Anda boleh muat turun platform dagangan dengan 2 cara. Cara pertama adalah memuat turun dari laman web fbs.com. Klik "Perdagangan" di menu paling atas dan kemudian pilih platform di bawah sub-tajuk "Platform Dagangan".
Cara kedua adalah dengan memuat turun perisian tersebut dari Laman Peribadi anda. Sebaik selepas anda log masuk, klik pada butang "Platform Dagangan" di tengah-tengah skrin anda.
FBS menawarkan pilihan untuk sistem pengoperasian (Windows, iOS dan Android), dan juga Web trader.
Untuk contoh, mari kita pilih MetaTrader 4 untuk Windows. Muat turun fail pemasangan (installer) dan buka fail tersebut untuk mulakan proses pemasangan.
Klik "Run".
Baca perjanjian perlesenan dengan METAQUOTES SOFTWARE CORP dan letak tanda semak untuk menyetujui termanya.
Klik "Next" dan kemudian "Finish" bila pemasangan selesai.
Untuk login ke MT4 anda, anda akan perlukan kata laluan akaun dagangan yang telah FBS berikan kepada anda sewaktu pendaftaran akaun.
Anda boleh temui data ini di dalam emel pendaftarn dari FBS. Sila maklum bahawa kata laluan pertama anda ke MT4 hanya boleh dilihat dalam tempoh 24 jam sejak pendaftaran.
Jika anda terlupa unutk menyimpannya, anda boleh dapatkan kata laluan baru di dalam laman peribadi anda.
Klik di nombor akaun di menu di sebelah kiri. Kemudian anda akan nampak pilihan "Cipta baru".
Tekan "Cipta Kata Laluan". Nah, anda diberikan kata laluan baru akaun anda. Jangan lupa simpan kata laluan ini kali ini.
Setelah program dilancarkan, anda akan nampak kotak log masuk. Pertama sekali anda perlu pilih pelayan dagangan anda.
Isikan data yang FBS berikan kepada anda sewaktu proses pendaftaran. Bila mengisi kata laluan, ingat bahawa huruf besar dan huruf kecil dianggap berbeza.
Anda akan nampak FBS mempunyai banyak pelayan dagangan. Angka pelayan anda juga diberi bersama maklumat akaun anda.
Dalam kes ini, ia adalah "FBS-Real-2". Jadi itulah yang kita pilih, dan tekan "Further". Kita pilih "Existing trade account" di sini untuk masukkan Login dan Passwords tetapi seperti anda boleh lihat, anda juga boleh buka akaun demo dan akaun sebenar sewaktu proses log masuk MT4.
Masukkan Login, iaitu nombor akaun anda. Kemudian kata laluan dagangan.
Pastikan anda telah aktifkan "Save Password" supaya tidak perlu log masuk lagi bila anda buka MT4 di lain kali. Tekan "Finish".
Periksa "Connection Status" anda di sudut kanan bawah. Jika anda nampak bar hijau dan biru dan juga kelajuan sambungan internet anda, itu bererti anda sudah tersambung kepada pelayan dan boleh berdagang.
Jika di suatu masa nanti anda perlu log masuk ke akaun MT4 lain, tekan "File", "Login to Trade Account" dan masukkan data yang diperlukan.