-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Currency Pair
Pasangan Matawang
Di pasaran Forex, anda beli dan jual pasangan-pasangan matawang. Matawang pertama pada pasangan tersebut adalah matawang asas, dan yang berikutnya adalah matawang sebutharga. Bila anada membuat pesanan untuk suatu pasangan matawang, anda membeli matawang asas dan menjual matawang sebutharga.
Pasangan yang paling cair dan boleh didagangkan adalah EUR/USD. Kod tiga huruf yang anda lihat adalah kod-kod ISO untuk matawang euro dan dolar Amerika Syarikat, dan harga yang disebut bagi pasangan tersebut adalah kadar tukaran antara dua matawang tersebut. Mari kita lihat bagaimana sebutan harga tersebut ditakrfikan. Sebagai contoh, EUR/USD = 1.122, ini bermakna anda boleh tukarkan 1 euro untuk mendapatkan 1.122 dolar AS.
Pasangan-pasangan matawang major semuanya mengandungi USD dan dianggap yang paling popular di Forex. Pasangan matawang minor atau silang (cross pairs) tidak melibatkan dolar USD tetapi masih lagi mempunyai kecairan yang signifikan (EUR/GBP, GBP/JPY, dan EUR/CHF). Pasangan eksotik menawarkan spread yang lebih besar tetapi ia menampilkan mawatang-matawang global yang kurang popular dan lebih meruwap. Jika anda tidak mempunyai kepakaran yang tinggi, elakkan dari berdagang matawang eksotik.
2023-05-26 • Dikemaskini