-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Breakout
Penembusan (Breakout)
Penembusan (breakout) adalah pergerakankeluar dari satu zon sokongan dan rintangan yang sudah ditakrif. Penembusan berlaku sewaktu pasaran berada di bawah keadaan tertentu, bila harga aset sama ada meningkat melepasi rintangan atau menurun ke bawah melepasi sokongan.
Ada dua jenis penembusan yang utama di Forex:
- Tulen
Kebiasaannya, bila harga menembusi satu aras kritikal, ia terus bergerak dalam arah ini. Jika ini berlaku, ia adalah penembusan tulen (real breakout). Jika anda putuskan untuk mengikuti arah suatu breakout, lakukannya dengan berhati-hati kerana anda mengambil risiko yang besar. Pelajari lebih lanjut tentang ragam berdagang dengan penembusan tulen dan cara menguruskan risiko sebelum anda memutuskan untuk melakukan suatu urusniaga.
- Palsu
Seandainya setelah suatu penembusan, harga bergerak kembali ke keadaan asalnya dan kekal di situ, anda sedang berhadapan dengan penembusan palsu (false breakout). Seperti yang anda akan pelajari bila sudah cukup banyak berlatih, penembusan palsu boleh terjadi di pasaran dengan cukup kerap. Jika anda berdagang dengan penembusan palsu, kebarangkalian untuk mendapat hasil urusniaga yang baik lebih cerah jika anda berdagang searah dengan trend.
Setelah anda pelajari cara mengenal tanda-tanda penembusan di pasaran, anda akan mendapat lebih banyak tambahan peluang untuk skor urusniaga yang bagus.
2021-12-20 • Dikemaskini