Kill Zone

Kill Zone, yakni zon pembunuhan, adalah satu tempoh masa yang spesifik dalam suatu hari bilamana pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan pergerakan tertentu yang dapat diramalkan. Tempoh ini termasuk Sesi Asia, Pembukaan Sesi London, dan Pembukaan Sesi New York.
Julat Sesi Asia
Julat Sesi Asia, bermula dari jam 3 pagi sehingga jam 12 tengahari (GMT+3), adalah tempoh yang sangat spesifik dalam strategi ICT kerana ia sering menunjukkan pengukuhan harga (price consolidation), yang membuka peluang trading untuk Sesi London dan New York yang lebih meruap.

Pada rangka masa yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan julat Asia ICT untuk meramalkan aksi harga selepas sesi tersebut. Pengukuhan (consolidation) yang sempit dalam julat Asia biasanya menandakan peralihan trend yang bakal berlaku bilamana pasaran mungkin akan menyapu kecairan sama ada di atas atau di bawah julat ini. Liquidity Sweep ini menjerat trader runcit untuk trade ke arah yang salah, selepas itu harga sering berpatah arah.
Momentum Pembukaan Sesi London

Pembukaan Sesi London terkenal dengan kemeruapan yang tinggi dan pergerakan harga yang ketara, terutamanya dalam tempoh Kill Zone pembukaan sesi London bermula dari jam 09:00 pagi sehingga jam 12 tengahari (GMT +3). Ini adalah tempoh yang baik untuk trade pasangan matawang EUR dan GBP, memberikan peluang yang berpotensi besar untuk meraih keuntungan yang tinggi.
Sesi London memberikan peluang yang terbaik untuk melihat pergerakan bertrend yang besar. Sekiranya trend harian ke arah atas, trader boleh menggunakan sesi ini untuk mengenal pasti paras harga terendah dan tertinggi bagi hari trading tersebut. Biasanya, paras tertinggi atau terendah suatu hari terbentuk semasa sesi London, menjadikannya tempoh yang kritikal untuk berurusniaga berdasarkan trend harian keseluruhan.

Profil volum sesi New York
Kill Zone Sesi New York, dari jam 1 petang hingga jam 4 petang GMT pada musim sejuk dan dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang GMT pada musim panas, adalah penting untuk pasangan matawang yang mengandungi USD dan hampir semua pasaran. Jendela waktu ini menandakan pertindihan sesi London dan New York, yang mencetus peningkatan kemeruapan disebabkan oleh keaktifan yang serentak dalam kalangan trader di kedua-dua benua.
Pada masa ini, trader mencari penerusan atau penyongsangan trend yang sudah pun bermula pada sesi London dan Asia.

Risiko dan keterbatasan strategi trading ICT
-
Untuk melaksanakan strategi ICT dengan sukses, trader mesti menunggu setup yang jelas dan mematuhi peraturan pengurusan risiko yang ketat.
-
Kerumitan strategi ICT memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pergerakan harga, liquidity pool, dan tingkah laku pemain institusi.
-
Kejayaan strategi ICT bergantung pada keupayaan pedagang untuk mentafsir signal pasaran dan melaksanakan urusniaga dengan berkesan dan tepat. Walaupun anda mengikuti garis panduan strategi, tafsiran yang tersasar atau pelaksanaan yang tidak betul boleh mengakibatkan kerugian.
Kelemahan atau cabaran dalam penggunaan ICT
Salah satu cabaran utama strategi ICT ialah kerumitannya. Strategi ini merangkumi pelbagai konsep dan memerlukan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran. Di samping itu, strategi ini mungkin tidak sesuai untuk semua trader, terutamanya mereka yang belum cukup berpengalaman atau mempunyai masa yang terhad untuk dikhsusukan untuk mempelajari metodologinya.
Petua untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan habuan
Untuk mengurangkan risiko dengan berkesan dan memaksimumkan habuan dengan strategi perdagangan ICT, adalah penting untuk mengenal pasti setup dengan betul pada rangka masa yang lebih tinggi dan lebih kecil dan trade mengikut trend. Trading searah dengan trend meningkatkan potensi kejayaan urusniaga. Sama pentingnya, pastikan nisbah risiko/ganjaran anda seimbang dengan kadar kemenjadian anda untuk pengurusan risiko yang baik. Sebagai contoh, strategi dengan kadar kemenjadian 50% dan nisbah ganjaran risiko 1:2 boleh digabungkan dengan berkesan untuk membentuk pendekatan trading yang berjaya.
Adalah penting untuk memahami bahawa konsep smart money bukan satu jaminan kejayaan, tetapi prinsip-prinsip yang memerlukan backtesting yang menyeluruh dan pemahaman yang mendalam. Backtesting strategi anda adalah penting untuk mewujudkan jangkaan yang realistik, dan ia membantu anda memperhalusi strategi anda. Mempunyai fikiran yang tenang, mengetahui pendekatan anda berdasarkan kaedah yang telah diuji, bukannya dengan berbekalkan andaian-andaian teori semata-mata.