1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apa Yang Bollywood Ajarkan Kepada Kita Tentang Kewangan
2024-06-10 • Dikemaskini

Apa Yang Bollywood Ajarkan Kepada Kita Tentang Kewangan

Cover.jpg

Sama ada anda menyukai filem-filem Bollywood atau berasa aneh mengenainya, namun yang pasti tidak berkecuali. Ia sarat dengan emosi! Sejak sekian lama, industri tersebut diterima ramai sebagai suatu yang menghiburkan. Sehingga kini, ia ceria dengan warna-warna yang terang, "plot twist" yang diluar dugaan, lagu-lagu yang melekat di minda, dan adegan epik tarian beramai-ramai. Matlamat utama filem Bollywood adalah untuk menjentik keterujaan anda, terjun ke dunia di mana segalanya mungkin. Watak-watak jahat dihukum, dan protagonis meraikan kemenangan mereka dengan cara yang paling heroik.

Bukankah itu yang kita semua mahukan? Untuk hidup bahagia selamanya dan menghela nafas yang panjang setelah semua kesukaran yang kita perlu hadapi. Satu soalan logika yang hadir di minda: ‘Bagaimanakah mereka melakukannya? Mampukah ini dicapai dalam kehidupan yang sebenar?’ Ya, cuma tidak sebegitu dramatik, Bollywood boleh mengajarkan kita bukan sahaja mengenai situasi percintaan yang sukar, tetapi juga wawasan yang baik tentang pengurusan wang.

Anda mungkin tidak pernah terfikir mengenainya sebelum ini, namun topik-topik kewangan ada tersirat di dalam banyak filem. Tidak kira sama ada anda memang seorang hantu filem atau sekadar ingin tahu, siapkan popcorn anda: mari kita tonton dan belajar!

Peraturan Pengurusan Wang

Di sini kami senaraikan beberapa filem yang menunjukkan kepada anda bagaimana orang-orang di dunia Bollywood menguruskan wang mereka

Guru

Jika anda mahukan sesuatu, lakukannya! Tapi anda harus pandai berhenti juga.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1951 dan menceritakan kisah seorang penduduk kampung yang berimpian besar dan tidak berputus asa. Gurukant "Guru" Desai telah banyak mencapai kemajuan, dari seorang jurujual di Turki menjadi seorang usahawan di Mumbai.

bollywood1.gif

Akhirnya, semangat yakin boleh beliau membuatkan beliau terlajak langkah! Mujurlah beliau sempat berpatah balik dan mampu membersihkan namanya.

Begitulah juga di dalam perdagangan, kekalahan anda tidak harus menghalang anda. Anda perlu melakukan post-mortem dan melihat kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Namun, kebolehan untuk mengawal diri sendiri juga penting. Keupayaan untuk mengingatkan diri agar berpada-pada, menenangkan diri, dan memberikan sedikit masa kepada pasaran dan diri sendiri untuk kembali normal adalah kunci untuk mencapai keuntungan!

Phir Hera Pheri

Sebelum anda melabur amaun yang banyak, lakukan semakan latar belakang yang mencukupi.

Sekumpulan tiga sekawan cuba menikmati kemewahan dari kekayaan yang baru mereka raih. Dikuasai perasaan tamak, mereka mahukan lebih banyak wang dan membuat pelaburan yang akhirnya ternyata hanyalah suatu skim penipuan. Mereka jadi pokai, berhutang keliling pinggang, dan buntu mencari jalan keluar.

bollywood2.gif

Selepas mengharungi pelbagai pengalaman mencabar, mereka berjaya mengawal situasi. Namun mampukah mereka mengelakkan dari terpaksa melalui semua peristiwa malang ini?

Ya, pasti sekali! Sebelum melaburkan amaun yang besar, luangkan waktu yang secukupnya untuk menganalisa pasaran, mencari broker yang andal, dan merangka pelan suatu pengurusan risiko. Langkah-langkah ini amat penting, jika tidak anda mungkin akan berakhir dengan kekecewaan.

Band Baaja Baaraat

Bergandinglah dengan pakar untuk hasil yang lebih baik.

Filem ini menampilkan dua orang usahawan muda yang memulakan sebuah syarikat perancang majlis perkahwinan dari sifar. Mereka berkerja bersama sebagai rakan kongsi dengan amat serasi dan saling melengkapkan antara satu sama lain. Projek-projek berjalan lancar; mereka amat kreatif mencari penyelesaian dan berjaya memuaskan hati pelanggan dengan servis yang diberi.

bollywood3.gif

Namun dek kerana penangan cinta, perkongsian mereka bubar dan begitulah juga perniagaan mereka yang berjaya itu. Hanya bila mereka kembali berkerja bersama, barulah agensi ini mulai berfungsi kembali.

Mereka yang baru pertama kali berdagang perlukan "back-up", seseorang yang pakar yang boleh dicontohi. Pilih pemain terbaik di pasaran dari senarai dan tiru urusniaga mereka yang cemerlang. Temui rakan perdagangan yang ideal di app CopyTrade!

