Dogecoin

Dogecoin

Ada kebarangkalian bahawa Dogecoin akan tersenarai di Forex, aktiviti dagangan akan meningkat dan kemudian harganya akan menjulang tinggi.

DEFINISI Dogecoin

Dogecoin adalah satu lagi contoh matawang kriptografi antara sesama (peer-to-peer) di dalam senarai panjang Altcoins. Ia dicipta oleh pengaturcara perisian IBM yang berpangkalan di AS, Bill Markus dan Jackson Palmer, pada bulan Disember 2013. Altcoin ini pada mulanya dianggap sebagai matawang jenaka, menampilkan anjing Shiba Inu dari meme "Doge" sebagai logo. Tetapi sebulan kemudian, bila matawang ini telah dilancarkan secara global, ia menjadi Altcoin ketiga paling bernilai dengan permodalan pasaran bersamaan dengan 53 juta USD.

MENCERAKINKAN Dogecoin

Majoriti orang yang menggunakan matawang ini adalah para pelajar kolej dan gamers. Orang-orang ini menggunakan matawang ini untuk menghantar wang kepada rakan-rakan atau untuk bermain game. Apa yang membuatkan penerimaan Dogecoin menyeronokkan bagi ramai orang adalah ia sangat memuaskan. Di sebalik penampilan kelakar, ia adalah koin yang dibina dengan baik dan mempunyai potensi yang tinggi. Itulah sebabnya ia menjadi terkenal dengan pantas dan sekarang salah satu alternatif terbesar kepada Bitcoin. Malahan, komunitinya mempunyai slogan "Sehingga ke bulan!" yang menunjukkan optimisme dan semangat mereka terhadap matawang maya ini. 

Dogecoin diasaskan kepada protokol Bitcoin, tetapi dengan modifikasi. Ia menggunakan algoritma scrypt dan mempunyai 100 bilion unit matawang dan tidak mempunyai bilangan koin maksimum yang boleh wujud. Waktu blok adalah 60 saat dan kadar kesukaran dilaras setiap empat jam.

Ikuti berita pasaran oleh FBS

Dogecoin mempunyai bilangan koin yang lebih besar yang mana nilai setiap satu adalah lebih rendah, menjadikan matawang ini lebih mampu dimiliki dan sesuai unuk transaksi kecil-kecilan. Dengan sifat-sifat ini, Dogecoin menjadi semakin popular untuk pemberian 'tip' kepada pengguna internet yang lain kerana telah berkongsi atau mencipta kandungan yang bagus. 

Dogecoin sudah pun diterima dengan meluas sebagai kaedah pembayaran dan berbaloi untuk dikenali lebih mendalam.

Undur

2022-04-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera