Crude oil

Minyak mentah

Minyak mentah adalah sumber semula jadi mentah yang digunakan untuk menghasilkan petrol, bahan api pesawat, dan produk petroleum lain. Ia sumber yang tidak boleh diperbaharui yang biasanya diperoleh melalui penggerudian. Untuk memahami dinamik harga minyak kita perlu mengetahui sejarahnya.

Sejarah ringkas

1847 — Sejarah moden industri minyak dan gas bermula dengan penemuan oleh ahli kimia Scotland, James Young.

Akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 — Penubuhan syarikat minyak utama di AS, Rusia, Iran, Eropah yang masih menguasai industri minyak hari ini seperti ExxonMobil, Royal Dutch Shell, dan BP (British Petroleum).

Akhir abad ke-20 — Kuasa beralih dari kawasan yang secara umumnya pengguna minyak seperti AS dan Eropah ke negara-negara pengeluar minyak.

1960 — Lima negara iaitu Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, dan Venezuela menubuhkan sebuah organisasi yang akan mengawal pasaran minyak, yakni menjaga agar harga tetap stabil, menurunkan kemeruapan harga minyak dan melaras bekalan minyak dunia. Organisasi itu dinamakan OPEC, singkatan untuk Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum sepenuhnya. Kini ia terdiri daripada 14 negara dan menyumbang 44% pengeluaran minyak global dan 81.5% dari rizab minyak dunia.

Awal abad ke-21 — Teknik fracking mencetus ledakan industri tenaga AS, yang mengurangkan pengaruh OPEC.

2017 — OPEC+ diwujudkan untuk menyelaras suatu siri pemotongan pengeluaran yang bertujuan untuk menopang pasaran. "+" ini menambah 10 negara lagi, seperti Rusia, Mexico dan lain-lain, ke meja rundingan.

Industri minyak dan gas masih berkembang pesat biarpun terdapat persaingan dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui, walaupun dalam keadaan yang lebih meruap berbanding sebelum ini kesan dari peristiwa-peristiwa global. Untuk berdagang minyak dengan berjaya, anda perlu mengetahui beberapa perkara penting.

Pilih Antara Minyak Mentah Brent (UK) dan West Texas Intermediate (AS)

Terdapat beberapa perbezaan di antara kedua minyak tanda aras ini. Brent mempunyai kandungan sulfur yang lebih tinggi dan harganya menetapkan standard untuk sekitar 2/3 pengeluaran dunia. Itulah sebabnya ia lebih penting berbanding WTI, tetapi terpulang kepada anda yang mana satu mahu didagangkan. WTI bermaksud West Texas Intermediate. Minyak mentah kelas ini dihasilkan di Amerika Utara dan disebut sebagai "light sweet oil" ("minyak manis yang ringan") kerana ia mengandungi 0,24% sulfur. WTI lebih baik untuk petrol, Brent lebih baik untuk bahan bakar diesel. Selain itu, Brent biasanya didagangkan lebih mahal berbanding WTI, tetapi kedua-duanya cenderung bergerak seiring dengan gerakan yang sama.

Apa yang mendorong harga minyak?

Pertama, harga minyak mentah sangat bergantung kepada keadaan ekonomi global. Kita boleh menjangkakan harga akan meningkat pada masa yang baik dan jatuh di waktu kemelesetan global. Kedua, ketidakpastian politik boleh memberi impak kepada pengeluaran minyak: ketegangan di Timur Tengah dapat mengganggu pengeluaran dan mengurangkan bekalan sehingga mendorong kenaikan harga. Ketiga, pemain-pemain besar di pasaran minyak mempengaruhi harganya. Sebagai contoh, jika OPEC memutuskan untuk mengurangkan bekalan minyak, harganya akan meningkat.

Bagaimana cara membuat keuntungan dengan minyak mentah?

Pantau berita untuk melihat pergerakan pasaran, kerana harga minyak mentah sentiasa berubah dan biasanya tidak stabil. Ikuti berita-berita Brent dan berita-berita WTI untuk terus mengetahui yang terkini. Kami juga ada membuat pelan perdagangan mingguan pasaran minyak, di mana anda boleh mendapatkan strategi yang berpotensi tinggi.

Mula dagangkan minyak!

Undur

2022-04-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu minyak mentah?

    Minyak mentah adalah komoditi utama sektor tenaga. Ia lebih dari sekadar sumber yang memberikan kita petrol, diesel, dan komponen-komponen kimia lain – ia adalah aset geopolitik. Inilah sebabnya mengapa harga turun naik dengan banyak justeru dari sebilangan faktor, dan ini boleh memberikan banyak peluang pelaburan dan perdagangan. Anda boleh dagangkan dua jenis minyak mentah di FBS: WTI dan Brent.

  • Bagaimana cara berdagang minyak mentah dan gas asli menerusi broker?

    p>Untuk berdagang minyak dan gas di dalam talian, anda perlu membuka akaun dengan broker yang boleh dipercayai dan berlesen seperti FBS. Kemudian pergi ke MetaTrader 5 atau aplikasi FBS Trader dan cari aset tenaga yang anda ingin dagangkan: Brent (XBRUSD), WTI (XTIUSD), atau gas (XNGUSD). Anda boleh dagangkan komoditi tenaga dalam kedua-dua arah. Contohnya, jika anda berpendapat harga spot Brent akan meningkat, buka posisi long (beli). Jika anda fikir ia akan jatuh, buka posisi short (jual).

    Di FBS, anda boleh dagangkan minyak mentah dan gas asli dengan syarat-syarat yang menguntungkan — sifar komisen, spread yang kompetitif dan leveraj 1:200. Buka akaun Standard atau Cent untuk mencuba perdagangan minyak mentah!

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera