-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Capital Gain
Laba Modal
Laba modal adalah keuntungan yang dibuat dari penjualan sebarang aset nmodal (pelaburan atau hartanah) di mana harga jualan mengatasi harga pembelian untuk pelaburan (dipanggil sebagai asas kos pelaburan). Laba modal boleh berlaku untuk aset seperti hartanah atau barangan, dan juga seperti tabung amanah, bon, opsyen, kolektibel dan perniagaan. Laba modal boleh jadi jangka pendek (setahun atau kurang) atau jangka panjang (lebih dari setahun) dan harus dilaporkan dalam cukai pendapatan. Pelaburan jangka panjang bagi kolektibel dicukai pada kadar rata 28%. Pelaburan jangka pendek bagi kolektibel pula dicukai sebagai laba modal jangka pendek pada kadar biasa cukai pendapatan.
MENCERAKINKAN 'Laba Modal'
Jika anda kerugian wang untuk suatu pelaburan, anda menanggung rugi modal. Kerugian modal boleh mengurangkan cukai. Jika kerugian modal anda melebihi daripada laba modal, anda boleh menolak kerugian dari pendapatan anda.
Walaupun laba modal biasanya dikaitkan dengan saham-saham dan dana-dana kerana sifat harganya yang meruwap, hampir semua yang ada gunakan dan miliki adalah aset modal dan tertakluk kepada cukai. Semua yang anda jual untuk lebih dari harga pembelian, boleh dicukai. Rugi modal tidak boleh ditolak cukai.
Laba modal ada yang nyata dan yang belum nyata. Aset belum nyata adalah aset yang meningkat nilainya, tetapi belum lagi dijual. Laba modalnya adalah satu nilai potensi. Laba modal nyata terhasil bila suatu aset telah meningkat nilainya dan dan sudah dijual.
Kesan Percukaian Laba Modal dan Rugi Modal
Amaun cukai yang anda bayar bagi laba modal bergantung pada lingkungan cukai yang terpakai untuk anda, berapa lama anda sudah memiliki aset tersebut, dan jenis aset modal yang diperkatakan.
Sebagai contoh, pelabur dana amanah harus menentukan laba modal belum nyata yang terkumpul untuk suatu dana amanah, yang dinyatakan sebagai peratusan aset bersihnya, sebelum melabur di dalam tabung dana yang mempunyai komponen laba modal belum nyata yang besar. Situasi ini dirujuk sebagai dedahan laba modal suatu tabung amanah. Apabila dagihkan oleh pengurusan tabung amanah, tanggung jawab percukaian laba modal jatuh kepada pelabur tabung amanah tersebut.
Laba modal jangka pendek dicukai pada kadar yang sama dengan pendapatan biasa anda. Manakala untuk laba modal jangka panjang bagi kebanyakan item, kadar cukainya sama ada 0% (untuk lingkungan cukai 10% dan 15%), 15% (linkungan cukai 25% hingga 35%) atau 20% (untuk linkungan cukai 39.6%) pada tahun 2015. Namun, beberapa item lain mungkin cukai berlainan – contohnya kolektibel dicukai pada kadar maksimum 28%.
Agihan Laba Modal oleh Dana Amanah
Dana amanah sering menjual pelaburan menguntungkan pada waktu-waktu tertentu sepanjang tahun. Dana amanah tersebut kemudian mengagihkan keuntungan kepada para pemegang saham dalam bentuk agihan laba modal. Individu yang menerima agihan mendapat borang 1099-DIV, yang menunjukkan dividen dan agihan laba modal yang dibayar sepanjang tahun tersebut. Agihan laba modal dicukai pada kadar cukai laba modal jangka panjang, tidak kira berapa lama anda sudah memegang saham di dalam dana amanah tersebut.
Ramai pelabur melaburkan semula dividen dan agihan laba modal yang diterima dari dana amanah. Setiap pelaburan semula adalah satu agihan tunai dan juga satu pembelian dana tambahan. Dividen dan agihan laba modal termasuk dalam pendapatan yang boleh dicukai. Pembelian saham tambahan dalam pembelian semula mempunyai asas kos (cost basis) dan tempoh pegangannya (holding period) yang tersendiri.
2023-05-03 • Dikemaskini