Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Sep 2025

Asas

One-Tap Trading: Tangkas Lagi Ringkas

Dalam artikel ini
Sebab ia pentingCara-caranyaSerba-serbi mudahDireka untuk tanggungjawabRangkuman
One-Tap Trading: Tangkas Lagi Ringkas

Trading dan timing seringkali tidak dapat dipisahkan. Pasaran bergerak, dan trader perlu mempunyai cara untuk bertindak balas tanpa kehilangan fokus atau momentum. Di sinilah peranan One-tap trading dalam aplikasi FBS tidak dapat disangkal lagi — ciri khas yang direka untuk menjadikan pelaksanaan pantas, mudah dan andal.

Sebab ia penting

Dalam sesi yang tidak menentu, selang masa hanya beberapa saat membezakan antara entri yang cemerlang dan entri yang terlewat. Trader yang aktif, sama ada scalper, trader berita, atau pejuang intrahari, tahu betapa kecewanya perasaan apabila mata melihat harga semakin menjauh pergi tatkala jari masih belum selesai menekan butang-butang pengesahan pesanan.

Bayangkan seorang trader yang mengikuti pengumuman statistik ekonomi yang sedang hangat. Angka data sudah diumumkan, harga naik berdenyut-denyut, namun beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menavigasi pelbagai skrin. Atau seorang scalper yang sedang memerhati pergerakan pantas pada carta di mana sebarang keraguan boleh menjejaskan keuntungan. One-tap trading membantu anda menyelesaikan semua cabaran ini dengan menghapuskan langkah-langkah ekstra, membolehkan anda bertindak pada masa yang paling tepat.

Peluang dikesan, anda tekan sekali, dan urusniaga anda dilaksana serta-merta. Tiada lagi klik berkali-kali, tiada gangguan. Hanya perkaitan yang jelas antara apa yang anda lihat dan cara anda bertindak.

Cara-caranya

One-tap trading boleh diaktifkan dengan mudah:

  • Ketika anda membuka posisi buat kali yang pertama, anda akan diminta untuk mengesahkan pengaktifan one-tap trading.

  • Kemudian, anda boleh mengaktifkan atau melumpuhkannya di Lagi → Akaun perdagangan.

    Cara-caranya
  • Set volum urusniaga anda awal-awal.

  • Pada skrin carta, letakkan pesanan dengan segera dengan menekan hanya sekali pada butang Beli atau Jual.

  • Menutup posisi juga boleh dilakukan dengan cara yang sama.

Jika anda lebih suka menyemak butiran sebelum memuktamadkan keputusan, anda sentiasa boleh membuka posisi secara manual pada halaman instrumen.

Serba-serbi mudah

One-tap trading bukan sahaja menjimatkan masa tetapi ia juga serasi dengan rutin trading anda atas sebab-sebab berikut:

  • Posisi boleh dibuka dan ditutup dengan cepat tanpa langkah pengesahan

  • Pratetap volum urusniaga untuk ketepatan

  • Antaramuka yang mudah membantu anda kekal fokus pada pasaran

  • Fleksibiliti untuk menghidupkan atau mematikan fitur ini, bergantung keserasiannya dengan gaya anda

Keseimbangan ini bererti anda boleh trade dengan tangkas apabila pasaran menuntut kepantasan dan kembali kepada pendekatan yang lebih berhati-hati bila-bila anda rasakan sesuai.

Direka untuk tanggungjawab

Setiap tekanan butang akan menghasilkan satu pesanan sebenar. Justeru disiplin adalah penting. Bagi trader yang mempunyai pelan yang terstruktur, one-tap trading adalah satu kelebihan yang membantu anda mengubah keputusan menjadi urusniaga tanpa membuang masa. Bagi trader yang lain, ia adalah peringatan bahawa kelajuan harus sentiasa seiring dengan strategi.

Rangkuman

Dengan one-tap trading, aplikasi FBS menggabungkan kelajuan dan kesederhanaan dalam satu alat. Sama ada anda ingin memanfaatkan pergerakan harga yang drastik selepas suatu berita, atau scalping dengan ledakan-ledakan kemeruapan yang singkat, ciri ini memastikan reaksi anda sepadan dengan rentak pasaran.

Ia mengenai trading tanpa hal-hal yang tidak perlu, supaya anda dapat terus fokus pada pasaran dan bertindak dengan yakin: kesemuanya dalam satu aplikasi, hanya dengan satu sentuhan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership