-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Divergence
Capahan
Capahan (Divergence) di dalam dunia Forex secara amnya merujuk kepada kesenjangan arah di antara harga dan indikator. Biasanya, osilator seperti RSI dibandingkan melawan carta.
Terdapat dua jenis capahan (divergence): biasa dan tersembunyi. Setiap jenis tersebut boleh bersifat bullish mahupun bearish.
Capahan bullish biasa
Ia terjadi ketika downtrend: harga membentuk harga rendah yang lebih rendah (lower low) dan indikator membentuk paras rendah yang lebih tinggi (higher low). Jika anda lukiskan satu garisan yang melalui setiap aras rendah harga dan indikator, dua garisan ini akan akhirnya bertemu. Ini berpotensi menjadi signal penyongsangan pasaran dari bawah ke atas.
Capahan bearish biasa.
Ia berlaku ketika uptrend; harga membentuk harga tinggi yang lebih tinggi (higher high) dan indikator membentuk paras tinggi yang lebih rendah (lower high). Dua garisan yang dilukis semakin menjauhi satu sama lain. Ini berpotensi menjadi signal penyongsangan pasaran dari atas ke bawah.
Capahan bullish tersembunyi.
Ia berlaku ketika uptrend; harga membentuk harga tinggi yang lebih rendah (higher low) dan indikator membentuk paras rendah yang lebih rendah (lower high). Kedua-dua garisan saling menjauh. Ini berpotensi menjadi signal niat pasaran untuk meningkat di waktu akan datang.
Capahan bearish tersembunyi.
Ia terjadi di dalam downtrend, harga membentuk harga tinggi yang lebih rendah (lower high), dan indikator membentuk aras tinggi yang lebih tinggi (higher high). Dua jalur ini akhirnya menguncup menjadi saling rapat antara satu sama lain. Ini bererti pasaran sedang bersedia untuk jatuh lebih jauh.
2022-11-22 • Dikemaskini