digunakan dalam perdagangan untuk mengehadkan potensi kerugian. Ia melibatkan penepatan aras harga yang sudah ditentukan yang mana dagangan akan ditutup secara automatik, menghentikan kerugian yang selanjutnya. Dengan melaksanakan pesanan renti rugi, pedagang boleh melindungi modal mereka dan mencegah kerugian signifikan. Ia adalah penting untuk sentiasa menyemak dan melaras pesanan renti rugi sepanjang dagangan berkembang untuk menyesuaikan dengan perubahan keadaan pasaran.

Apakah itu peraturan 2% dalam perdagangan?

Peraturan 2% dalam perdagangan merujuk kepada strategi pengurusan risiko yang mencadangkan agar tidak merisiko lebih 2% daripada modal perdagangan pada mana-mana satu dagangan tunggal. Dengan mematuhi peraturan ini, pedagang boleh mengehadkan potensi kerugian dan melindungi modal keseluruhan mereka. Contohnya, jika pedagang mempunyai modal sebanyak $10,000, mereka tidak harus merisiko lebih daripada $200 (2% daripada $10,000) dalam satu dagangan tunggal. Mengikuti peraturan 2% membantu mengekalkan konsistensi dalam pengurusan risiko dan mencegah pendedahan berlebihan kepada potensi kerugian.

Apakah itu peraturan 1% dalam perdagangan?

Peraturan 1% dalam perdagangan ialah prinsip pengurusan risiko yang mencadangkan agar tidak merisikokan lebih 1% daripada modal perdagangan dalam satu urusniaga tunggal. Peraturan ini adalah serupa dengan peraturan 2% tetapi ia menyediakan pengurusan risiko yang lebih konservatif. Dengan mengehadkan pendedahan risiko kepada 1% daripada modal perdagangan, pedagang boleh melindungi akaun mereka daripada kerugian besar dan mengekalkan konsistensi dalam strategi perdagangan keseluruhan mereka. Mematuhi peraturan 1% adalah penting untuk memelihara modal dan menguruskan risiko degan efektif.

Apakah dua cara perdagangan?

Dua pendekatan luas kepada perdagangan adalah berdagang melawan trend dan mengikut trend. Perdagangan melawan trend melibatkan ramalan penyongsangan arah pasaran, manakala perdagangan trend adalah selari dengan arah pasaran semasa, bermatlamat untuk mengikuti momentum.

Adakah mungkin untuk berdagang tanpa menggunakan renti rugi?

Walaupun mungkin secara teknikal, berdagang tanpa strategi renti rugi adalah sangat tidak digalakkan. Ia mendedahkan pedagang kepada kerugian yang tidak terhad dan tidak menepati prinsip pengurusan risiko.

Bagaimana untuk menentukan jarak yang sesuai untuk renti rugi?

Jarak untuk renti rugi dalam perdagangan bergantung pada faktor-faktor seperti kemeruapan pasaran, rangka masa dagangan dan toleransi risiko individu. Kaedah yang biasa ialah menetapkan renti rugi menjangkaui aras sokongan atau rintangan yang penting.

Apakah itu renti rugi mengekor?

Renti rugi mengekor (trailing stop loss) dalam perdagangan ialah pesanan yang melaras secara dinamik dengan pergerakan harga. Apabila dagangan menjadi lebih menguntungkan, renti rugi diketatkan secara automatik, mengunci pendapatan sambil membolehkan kenaikan lanjut berpotensi.

Bolehkah pesanan renti rugi menjaminkan agar tiada kerugian berlaku?

Pesanan renti rugi tidak boleh menjaminkan bahawa kerugian tidak akan berlaku, tetapi ia adalah alat pengurusan risiko yang direka untuk mengehadkan kerugian pada tahap yang telah ditetapkan. Keadaan pasaran, gelinciran, dan jurang boleh memberi kesan pada keberkesanan pesanan renti rugi.

  • 1358

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera