-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Digital Currency Exchanger
Pengurup Matawang Digital - DCE
Perniagaan pengurup matawang digital (DCE, Digital Currency Exchangers) bukanlah berkenaan perdagangan Forex dan opsyen binari. DCE sekarang sedang berkembang menjadi sebuah industri.
Pengurup matawang digital (DCE, penyedia pengurupan bebas atau e-currency exchangers) adalah perniagaan yang membolehkan pelanggan untuk menukarkan matawang digital kepada aset lain, seperti wang fiat konvensional, atau matawang digital lain. Mereka adalah market maker yang biasanya mengenakan yuran atau spread bid/ask sebagai komisyen untuk perkhidmatan mereka.
MENCERAKINKAN Pengurup Matawang Digital - DCE
Lazimnya mereka menyediakan sebuah platform untuk menetapkan pesanan membeli atau menjual dan mengenakan yuran yang kecil untuk perkhidmatan tersebut. Jual beli adalah serta merta dan pengurup menyimpan matawang digital sehingga ia dikeluarkan. GDAX, Gemini dan Poloniex dalah antara pengurup matawang digital terbesar yang menawarkan perkhidmatan ini.
Satu lagi model bisnes yang lazim adalah pembeli dan penjual dihubungkan dan dengan memberikan platform untuk urusniaga P2P. Penjual membuat iklan di platform tersebut dan menetapkan kaedah pembayaran dan harga. Platform urusniaga P2P membolehkan pembeli untuk menerima lebih banyak pilihan kaedah pembayaran. Urusniaga P2P biasanya memerlukan lebih masa kerana pengurup tidak menyimpan dana kedua-dua pihak. Oleh kerana harga matawang digital sangat meruwap, spread biasanya besar bagi urusniaga P2P. Pengurup mengenakan yuran untuk pengiklanan atau untuk komisyen transaksi. Localbitcoins dan Paxful adalah dua contoh pengurup P2P yang dikenali ramai.
Pengurup matawang digital juga boleh memegang stok dana sendiri. Pengurup membeli dan menjual dari stok matawang digital dan fiat mereka sendiri. Biasanya pengurup akan membuat keuntungan dari spread di antara harga beli dan jual. Oleh kerana urusniaga hanya melibatkan 2 pihak, kaedah ini membolehkan pengurup menetapkan sendiri harga yang mereka mahukan. Pengurup seperti ini adalah yang paling mahal, tetapi mudah digunakan. Tanpa pihak ketiga, pengurup boleh menawarkan khidmat pelanggan dan jaminan yang lebih baik. CEX dan Coinbase adalah pengurup matawang digital terbesar yang mempunyai pegangan stok sendiri.
2023-05-25 • Dikemaskini