Untuk novis

Kursus 1. Pengenalan kepada Perdagangan Dalam Talian

Adalah penting untuk pastikan bahawa langkah pertama anda di dalam perdagangan dalam talian dilakukan dengan betul sejak dari awal lagi.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Soalan Lazim

Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

Klik butang Buka akaun di laman web kami dan pergi ke Laman Trader. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform trading pilihan anda, dan mula trading. Anda juga boleh buka akaun dalam app FBS kami.

Bagaimana cara untuk mula berdagang?

Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

Bagaimana cara mengeluarkan dana?

Untuk mengeluarkan dana di Laman Trader, sila ikuti langkah-langkah ini:


  1. Klik pada Kewangan dalam menu
  2. Pilih pilihan Pengeluaran

  3. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda dan klik

  4. Nyatakan akaun trading yang anda ingin keluarkan dananya

  5. Isikan maklumat yang diminta. Untuk pengeluaran melalui kad, klik pada tanda + untuk memuat naik gambar bahagian belakang dan depan salinan kad anda

  6. Taipkan amaun wang yang anda ingin keluarkan

  7. Klik butang "Sahkan pengeluaran".


Anda juga boleh mengeluarkan dana menerusi aplikasi FBS.