Badmaash Company

Jadi lebih kreatif dalam mencari wang dan impikan yang luar biasa.

Selepas tamat pengajian di kolej, beberapa orang rakan memutuskan untuk memulakan perniagaan bersama-sama. Semangat untuk menjadi kaya sungguh kuat sehinggakan mereka telah mencipta cara yang amat luar biasa untuk menjayakan rancangan mereka. Sebagai contoh, mereka memisahkan kasut-kasut lalu menyeludup kasut kanan dan kiri secara berasingan. Walaupun kami tidak bersetuju dengan jalan yang mereka pilih untuk mencapai kejayaan, pendekatan baru mereka untuk mengatasi halangan menakjubkan sekali!

bollywood4.gif

Bila anda mendapat idea tentang cara meningkatkan pendapatan anda, jangan putus asa mengusahakannya. Cari orang yang akan menyokong anda dalam keputusan kewangan yang lain dari yang lain. Jika anda ditakdirkan memasuki dunia perdagangan, bermula dengan amaun yang kecil dan risiko yang minimum. Akaun-akaun Cent atau Micro yang ditawarkan oleh FBS boleh menjadi langkah pertama anda sebelum berganjak ke tahap yang lebih tinggi.

Dil Dhadakne Do

Dalam situasi kewangan yang sukar, kurangkan belanja — lebihkan berjimat!

Komedi ini berkisar tentang keluarga Kamal Mehra, seorang ahli perniagaan yang hampir bangkrut. Namun, kerana beliau mengharapkan jalan mudah mendapatkan wang, beliau membawa seluruh keluarga beliau (amat ramai sekali) mengikuti pelayaran kapal persiaran. Beliau bercadang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang boleh menarik pelaburan baru ke syarikat beliau yang hampir tumbang. Apa? Anda tidak ada wang, tetapi anda bawa semua saudara-mara berlayar merentasi Laut Mediteranean. Rancangan ini mungkin berkesan dalam dunia Bollywood — namun ia hampir pasti gagal dalam dunia nyata.

Ingat, jika anda berhadapan dengan kewangan yang genting, berlayar di atas kapal, menyewa vila di Monaco, memenuhi hajat memeluk penguin di Kutub Selatan bukanlah satu pilihan untuk anda!

bollywood5.gif

Di waktu-waktu "susah duit", anda harus berdisiplin, dan elakkan dari terpancing oleh emosi. Minimumkan perbelanjaan anda, dan fokus untuk mencari jalan keluar. Namun, pastikan bahawa jalan yang dipilih tidak terlalu berisiko. Jika tidak, padah yang anda akan terima mungkin terlalu dramatik sehinggakan tiada produser Bollywood yang berani keluar duit untuk filemkan kisah hidup anda!

Dan Sekarang, Lagu Yang Terakhir

Yeay — bermacam-macam filem! Jika anda putuskan untuk tonton semua adikarya di atas sekali duduk, pilih satu hari cuti yang khusus, kerana total masa tayangannya panjang sekali. Siapkan sedozen kotak tisu, masak siap-siap untuk hari-hari berikutnya, dan nantikan penamat di mana yang baik sentiasa mengalahkan yang jahat.

Dunia unik filem India mengajarkan kita beberapa pengajaran yang universal:

Silakan bermimpi, impian mampu merubah. Jika anda tidak berputus asa dengannya, jangan toleh ke belakang, dan jalan terus untuk mencari orang-orang yang berfikiran yang serupa dan menyokong anda walau apa pun yang terjadi.

Wang sukakan kreativiti Jika anda cuba dan berfikir tentang meningkatkan pendapatan anda, alam akan melayan anda dengan baik. Cara yang aneh untuk mendapatkan wang tambahan biasanya memberikan pulangan yang terbaik. Jadi jangan ragu-ragu untuk berinovasi dan berani.

Kerugian bukanlah penamat Malahan ia sebaliknya, kerugian boleh menjadi batu loncatan untuk kejayaan anda di masa hadapan. Kesilapan anda di hari ini akan menjadi pengajaran berharga di hari esok.

Risiko tetap ada, tetapi ia boleh diramalkan. Jangan pandang remeh situasi kewangan anda! Jika tampak seperti ada kecenderungan keadaan akan meruncing — lebih baik bertindak seolah-olah ia sudah ternyata benar. Anda harus mengharapkan yang terbaik, tetapi bersedia untuk yang terburuk. Pertimbangkan risiko-risiko yang mungkin terlibat dan rancang untuk mengelak kesan buruk yang tidak boleh diperbaiki. Ilmu analisis, kepekaan tentang peristiwa dan cara global, dan disiplin diri akan banyak membantu anda.

Jangan malu-malu — ikut semua peraturan dan bersedialah untuk tarian kejayaan yang paling epik dalam hidup anda! Eh tunggu, musik apakah ini yang sedang dimainkan? Anda boleh dengar? Maaf, saya mohon diri dahulu — pinggul saya sudah mula bergoyang sendiri.

Baca lebih lanjut

  • 4311

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera